Fitnah Pertama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Fitnah Pertama
Sebahagian daripada Perang Saudara Islam
First Fitna map.png
  •      Wilayah kawalan Khalifah (Ali bin Abi Talib)
  •      Wilayah kawalan Muawiyah ibn Abu Sufyan
  •      Wilayah kawalan Amr ibn al-Aas
  • Tarikh 656661
    Lokasi Semenanjung Arab
    Hasil Pemberontakan berjaya, perjanjian damai ditandatangani;
    Muawiyah I memulakan Khilafah Umayyah
    Pihak yang terlibat
    Khulafa al-Rasyidin
    (Khawarij)[a]
    Arab Pemberontak:
    Angkatan Aisyah
    Angkatan Muawiyah I
    Lain-lain
    (Khawarij)[a]
    Komandan
    Ali bin Abi Talib
    Malik al-Ashtar
    Aisyah Abu Bakar
    Talhah ibn Ubaidillah
    Zubair ibn Awwam
    Muawiyah ibn Abu Sufyan
    Amr al-Aas[b]
    1. Golongan Khawarij asalnya merupakan penyokong Ali yang kemudian berpaling tadah dan berseteru dengan kedua-dua pihak.
    2. 'Amr ibn al-'Aas asalnya merupakan penyokong Ali, namun kemudian memihak kepada Muawiyah.

    Perang Saudara Islam Pertama (656–661), juga dipanggil Fitnah Pertama (Bahasa Arab: فتنة مقتل عثمانtranslit.: Fitnat Maqtal Uthmān "Fitnah Pembunuhan Uthman"), adalah perang saudara pertama dalam Khilafah Islam. Ia timbul akibat perselisihan siapa yang berhak menjadi khalifah.[1] Pertikaian ini memecahkan perpaduan ummah Muslim dan memulakan arah aliran jangka panjang yang berakhir dengan pemecahan Islam kepada mazhab Syiah dan Sunni.

    Fitnah ini bermula sebagai satu siri pemberontakan terhadap Imam Ali bin Abi Talib, yang merupakan Khalifah al-Rasyidin keempat dan terakhir, berpunca daripada kontroversi pembunuhan pendahulunya, Uthman bin Affan. Ia berlangsung di sepanjang pemerintahan Ali, dan pengakhirannya menyaksikan naiknya Muawiyah I sebagai khalifah (dan pengasasan wangsa Umayyah), dan perjanjian damai di antara Muawiyah dengan Hassan bin Ali.

    Nota[sunting | sunting sumber]

    1. ^ Lihat:
      • Lapidus (2002), m/s. 47
      • Holt (1977a), m/s. 70-72
      • Tabatabaei (1979), m/s. 50-57