Florence Harding

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Florence Harding
Wanita Pertama Amerika Syarikat
Dalam peranan
4 Mac 1921 – 2 Ogos 1923
PresidenWarren G. Harding
Didahului olehEdith Wilson
Digantikan olehGrace Coolidge
Butiran peribadi
LahirFlorence Mabel Kling
(1860-08-15)15 Ogos 1860
Marion, Ohio, A.S.
Meninggal dunia21 November 1924(1924-11-21) (umur 64)
Marion, Ohio, A.S.
Tempat persemadianHarding Tomb
PasanganHenry DeWolfe (k. 1880; c. 1886)
Warren Harding (k. 1891; m. 1923)
Anak-anakMarshall
PendidikanCincinnati Conservatory of Music
Tandatangan
[1]

Florence Mabel Harding (née Kling; 15 Ogos 1860 - 21 November, 1924) ialah Wanita Pertama Amerika Syarikat 1921-1923 sebagai isteri Presiden Warren G. Harding.

Beliau berkahwin dengan Harding yang agak muda ketika Harding merupakan seorang penerbit akhbar di Ohio, dan diakui sebagai pencetus di sebalik perniagaan itu. Dikenali sebagai The Duchess, beliau menyesuaikan diri dengan baik di Rumah Putih, di mana beliau mengadakan parti-parti yang elegan.

Pada 4 Mac 1921, Florence Harding menjadi Wanita Pertama, dengan segera memainkan peranan aktif dalam politik kebangsaan, ada kala juga muncul mengatasi Presiden. Beliau mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pemilihan anggota kabinet dan, ketika perlantikan suaminya, pemerhati percaya bahawa beliau mendorong suaminya dengan ucapan yang beliau sendiri tulis.

Menjelang 1923, kedua-dua Florence dan suaminya menderita penyakit berbahaya, tetapi masih melakukan lawatan kereta api ke pantai, yang mereka panggil Voyage of Understanding. Florence terbukti sangat popular di banyak hentian yang dijadualkan dalam perjalanan itu, tetapi Warren kelihatan sakit. Selepas jatuh sakit ketika melawat British Columbia, Harding meninggal di Palace Hotel di San Francisco pada 2 Ogos 1923.

Florence bercadang untuk membuat kehidupan baru di Washington, dan merancang lawatan ke Eropah. Tetapi apabila penyakit buah pinggangnya kembali, beliau mengikut nasihat Charles Sawyer, dan duduk di sebuah pondok di Marion. Penampilannya yang terakhir adalah ketika perbarisan Hari Peringatan peringkat tempatan, di mana beliau berdiri untuk memberi hormat kepada veteran. Pada 21 November 1924, beliau meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "First Lady Biography: Florence Harding". Canton, Ohio: National First Ladies' Library. Dicapai pada 2013-12-26.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Gelaran kehormat
Didahului oleh

Edith Wilson

Wanita Pertama Amerika Syarikat

1921-1923

Diganti oleh

Grace Coolidge