Rosnani Jamil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Datuk
Datin Hjh Rosnani Jamil
Rosnani Jamil.jpg
Kelahiran Rosnani Ludin
(1936-01-20) 20 Januari 1936 (umur 81)
Kampung Sungai Geringiang, Padang, Sumatera, Hindia Timur Belanda (kini Indonesia)
Kediaman Janda Baik, Pahang, Malaysia
Warganegara Indonesia
Nama lain Rosnani Jamil, Mak Nani
Pekerjaan pelakon, pengarah
Tahun aktif 1952 - kini
Majikan Malay Film Productions
Cathay-Keris Film Productions
Merdeka Film Productions
Pasangan Datuk Jamil Sulong (1953 - 2014; kematiannya)
Anak Arjunaidi Jamil
Anwardi Jamil
Asnadi Jamil

Datuk Datin Hjh Rosnani Jamil merupakan seorang pelakon dan pengarah filem Melayu. Dilahirkan pada 20 Januari 1936, Rosnani Jamil dilahirkan di Kampung Sungai Geringiang, Padang, Sumatera, Indonesia. Keluarganya melarikan diri ke Singapura ketika Perang Dunia II meletus.

Pelakon muda, Nur Fazura merupakan salah seorang anak didiknya.[1]

Penglibatan dan kerjaya seni[sunting | sunting sumber]

Ketika bekerja sebagai pelayan di kedai kopi dan penari joget di Kelab Happy World, pengarah L. Krishnan yang melihatnya telah menawarkan peluang berlakon. Rosnani muncul buat kali pertamanya dalam filem Lupa Daratan bersama Allahyarham Omar Rojik pada 1952.

Sejak itu, Rosnani terus laris dalam filem klasik terbitan Shaw Brothers dan Cathay-Keris Film Productions. Walaupun sibuk berlakon, Rosnani masih sempat mencuri masa untuk belajar bahasa Inggeris bersama rakannya, penyanyi veteran Nona Asiah.

Apabila tiba zaman gerhana Studio Jalan Ampas, Rosnani sekeluarga berhijrah ke Setapak, Kuala Lumpur pada 1967. Di sini, beliau meneruskan kerjaya lakonannya bersama Merdeka Studio, Hulu Klang, selain meminjamkan suaranya pada filem dan drama terbitan Jepun serta Hong Kong. Atas inisiatifnya sendiri, Rosnani pernah melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London pada 1970 selama dua tahun.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Membina rumah tangga dengan Jamil Sulong, pada 12 November 1953, Rosnani tidak pernah mempersia-siakan ilmu filem yang diperturunkan suaminya itu. Pada 1985, beliau berjaya menubuhkan syarikat sendiri, RJ Filem dan menerbit serta mengarahkan filem Mawar Merah lakonan Raja Ema dan Allahyarham Mustaffa Noor. Langkah pertama Rosnani itu jelas membuahkan hasil apabila Mawar Merah diiktiraf juri dalam Festival Filem Malaysia (FFM) menerusi beberapa kategori lakonan dan teknikal.

Kerjaya seterusnya[sunting | sunting sumber]

Selepas enam dekad mengabdikan diri dalam dunia seni, Mak Nani mengumumkan bersara selepas filem terakhir garapannya, Mawar Putih ditayangkan di pawagam pada 18 Ogos 2016.[2] Rosnani yang juga penerbit dan pengarah terkenal berkata, dia mahu meluangkan masa bersama keluarga dan melawat negara orang selepas meninggalkan dunia seni, "Pada usia ini, anak-anak meminta saya berjanji itu saja". Mak Nani berkata, Mawar Putih bukan sekadar naskhah penghargaan untuk arwah suami (Datuk Jamil Sulong) yang meninggal dunia pada 2014, malah ia menjadi tanda perpisahan dengan dunia seni.[3][4]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem sebagai pelakon[sunting | sunting sumber]

Filem sebagai pengarah[sunting | sunting sumber]

  • Mawar Merah (1987)
  • Antara Dua Hati (1988)
  • Memori (1991)
  • Amelia (1994)
  • Bicara Hati (2004)
  • Mawar Putih (2016)

Drama[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 1984 menerusi filem Jasmin.
  • Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) [5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zulqarnain Abu Hassan (4 Ogos 2016). ROSNANI JAMIL IMPIKAN FAZURA DALAM FILEM TERAKHIRNYA Media Hiburan. Diperoleh pada 4 Mac 2017.
  2. ^ Mohd Haikal Isa (10 Ogos 2016). Mawar Putih, naskhah terakhir Rosnani Jamil Kosmo!. Dicapai pada 4 Mac 2017.
  3. ^ Hanisah Selamat (3 Ogos 2016). Mak Nani ucap selamat tinggal kepada dunia seni Berita Harian. Diperoleh pada 4 Mac 2017.
  4. ^ Amirul Afiq (5 Ogos 2016). "Saya Nekad" - Datuk Rosnani Jamil Rojak Daily. Diperoleh pada 4 Mac 2017.
  5. ^ Penghargaan untuk anak seni

Pautan luar[sunting | sunting sumber]