Harriet Lane

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Harriet Lane
Harriet Lane.jpg
Wanita Pertama Amerika Syarikat
Pemangku
Dalam peranan
4 Mac 1857 – 4 Mac 1861
PresidenJames Buchanan
Didahului olehJane Pierce
Digantikan olehMary Todd Lincoln
Butiran peribadi
Lahir(1830-05-09)9 Mei 1830
Franklin County, Pennsylvania, A.S.
Meninggal dunia3 Julai 1903(1903-07-03) (umur 73)
Narragansett, Rhode Island, A.S.
PasanganHenry Johnston
Anak-anakJames
Henry
Tandatangan

Harriet Rebecca Lane Johnston (9 Mei 1830 – 3 Julai 1903) memangku sebagai Wanita Pertama Amerika Syarikat ketika baapa saudaranya yang bujang seumur hidup, James Buchanan, menjadi Presiden dari 1857 hingga 1861. Lane adalah di antara sebelas wanita yang pernah menjadi Wanita Pertama tetapi tidak berkahwin dengan Presiden, dengan kebanyakan wanita lain sebagai saudara-mara presiden yang sudah ketiadaan isteri.

Dalam penampilan "Hal" Lane adalah ketinggian sederhana dengan rambut berwarna keemasan terang.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Keluarga Harriet Lane adalah dari Franklin County, Pennsylvania. Dia adalah anak bongsu Elliott Tole Lane, seorang saudagar, dan Jane Ann Buchanan Lane. Dia kehilangan ibunya ketika dia berusia 9 tahun. Apabila kematian ayahnya 2 tahun kemudian yang membuatnya menjadi anak yatim, dia meminta agar bapa saudara kegemarannya, James Buchanan, dilantik sebagai penjaga sahnya. Buchanan, seorang senator Demokrat yang tidak berkahwin dari Pennsylvania, memikul menjaganya dan kakaknya, lalu mendaftarkan mereka di sekolah berasrama penuh di Charles Town, Virginia (kemudian selama dua tahun di Biara Visitor Georgetown di bahagian Georgetown, Washington, D.C.). Pada masa ini, Buchanan adalah Setiausaha Negara, dan, seperti yang dijanjikan, dia memperkenalkannya kepada dunia politik.

Pada tahun 1854, beliau menyertai Buchanan di London, di mana beliau menjadi menteri ke Mahkamah St. James. Ratu Victoria memberikan "Cik Lane" pangkat setaraf isteri duta besar.

Wanita Pertama Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Ibukota mengalu-alukan "Ratu Demokrat" yang baru ke Rumah Putih pada tahun 1857. Harriet adalah tuan rumah yang terkenal selama empat tahun kepresidenan Buchanan. Wanita meniru gaya rambut dan pakaiannya (terutamanya apabila dia menurunkan garis leher gaun perdananya sebanyak 2.5 inci), ibu bapa menamakan anak perempuan mereka sempena namanya, dan lagu yang popular ("Listen to the Mockingbird") telah didedikasikan kepadanya. Semasa berada di Rumah Putih, dia menggunakan kedudukannya untuk menggalakkan usul sosial, seperti memperbaiki keadaan hidup Orang Asli Amerika. Dia juga mengajak artis dan pemuzik ke majlis Rumah Putih. Atas kedua-dua popularitinya dan kerja sokongannya, dia telah digambarkan sebagai wanita pertama moden yang pertama, dan popularitinya pada masa itu dibandingkan dengan Jacqueline Kennedy pada tahun 1960-an.[1] Kapal layar presiden dinamakan semena namanya—yang pertama dari beberapa buah kapal yang dinamakan sempena namanya, salah satunya masih dalam perkhidmatan.

Harriet Lane

Ketika ketegangan meningkat, dia membuat pengaturan tempat duduk untuk parti makan malam mingguannya yang formal dengan penjagaan istimewa, untuk memberi para jemputan kehormatnya mengikut keutamaan yang tepat tetapi tetap memisahkan musuh politik masih-masing. Kebijaksanaannya tidak goyah, tetapi tugasnya menjadi mustahil—begitu juga bapa saudaranya. Tujuh buah negeri telah terpisah pada masa Buchanan bersara dari jawatannya dan kembali dengan anak saudaranya ke rumahnya yang luas, Wheatland, berhampiran Lancaster, Pennsylvania.

Kehidupan kemudian dan kematian[sunting | sunting sumber]

Harriet menulis wasiatnya pada tahun 1895 dan masih hidup lapan tahun seterusnya, di mana kemakmuran umum negara telah meningkatkan nilai estetnya. Beliau menambah kodisil pada tahun 1899 yang mengarahkan sebuah bangunan sekolah dibina atas tapak hartanah Katedral Nasional Washington dan meminta agar ia dipanggil Bangunan Lane-Johnston "sempena nama keluarga suami saya dan saya sendiri dibuat dalam kenangan kasih sayang anak-anak kami." Kodisil 1903 menambah pemberiannya sebanyak satu pertiga tetapi mengatakan bahawa hanya separuh jumlahnya akan dibelanjakan untuk bangunan itu. Selebihnya adalah "khusus untuk menyediakan penyelenggaraan, pendidikan dan latihan percuma para koir, terutama yang berkhidmat di Katedral." Pemberian ini lalu menjadi asas sekolah lelaki berprestij yang hari ini dipanggil Sekolah St. Albans, yang dibuka pada Oktober 1909.[2]

Di upacara pengebumian Harriet Lane Johnston, upacara itu telah dijalankan oleh Biskup Satterlee dan Canon DeVries dari Katedral Nasional Washington. Dia dikebumikan di Perkuburan Green Mount, Baltimore, Maryland, kuburnya ditandai dengan salib berupa salib Celt.

Bangunan Lane-Johnston, Sekolah St. Albans

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Stern, Milton (2005). Harriet Lane: America's First Lady. Self-published. ISBN 978-1-4116-2608-9
  2. ^ Bergheim, Laura (1992). The Washington Historical Atlas: Who Did What When and Where in the Nation's Capital. Woodbine House. ISBN 0-933149-42-5.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • John Updike, Buchanan Dying, 1974, a play. (Ms. Johnston is a character in this play about President Buchanan).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Gelaran Kehormat
Didahului oleh
Jane Pierce
Wanita Pertama Amerika Syarikat
Pemangku

1857–1861
Diikuti oleh:
Mary Todd Lincoln