Grand Brilliance

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Grand Brilliance
Anak syarikat
Sendirian berhad
Industri Penerbitan filem
Drama televisyen
Pengedaran filem
Genre Filem, wayang gambar
Ditubuhkan 1995; 23 tahun yang lalu (1995)
Ibu pejabat Tingkat 3 Sayap Utara, Media Prima Berhad, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tempat dibekalkan
Malaysia
Perancang utama
Lizizah Ahmad
Ahmad Puad Onah (Pengarah Urusan)
Tengku Iesta Tengku Alaudin (Pengurus Besar)[1]
Keluaran Wayang gambar, siri televisyen, video rumah, perkhidmatan pos-produksi, iklan
Perkhidmatan Penulisan lakonlayar
Penyuntingan filem
Penggambaran filem
Induk Media Prima Berhad
Pembahagian Primeworks Studios
Laman sesawang Laman web rasmi

Grand Brilliance Sdn Bhd (didaftarkan sebagai Grand Brilliance atau dipendekkan sebagai GB sahaja) merupakan sebuah syarikat penerbitan filem/televisyen dan pengedar filem Malaysia yang ditubuhkan pada 1995 dan berpangkalan di Bandar Utama. Ia merupakan sebuah syarikat wayang gambar terbesar negara yang menerbitkan dan memasarkan produk filem, drama dan iklan.[2]

Grand Brilliance ialah anak syarikat milik penuh konglomerat media Malaysia, Media Prima Berhad dan telah menerbitkan filem-filem Melayu dengan kutipan tertinggi sepanjang masa.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Logo lama Grand Brilliance, digunakan dari tahun 1995 hingga 2006.

Grand Brilliance ditubuhkan pada 1995 sebagai unit hiburan TV3 TV9 dan kemudiannya menjadi anak syarikat milik Media Prima Berhad. Biarpun ketika itu masih baru sebagai pemain dalam industri perfileman Malaysia, Grand Brilliance sendiri menjadi pesaing utama kepada syarikat filem utama seperti Skop Productions, KRU Studios, Metrowealth Pictures dan Tayangan Unggul. Strateginya ialah untuk mencerminkan trend dan selera terkini penonton untuk membuktikan menjadi berjaya bermula pada 1990an dengan julat filem yang disasarkan kepada penonton arus perdana dengan rangkaian genre filem dari aksi, komedi, seram, romantik, seisi keluarga dan keagamaan. Filem-filem terbitan Grand Brilliance pada 1990an telah mendapat sambutan dan maklumbalas positif daripada penonton dan pengkritik filem dengan filem-filem seperti Sayang Salmah (1995), Puteri Impian (1997), Gemerlapan (1997) dan Senario The Movie (1999).

Tahun 2000 dan kini menyaksikan zaman kegemilangan Grand Brilliance dari segi kutipan pecah panggung. Dalam tempoh ini, filem-filem terbitan Grand Brilliance telah menduduki carta kutipan pecah panggung di Malaysia yang lazimnya meraih purata 70% pasaran filem tempatan (tidak termasuk filem asing). Kebanyakan filem dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman dalam sejarah Malaysia juga diterbitkan bersama oleh Grand Brilliance. Filem-filem terbitan syarikat ini juga menerima pujian dalam tempoh ini ialah Leftenan Adnan (2000), Anak Mami The Movie (2002), Buli (2004), Senario XX (2005), Evolusi KL Drift (2008), Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011), Raya Tak Jadi! (2011) dan KIL (2013).[3]

Pada 2014, filem cetera Grand Brilliance telah menguasai semua penamaan calon 5 Teratas bagi Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM 26). Grand Brilliance juga menguasai semua lima tempat pencalonan untuk Pengarahan Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Suntingan Terbaik dan Bunyi Terbaik.[4]

Selain penerbitan, Ahmad Puad Onah Tengku Ietas Tengku Aladdin juga aktif mengedarkan filem. Bahagian penerbitan filem Grand Brilliance telah mengedarkan banyak filem bermula 2009 iaitu Love Matters, Where Got Ghost?, Phua Chu Kang The Movie, Old Cow vs Tender Grass, Love Cuts, Perfect Rivals, 23:59, The Wedding Diary, We Not Naughty, Tiwsted Love, Greedy Ghost, Imperfect, My Dog Dou Dou, The Golden Couple, Ah Boys to Men, Ah Boys to Men 2, Judgment Day Long Long Time Ago & Long Long Time Ago 2 dan banyak lagi yang masih dalam perancangan.

Selain penerbitan, Ahmad Puad Onah Tengku Ietas Tengku Aladdin juga aktif mengedarkan filem. Bahagian pengedaran filem Grand Brilliance telah mengedarkan banyak filem bermula 2006 iaitu 9 Naga, Garasi, The Banquet, Heart, Invisible Target, Love Is Cinta, Muay Thai Chaiya, The Warlords, An Empress and the Warriors, Playboy Cops, Three Kingdom: Resurrection of the Dragon, Love, Long Khong 2, Missing, Money No Enough 2, Los Dan Faun Push, The Screen At Kamchanod, Being Human, Ice Kacang Puppy Love, Perfect Wedding, The Ghost Must Be Crazy!,Seefood & Bintang. dan banyak lagi yang masih dalam perancangan.

Pengedaran filem[sunting | sunting sumber]

Grand Brilliance mengedarkan semua filem-filem serta filem yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat penerbitan yang lain. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, berikutan populariti filem bebas, Grand Brilliance mencipta bahagian baru yang akan menampung pasaran-pasaran nic, mereka ialah Alternate Studios dan Lightbulb Pictures. Antara 2005 hingga 2008, Alternate Studios menerbitkan empat filem Salon, Cinta Sepi dan Budak Kelantan . Pada 2013, Lighbulb menerbitkan filem Pecah Dan Kisah Pilang Gengster yang mencecah kutipan sebanyak RM 170,000.

Penerbitan televisyen[sunting | sunting sumber]

Selain menerbitkan filem, Grand Brilliance turut aktif menerbitkan drama telemovie televisyen untuk TV3 dan TV9, dengan hasil kerjasama daripada Primeworks Studios dan beberapa syarikat penerbitan lain.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Siri televisyen[sunting | sunting sumber]

Tajuk Episod
Naik Lif turun Tangga Episod 1-13
Bff Teman Tepi Mersa Episod 1-13
Straza Cinta Episod 1-13
You Saka Pergi Juah Juah Episod 1-3
6 Progresif
Goyang Shafiq
Chinta
Na O Mei Episod 1-40
Kala Hati
Cinta Untuk Ain Episod 1-13
Kasih Iftitah
Pepaya Episod 1-26
Sari Maya Episod 1-42
Bella
Susuk 2 Episod 1-13
Susuk Episod 1-13
Dunia Baru 3
Dunia Baru 2
Dunia Baru
Diari Ramadan Rafique 2
Diari Ramadan Rafique
Ayyad
Asmaradana
Ayoub
Samson dan Delaila
Dewa Cinta
Friday I'm In Love
Citra Juwita
Bong

Siri Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tajuk
Senario Musang Berjanggut
Villa Dr Brown
J-Bon Jr
Suwa Suwei Kamuning
Rabun
Janji Rock
Kuih Goyang Shea

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]