Flamingo Carribean

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Flamingo Carribean
American Flamingo - Phoenicopterus ruber.jpg
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
P. ruber
Nama binomial
Phoenicopterus ruber
Gambar dekat burung Flamingo Besar
Tengkorak
Phoenicopterus ruber

Flamingo Carribean atau flamingo Amerika (nama saintifik: Phoenicopterus ruber) ialah satu spesies besar flamingo yang berkait rapat dengan flamingo besar serta flamingo Chile, dan kekadang dianggap sebagai konspesies. Burung ini adalah satu-satunya burung flamingo yang wujud secara semula jadi di Amerika Utara.

Burung ini ialah salah satu spesies yang dilindungi oleh Perjanjian Pemuliharaan Burung Air Berhijrah Afrika-Eurasia.

Taburan dan habitat[sunting | sunting sumber]

Burung spesies ini cenderung mendiami kawasan-kawasan berair masin atau payau seperti laguna, kukup dan tasik cetek. Spesies ini boleh didapati di utara rantau Caribbean termasuk Bahamas, Hispaniola, Cuba serta Kepulauan Turki dan Caicos, pesisiran Colombia dan Venezuela serta pulau-pulau berhampiran, Semenanjung Yucatán di Mexico sampailah ke Kepulauan Galapagos di sebelah barat Amerika Selatan paling jauhnya.

Kebanyakan burung yang dilihat di Florida selatan biasanya dianggap sebagai burung yang sesat, walaupun sekurang-kurangnya seekor anak burung di Semenanjung Yucatán pernah dilihat di Taman Negara Everglades, dan yang lain merupakan kelana benar dari Cuba.

Ciri[sunting | sunting sumber]

Panjangnya Burung Flamingo ialah 120–140 sentimeter; beratnya burung jantan 2.8 kilogram manakala berat burung betina 2.2 kilogram. Warna kebanyakan bulunya merah jambu, dan membezakannya daripada spesies Eropah yang berwarna lebih pucat. Sayapnya berwarna merah, dengan bulu pelepah terbang berwarna hitam. Warna paruhnya merah jambu dengan hujung yang hitam, dan kakinya berwarna merah jambu pada keseluruhannya. Bunyinya burung ini seolah-olah angsa.

Tabiat[sunting | sunting sumber]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Serupa dengan semua burung flamingo, burung ini bertelur sebiji telur tunggal berwarna putih kapur di atas timbunan lumpur.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ BirdLife International (2012). "Phoenicopterus ruber". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2013.2. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. Dicapai pada 26 November 2013.CS1 maint: ref=harv (link)
  • "Phoenicopterus ruber". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2004. 2004. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Kemasukan pangkalan data termasuk alasan mengapa spesies ini tidak menimbulkan kebimbangan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]