YTL Corporation Berhad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
YTL Corporation Berhad
Awam
Industri Utiliti, Pembangunan, Rel Kelajuan Tinggi, Hartanah, Hotel & Resort
Ditubuhkan 1955
Ibu pejabat Kuala Lumpur, Malaysia
Perancang utama
Tan Sri Dato' Seri (Dr) Yeoh Tiong Lay, Pengerusi Eksekutif
Tan Sri Dato’ (Dr) Francis Yeoh CBE, Pengurus Besar
Hasil ( RM18.35 billion (June 2011)
Bilangan pekerja
5632
Laman sesawang

www.ytl.com.my

YTL Community

YTL Corporation Berhad (MYX: 4677, TYO: 1773 ) adalah salah satu konglomerat terbesar Malaysia yang diketuai olehTan Sri Dato' Seri (Dr) Francis Yeoh Sock Ping. Kumpulan ini diasaskan oleh bapa Francis Yeoh, Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Yeoh Tiong Lay, di mana nama YTL diambil. Hari ini, YTL Corp merupakan salah satu syarikat terbesar di Bursa Malaysia. Syarikat ini juga tersenarai di Tokyo Stock Exchange pada tahun 1996 sebagai syarikat Asia bukan Jepun pertama tersenarai di sana.

Activiti-aktiviti perniagaan teras[sunting | sunting sumber]

  • Utiliti
  • Rel Kelajuan Tinggi
  • Operasi dan Penyelenggaraan (O&M)
  • Pembuatan simen
  • Pembuatan binaan
  • Pembangunan Hartanah & Perhotelan
  • Technology Incubation
  • Carbon Consulting

Struktur Kumpulan[sunting | sunting sumber]

YTL Power International[sunting | sunting sumber]

YTL Power International Berhad (YTLPI) adalah subsidiari utiliti dari YTL Corp. YTLPI memiliki dan mengendalikan beberapa loji janakuasa pembakaran gas, oil dan arangbatu berkuasa 5,500MW di Malaysia, Singapore and Indonesia. Di Malaysia, YTLPI adalah pembina dan pemilik loji janakuasa gabungan kitaran pembakaran dua gas dengan satu gabungan kapasiti 1,212 MW. YTLPI mempunyai 35% saham di dalam PT Jawa Power, IPP kedua terbesar di Indonesia, yang memiliki janakuasa pembakaran arangbatu berkuasa 1,220MW terletak di Kompleks Janakuasa Paiton di Jawa timur, Indonesia. YTLPI melalui subsidiari milik sepenuhnya PowerSeraya Limited di Singapura, adalah syarikat janakuasa kedua terbesar di dalam istilah kapasiti terpasang, dengan sejumlah kapasiti dilesenkan 3,100 MW, dan juga sebuah pedagang produk-produk minyak yang mana ia mempunyai kira-kira 1 juta m3 kapasiti simpanan.

YTL Cement[sunting | sunting sumber]

YTL Cement Bhd merupakan salah satu daripada pengeluar produk simen dan konkrit campuran siap yang terbesar, amat efisyen dan berkeuntungan di Malaysia dengan mempunyai kepentingan di dalam Jurong Cement Limited di Singapura dan 100% kepentingan di dalam Zhejiang Lin'an Jin Yuan Cement Co Ltd di China.

Pemilikan besar[sunting | sunting sumber]

PowerSeraya[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 2008, YTL Power International Bhd mengumumkan bahawa syarikat akan membayar S$3.6 bilion tunai dan mengambil hutang PowerSeraya Ltd berjumlah $201 juta. PowerSeraya merupakan syarikat penjana kuasa elektrik kedua terbesar di Singapura dengan kapasiti dipasang, membekalkan kira-kira satu per empat daripada jumlah kapasiti penjanaan berlesen Singapura.[1] Syarikat memiliki lesen menjana 3,100MW kapasiti dan terletak di Pulau Jurong, Singapura. Seraya Energy Pte Ltd, anak syarikat 100% milik PowerSeraya ialah pembekal tenaga terkemuka di dalam pasaran elektrik Singapura dengan 18% jumlah bahagian pasaran pada 2007.[2]

Portfolio Hartanah YTL[sunting | sunting sumber]

Hotel-hotel YTL[sunting | sunting sumber]

Perhotelan[sunting | sunting sumber]

  • Ritz-Carlton Kuala Lumpur
  • The Residences at the Ritz Carlton Kuala Lumpur
  • JW Marriott Kuala Lumpur
  • Swatch Art Peace Hotel, Shanghai, China
  • Muse, Saint-Tropez, France
  • The Majestic Malacca
  • Vistana Hotel Kuala Lumpur
  • Vistana Hotel Kuantan
  • Vistana Hotel Penang

Resort[sunting | sunting sumber]

  • Pangkor Laut Resort, Perak, Malaysia
  • Tanjong Jara Resort, Terengganu, Malaysia
  • Cameron Highlands Resort, Pahang, Malaysia
  • Niseko Village, Hokkaido, Japan
  • Spa Village Resort Tembok Bali, Indonesia
  • The Surin, Phuket, Thailand
  • Pulau Gaya Resort, Sabah, Malaysia (Opening in 2011)
  • Pulau Tiga Resort, Sabah, Malaysia (Opening in 2011)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]