Forest Hill, Toronto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Forest Hill
Kawasan kejiranan
Bishop Strachan School
Lokasi Forest Hill
Negara Kanada
Provinsi Ontario
BandarToronto Toronto
Penggabungan1923 (Kampung)
Rantau Ditukar1954 Metropolitan Toronto dari York County
Tambahan1967 ke dalam Toronto

Forest Hill adalah sebuah kawasan kejiranan kaya dan mewah di tengah Toronto, Ontario, Kanada. Bersama-sama dengan Rosedale dan The Bridle Path, ia merupakan salah satu daripada tiga kawasan kejiranan terkaya di Toronto.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Forest Hill terdahulunya digabungkan sebagai sebuah kampung pada 1923, dan kemudian diilhakkan oleh City of Toronto pada 1967, bersama dengan Village of Swansea. Kampung ini dinamakan selepas rumah musim panas John Wickson; terdahulunay ia telah digelar Spadina Heights (suatu nama yang berlanjutan digunakan pada kawasan kejiranan hingga abad keduapuluh). Daripada memilih seorang datuk bandar seperti dalam sebuah bandar, pegawai majlis perbandaran utama adalah reeve kampung.

Sebelum Perang Dunia II, penduduk Forest Hill lebih banyak terdiri dari orang Inggeris Protestan yang kaya. Sewaktu 1940a dan 1950an, banyak upwardly mobile orang Yahudi yang naik ke atas secara mudah dari kawasan Spadina Toronto ke dalam Forest Hill. Forest Hill telah mempunyai banyak bisnes menyediakan makanan kepada komuniti Yahudi di sepanjang Eglinton Avenue West. Kini, orang Yahudi mendirikan lebih kurang separuh dari penduduk Forest Hill, menurut dengan banci 2001[perlu rujukan].

Sempada terdahulunya adalah Bathurst Street di barat, Upper Canada College di timur, Eglinton Avenue di utara, dan Lonsdale Road dan sebahagian dari Montclair Avenue di selatan (sempadan-sempadan terdahulunya School Section 30). Kawasan-kawasan kejiranan utara Eglinton kadang-kadang walaupun tidak sebult suara dianggapkan sebagai Forest Hill. Pada 1999 Robert Fulford membandingkan Forest Hill dengan Rosedale, rumah tradisional lain masyarakat kaya Toronto: "Semantara Rosedale tetap menjadi stabel selama separuh abad, martabat Forest Hill telah membesar berterusan. Ada perbezaan nada utama dalam seni bina kedua-dua tempat: di mana rumah-rumah Rosedale berteriak 'sejarah', rumah-rumah besar Forest Hill berteriak 'tersergam.' Lebih daripada mana-mana daerah lain di pusat bandar, Forest Hill telah menjadi tapak rumah-rumah 'neo-tradisional' baru ar biasa di skala megah, biasanya dengan halaman untuk disesuaikan."[1]

North dan South[sunting | sunting sumber]

Kini, untuk tujuan analisis & penyelidikan polisi sosial, pembahagian city of Toronto’s Social Development & Administration membahagikan Forest Hill ke dalam dua kawasan kejiranan: Forest Hill North dan Forest Hill South.

Village of Forest Hill Council, 1929. Barisan belakang, dari kiri ke kanan: L.W. Archer, Clerk and Treasurer; Melville Grant, Solicitor; R.E. Grass, Councillor; James H. Lowry, Commissioner of Works. Barisan hadapan, dari kiri ke kanan: Hugh E. Ferguson, M.D.; A.H. Keith Russell, Reeve; Charles McKay, Councillor; Andrew Hazlett, Councillor; and Brig.-Gen. G.S. Cartwright, Deputy Reeve.

Forest Hill North memanjang dari Briar Hill Avenue di utara ke Eglinton Avenue West di selatan, dan dari Latimer Avenue di timur ke Allen Road dan Marlee Avenue di barat laut dan barat daya, masing-masing. Untuk tujuan pentadbiran, Forest Hill North adalah kawasan kejiranan Toronto #102. Mengikut politik, penduduk Forest Hill North diwakili sama ada di wad Eglinton-Lawrence atau dalam wad (barat) St. Paul.[2]

Seperti namanya akan menandakan, Forest Hill South adalah selanjutnya selatan Forest Hill North. Ia memanjang dari Eglinton Ave West di utara ke Tichester Road di selatan, dan dari Bathurst Street di barat ke Elmsthorpe Road di timur laut dan Avenue Road dan Oriole Parkway di timur. Ada suatu bahagian tambahan Forest Hill South di antara Bathurst Street dan Spadina Road, utara Lonsdale Road. Bandar Toronto mengirakan Forest Hill South sebagai kawasan kejiranan #101. Penduduk Forest Hill South diwakili dalam sama ada St. Paul’s (west) ward atau St. Paul’s (east) ward.[3]

Forest Hill Village adalah sebahagian dari Forest Hill menguasai kebanyakan dari kawasan asal kampung. Village memanjang lebih kurang dari Briar Hill Avenue di utara (the Upper Village, secara rasmi sebahagian dari Forest Hill North) di Heath Street di selatan (Lower Village, secara rasmi bahagian utama Forest Hill South di sepanjang Spadina Road di antara Bathurst Street/Cedarvale Ravine (di mana-mana sahaja yang lebih ke timur) dan Avenue Road. Pelantikan Upper dan Lower berasaskan ketinggian tanah dan bukan pada posisi di peta atau di sepanjang saluran air.

Lower Village terkenal dengan beli-belah dan tempat makan unggul, walaupun campuran gedung termasuk beberapa usahawan yang sederhana. Lower Village telah menarik perkembangan tempat kediaman luas (terutamanya pangsapuri), kedua-duanya dalam semapdan asal Forest Hill dan kawasan kejiranan bersebelahan yang mana para pemaju kini memanjang nama Village dan Forest Hill.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Kumpulan etnik dan budaya atas Forest Hill North (mengikut keturunan) pada 2006:[4]

Kumpulan etnik dan budaya atas Forest Hill South (mengikut keturunan) pada 2006:[4]

Bilangan menambah lebih daripada 100% oleh kerana orang yang berketurunan kacukan.

Reeves of the Village of Forest Hill[sunting | sunting sumber]

  • Lawrence H. Baldwin (1924–28)
  • A.H. Keith Russell (1929–30)
  • Andrew Hazlett (1931–32)
  • Dr. Hugh M. Cook (1933–35)
  • Arthur S. Leitch (1936–37)
  • Frederick Goldwin Gardiner (1938–49)
  • Bruce Pettit Davis (1950–51)
  • Stewart Robertson (1852)
  • Charles O. Bick (1953–55)
  • Laurie T. Simonsky (1956–62)
  • Edwin J. Pivnick (1963–67)

Tanda tempat[sunting | sunting sumber]

Penduduk terkemuka[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "1999 real estate guide." Fulford, Robert. Toronto Life. Toronto: Mar 1999. Vol. 33, Iss. 3; pg. Insert
  2. ^ City of Toronto: Neighbourhood profiles - Forest Hill North
  3. ^ City of Toronto: Neighbourhood profiles - Forest Hill South
  4. ^ a b Social Profile #2 - Language & Ethnicity - Forest Hill North Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "demogsouth" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 43°41′42″N 79°24′50″W / 43.695°N 79.414°W / 43.695; -79.414