Pergi ke kandungan

Sophia Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sophia Ibrahim
Kelahiran
Safiah binti Ibrahim

(1948-01-20)20 Januari 1948
Meninggal dunia5 Mei 2025(2025-05-05) (umur 77)
Sebab kematianSesak nafas
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif1963–2025
PasanganYa'akob Khamis
Anak-anak4 (termasuk Hairee Kool)
IbuSiti Mariam Syed Abdul Rahman
BapaIbrahim Abu Hassan
Saudara

Safiah "Sophia" Ibrahim (20 Januari 1948 – 5 Mei 2025) adalah seorang bekas pelakon di Singapura.[1]

Sophia berasal dari keluarga anak wayang kerana arwah datuknya, Aman Belon mempunyai grup bangsawan tahun 1950-an. Aman Belon sezaman dengan kumpulan bangsawan Wayang Kasim, Bangsawan Zanibar Royal Theaterical Company of Singapore ; dan Yap Chow Tong Opera. Antara pelakon Bangsawan ketika itu ialah Khairuddin Thairo dan Wan Yet Al-Kaf.[2]

Sophia Ibrahim tidak pernah merasa kekok untuk bergelar anak wayang. Beliau anak sulung daripada 10 orang adik beradik. Beliau mempunyai empat orang anak dan nenek kepada lapan orang cucu. Kini mereka tinggal di rumahnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Adiknya penyanyi popular 1970-an 80an, Datuk Khadijah Ibrahim (Khaty) manakala Adik lelakinya yang juga penyanyi dan pelakon 1970-an Latif Ibrahim meninggal dunia pada 20 Februari 2012.

Ramai tidak tahu, beliau adalah ibu kepada Hairee KOOL.[3]

Selama empat tahun beliau berlakon dalam filem-filem Melayu terbitan Studio Merdeka di, Hulu Kelang, Kuala Lumpur. Filem pertama lakonan Sophia ialah Ragam P. Ramlee (1964) sebagai Safiah, pendukung watak utama dalam filem tersebut walaupun umur beliau ketika itu hanya lima belas tahun serta salah satu pelakon tambahan daripada golongan remaja atau belia pada zaman itu.

1965 berlakon filem Dajal Suchi. Tahun 1970, bersama rakan seangkatannya, Datuk Sarimah Ahmad sebagai pelakon utama menerusi filem Dr. Rushdi. Filem lain ialah Cinta 200 Ela (2002), Pontianak Harum Sundal Malam (2004) serta dua filem arahan Aziz M. Osman, Puteri Impian dan Puteri Impian 2.

Sophia atau 'Mummy' menyanyi di kelab-kelab malam, bermula di kelab Kowloon dan kerjaya itu seiring dengan lakonan.[4]

Beliau telah meninggal dunia pada 5 Mei 2025.[5]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
1963 Anak Manja Safiah, kawan Azizah Filem pertama
Jambatan Maut Hamidah / Zubaidah
1964 Ragam P. Ramlee Safiah Bahagian dalam segmen Mintak Nombor Ekor
Hujan Darah
Jauh Di Mata Hasnah
1965 Dajal Suchi Melati
Bumiputra Minah
1966 Gadis Langkawi
1970 Dr. Rushdi Mariana
1997 Puteri Impian Permaisuri / Bonda
1998 Iman Alone Hajjah Takyah
Puteri Impian 2 Bonda
2002 Cinta 200 Ela Datin
2004 Pontianak Harum Sundal Malam Datin Penampilan khas
2005 Tak Ori Tapi Ok Datin
2021 Budak Kripto Datin Mira
2023 Imam Hajah Syamsiah Filem terakhir
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1994 Siti Hajar TV1 Drama pertama
2008 Ezora Madam Ezzah TV3
Senandung Si Dayang Bonda Engku
2010 Epilog Syurga Cinta Mak Zah
2011 Tanah Kubur (Musim 2) Mak Wan Astro Oasis Episod: "Tak Bayar Zakat"
2013 Syurga di Wajahmu Engku Mariam TV1
2019 Sara Sajeeda Tok Nani TV3
2022 Juliet Matilda TV1 Drama terakhir

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1992 Duri-duri Bandaraya TV3
  1. ^ https://ladybosz.com/2024/01/06/p-ramlee-pujuk-ayah-sophia-ibrahim-jadi-anak-seni/
  2. ^ Perkembangan dan Perubahan Persembahan Bangsawan di Sarawak 1914-2004
  3. ^ Nordin, Norhayati (2025-05-06). "'Emak pergi dengan mudah' - Hairee Kool". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-12-21.
  4. ^ Sophia Ibrahim sihat kerana hati
  5. ^ https://ladybosz.com/2025/05/17/sophia-ibrahimperginya-sebutir-bintang-legenda-yang-tiada-ganti/

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]