Latiff Borgiba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Latiff Borgiba
KelahiranAbdul Latiff T.K. Gomu Kakah
14 Disember 1937
Bangkok, Thailand
Meninggal dunia14 Disember 2017 (umur 80)
Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia
Sebab kematianSakit tua
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Danau Kota, Setapak
KediamanSetapak, Kuala Lumpur
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPelakon
Terkenal keranaFilem Penyamun Si Bongkok, Dang Lenggang, Filem Ribut di Hujung Senja dan Filem Anakku Suamiku
PasanganFatimah Leman

Latif Borgiba atau nama sebenarnya Abdul Latiff T.K. Gomu Kakah[1] merupakan salah seorang dari pelakon filem Melayu klasik. Beliau sering berlakon dalam drama-drama dan filem-filem Melayu tahun 1960-an sehingga 1980-an yang mengenalinya. Namanya dikenali ramai kerana dia sering melakonkan watak-watak jahat sama ada dalam drama ataupun filem.Beliau mula menceburi bidang lakonan ketika berusia 18 tahun menerusi pentas teater dan bangsawan.

Nama pentasnya, Latiff, Borgiba telah diberikan oleh pelakon dan pengarah, Allahyarham S. Kadarisman penghujung tahun 1960-an sewaktu beliau mula aktif berlakon. Borgiba itu adalah sempena nama keturunan Habib Borgiba iaitu seorang kulit hitam dari Afrika yang terkenal warak dan juga tokoh agama terkenal di sana.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Latiff dilahirkan di Bangkok, Thailand sebelum berhijrah bersama keluarganya ke Kuala Lumpur pada tahun 1946. Dia memulakan bidang lakonan di Kuala Lumpur setahun selepas mendirikan rumahtangga. Beliau memiliki darah campuran Siam, Arab dan India ini bukan sahaja memulakan karier sebagai pelakon pada usia yang muda iaitu 18 tahun tetapi turut berkahwin sewaktu baru berusia 17 tahun di mana ketika itu isterinya, Rokiah Abdul Rahman pula berumur 12 tahun.

Isteri pertama Latiff meninggal dunia pada tahun 2009 dan beliau kini tinggal bersama isteri keduanya iaitu Fatimah Leman. Beliau kini masih aktif berlakon drama, telemovie dan filem. Raut wajahnya tetap serius seperti dulu. Ditambah pula dengan janggutnya yang putih dan panjang mencecah paras dada menyebabkan dia tampak garang dan masih sesuai untuk melakonkan watak-watak jahat sama seperti dulu.

Bagaimanapun, pada usianya kini, Latiff juga banyak melakonkan watak lelaki tua yang lebih alim dan matang. Latiff kini merupakan bapa kepada 16 orang anak, 47 cucu dan 15 cicit sehingga pada tahun 2012.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Era filem hitam putih[sunting | sunting sumber]

Era filem berwarna[sunting | sunting sumber]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal pada 14 Disember 2017 di rumahnya.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]