Dajal Suchi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Dajal Suchi)
Jump to navigation Jump to search
Dajal Suchi
PosterDajalSuci.jpg
Filem Dajal Suci
PengarahDhiresh Ghosh
PenulisLakon layar:
SinematografiHitam-putih
PengedarStudio Merdeka
Mula ditayangkan
1965
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu

Dajal Suchi merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1965. Filem Dajal Suchi diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

P.Ramlee dikatakan pada mulanya berhasrat untuk mengarah filem ini dengan Tajuk "Syaitan Ke Syurga". Ketika menyiapkan skrip filem ini dengan dibantu oleh Yusnor Ef, Dhiresh Ghosh yang ketika itu baru berpindah dari MFP ke Studio Merdeka setelah diambil alih (dibeli) oleh Shaw Brothers, berminat untuk mengarahkan filem itu dan ditukar tajuknya kepada "Dajal Suchi" Filem Dajal Suchi kemudiannya diarah oleh pengarah Dhiresh Ghosh pada 1965.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Ceritanya mengenai seorang budak bernama Sulaiman. Mukanya cacat. Dia disisih oleh orang-orang kampung kerana mereka percaya dia membawa sial. Pada hari dia dilahirkan sekumpulan nelayan yang turun ke laut mati akibat ribut taufan. Mereka tidak menghiraukan amaran pihak berkuasa tetapi sebaliknya percayakan cakap bomoh kampung yang mengatakan tiada ribut akan berlaku. Apabila orang kampung marah kepada bomoh itu, dia menunjukkan kepada mereka Sulaiman yang mukanya cacat. Bomoh itu menuduh bahawa ribut itu akibat sial yang dibawa oleh Sulaiman.

Selepas beberapa tahun menderita kesempitan hidup, Melati (ibu Sulaiman) menerima "tawaran" pergi ke Kuala Lumpur untuk bekerja sebagai "anak joget" demi mencari rezeki. Lelaki (Budiman) yang membawanya sebenarnya berniat buruk terhadap dirinya. Budiman melarang Melati membawa Sulaiman ke Kuala Lumpur. Selepas Pak Cik Musa (seorang daripada nelayan yang terselamat daripada ribut taufan itu) menawarkan untuk menjaga Sulaiman, Melati pun pergilah ke Kuala Lumpur bersama Budiman.

Dipendekkan cerita, Melati "berjaya" dalam bidang joget dan kemudian menjadi penyanyi bergaji 500 ringgit sebulan, disediakan rumah besar dan orang gaji. Lama-kelamaan dia terbawa-bawa dengan hidup di Kuala Lumpur hinggakan tidak lagi menulis surat kepada Sulaiman di kampung.

... Wayang ini ada di YouTube. Sila cari "Dajal suchi full rare klasik movie". Pautan tidak dibenarkan di laman Wiki ini.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Sophia Ibrahim
  • Ali Rahman
  • Mahmud June
  • Darus Shah
  • Abdul Ghani Aziz
  • Adik Badariah
  • Idris Hashim
  • P. Ramlee Penyanyi undangan
  • Saloma Penyanyi undangan

Lagu[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Ceritanya boleh didapati di YouTube. Carilah "Dajal suchi"