Fredrik Bajer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fredrik Bajer
Lahir21 April 1837
Meninggal dunia22 Januari 1922(1922-01-22) (umur 84)
Pekerjaanpenulis, ahli politik, guru
WarganegaraDenmark
AnugerahHadiah Keamanan Nobel 1908

Fredrik Bajer (21 April 1837 – 22 Januari 1922) merupakan guru, penulis dan ahli politik Denmark yang telah menerima Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 1908.

Anak seorang pendeta, Bajer telah berkhidmat sebagai pegawai dalam perkhidmatan ketenteraan Denmark dan pernah terlibat dalam perang 1864 menentang Prussia dan Austria dimana beliau telah dinaikkan pangkat sebagai leftenan pertama. Beliau telah berhenti sebagai tentera pada 1865 dan berpindah ke Copenhagen. Di Copenhagen, beliau telah menjadi guru, penterjemah dan penulis.

Bajer telah menyertai Parlimen Denmark pada tahun 1872 sebagai ahli Folketinget dan memegang kerusi tersebut selama 23 tahun. Sebagai ahli parlimen, beliau menggunakan timbang tara antarabangsa untuk menyelesaikan persengketaan antara negara. Bajer juga telah memainkan peranan dalam menjadikan hubungan luar sebahagian daripada tugas Parlimen Denmark dan penyertaan Denmark dalam Kesatuan Antara Parlimen dari awal.[1][2]

Beliau turut menyokong pelbagai organisasi keamanan samaada dalam Denmark mahupun sekitar Eropah, serta turut membantu membimbing kelulusan rang undang-undang untuk mencapai perjanjian timbang tara antara Sweden dan Norway. Bajer pernah menjadi Presiden Biro Tetap Keamanan Antarabangsa sehingga 1907 dan setahun kemudian beliau dihadiahkan Hadiah Keamanan Nobel.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Skou, Kaare R. (2005). Dansk politik A-Å (Danès). Aschehoug, p. 109. ISBN 87-11-11652-8.
  2. ^ Andersen, Holger (1953). "Den danske rigsdag og det interparlamentariske arbejde" (Danès) in Fabricius, Knud; Bomholt, Jul.; Hjelholt, Holger; Mackeprang, M.; Møller, Andr. (eds.): Den danske rigsdag 1849–1949 bind VI. Copenhagen: J. H. Schultz Forlag, pp. 415–416.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]