Francis Yeoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Yeoh (杨).
Tan Sri (Dr)
Francis Yeoh Sock Ping
CBE, FICE
Francis Yeoh.jpg

Pengarah Urusan YTL Corporation
Penyandang
Tempoh jawatan 
1988

Lahir (1954-08-23) 23 Ogos 1954 (umur 62)
Kuala Selangor, Selangor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Bangsa Malaysia
Pasangan Late Puan Sri Paduka Rosaline Yeoh
Anak Ruth Yeoh
Jacob Yeoh
Joseph Yeoh
Joshua Yeoh
Rebekah Yeoh
Alma mater Kingston University
University of Nottingham
Profesion Ahli perniagaan
Agama Kristian
Francis Yeoh adalah seorang personaliti perniagaan di Malaysia.

Tan Sri Dato' Francis Yeoh Sock Ping CBE (nama Cina : 楊肅斌; pinyin: Yáng Sùbīn, lahir Ogos 23, 1954) adalah seorang personaliti perniagaan di Malaysia, dan anak sulung kepada billionair Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Yeoh Tiong Lay. Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda Sains (Hons.) di dalam kejuruteraan am dari Kingston University, United Kingdom pada tahun 1978.

Francis mendapat pendidikan menengahnya di Victoria Institution di Kuala Lumpur, Malaysia di mana beliau pernah menjadi Ketua Pelajar. Beliau telah menjadi Pengurus Besar kepada Syarikat YTL Corporation pada tahun 1988. Di bawah kelolaannya, Kumpulan YTL Group telah membesar daripada satu senarai tunggal pada tahun 1985 kepada satu kuasa yang mengandungi lima syarikat disenaraikan dan beliau menjadi konglomerat terbesar di Malaysia.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Januari 2003, beliau telah dianugerahkan Ernst & Young Master Entrepreneur of the Year Award Malaysia yang pertama pada tahun 2002 sebagai tanda menghargai kepintarannya di dalam bidang keusahawanan.

Pada 13 Februari 2004, beliau telah dianugerahkan ijazah doktor kehormat Engineering dari alma mater, Kingston University.

Beliau telah dianugerahkan BusinessWeek's "25 Stars of Asia 2003"pada November 6, 2003 diHong Kong; dan diletakkan pada kedudukan 21 oleh Fortune Magazine Asia 25 Personaliti PalingBerkuasa pada Ogos 9, 2004.

Pada 2006, beliau telah dianugerahkan Commander of the Most Excellent Order of the British Empire (CBE) oleh Ratu Elizabeth II kerana usahanya yang dermawan.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Francis telah berkahwin dengan Rosaline Yeoh (meninggal pada 5 Ogos 2006) pada tahun 1982,[1] dan mereka mempunyai lima anak. Adik beradiknya tinggal di Malaysia dan menjadi pengarah di dalam YTL Corporation.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Interview with GoodTV - 打造神國企業 - 楊肅斌, Video di YouTube

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]