Fokker 50

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fokker 50 / Fokker 60
VHFNI.JPG
Fokker 50
Peranan Airliner
Pengeluar Fokker
Penerbangan pertama 28 December 1985
Diperkenalkan 1987
Status Operational
Syarikat penerbangan utama KLM cityhopper
Avianca
Republic of Singapore Air Force
Kish Air
Dikeluarkan 1987 - 1997
Jumlah dibina 213
Dibangunkan dari Fokker F27

Fokker F50 adalah sebuah pesawat komersil turboprop yang dikeluarkan oleh Fokker.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1980, penjualan Fokker F27 mula menunjukkan penurunan. Maka pengurusan Fokker membuat keputusan untuk mengeluarkan model baru dengan mengemaskini teknologi-teknologi lapuk yang digunakan oleh F-27 dan F-28.

F50 yang direka mengikut permintaan pasaran adalah berdasrakan struktur rangka F-27-500. Perubahan luaran yang dapat dikenalpasti ialah bilangan tingkap F50 lebih banyak dan lebih kecil dan F50 mempunyai 2 tayar di gear hadapannya.

Antara perubahan sistem aviasi ialah pertukaran jenis enjin dan sistem penerbangan ditukar kepada sistem elektronik. Model ini mampu menerbangkan seramai 50 penumpang dan berjulat 2000 km dengan kelajuan 530 km/h.

F50 mendapat sijil kelulusan daripada penguatkuasa aviasi Belanda pada tahun 1987, iaitu selepas 4 tahun kaji semula rekaan dan ujian penerbangan dibuat. Pada tahun 1996, pengeluaran F50 diberhentikan akan tetapi sehingga tahun 2005, perkhidmatan F50 masih belum ditamatkan.

Spesifikasi (F50 siri 100)[sunting | sunting sumber]

Am[sunting | sunting sumber]

  • Anak kapal: dua juruterbang
  • Kapasiti: 58 penumpang
  • Panjang: 25.25 m (82 kaki 10 in)
  • Rentang sayap: 29.00 m (95 kaki 2 in)
  • Tinggi: 8.32 m (27 kaki 4 in)
  • Keluasan sayap: 70.0 m² (736 kaki²)
  • Berat tanpa muatan: 12,250 kg (27,602 lb)
  • Berat dengan muatan penuh: 18,600 kg (41,000 lb)
  • Berat untuk terbang naik: 20,820 kg (45,900 lb)
  • Penjana kuasa: 2 Pratt & Whitney Canada PW125B turboprop, kuasa tujahan 1,864 kW (2,500 hp) setiap satu

Prestasi[sunting | sunting sumber]

  • Laju Maksimum: 425 km/h (266 mph)
  • Julat: 2,055 km (1,284 batu)
  • Lelangit khidmat: 7,620 m (25,000 kaki)
  • Kadar pendakian: m/min ( ft/min)
  • Beban sayap: kg/m² ( lb/ft²)
  • Kuasa/Jisim: kW/kg ( hp/lb)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Fokker aircraft