Fuad Hassan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Fuad Dato' Haji Hassan)
Jump to navigation Jump to search

Dato' Haji Fuad Bin Tan Sri Haji Hassan (12 November 1952 - Disember 2014) merupakan bekas ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dan juga merupakan bekas ADUN Ulu Klang di bawah parti UMNO (Barisan Nasional).

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Dato' Fuad adalah anak kepada tokoh agama pengajian Al-Qur'an iaitu Tan Sri Haji Hassan Azhari (1928–2018)[1] Beliau adalah anak kedua, abangnya ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan adiknya ialah pelakon Dato' Jalaluddin Hassan. Beliau kini menetap di Ampang Jaya, berhadapan dengan rumah adiknya, Dato' Jalaluddin Hassan. Beliau dikurniakan 2 orang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan.

Beliau mempunyai kelulusan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi ADUN Hulu Kelang selama sepenggal. Pada pilihanraya tahun 1999, beliau telah tewas kepada calon PKR ketika itu ialah Y.B Mohamed Azmin Ali.

Pasca politik[sunting | sunting sumber]

Sejak dari kekalahan itu, beliau telah bersara dari arena politik dan kini menumpukan kepada bidang perniagaan. Yang terbaru ialah beliau sedang berusaha untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang murah iaitu Asmara Air Services Sdn. Bhd. Kini beliau menjadi Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Khas atau JASA Kementerian Penerangan. Pengalaman, kebolehan dan kelulusan yang beliau miliki dikira amat sesuai untuknya menjawat jawatan penting dalam membantu memperkukuhkan harapan dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Malaysia di bawah pimpinan UMNO sekarang.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 8 Disember 2014 pada usia 62 tahun.[2][3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pengajar rancangan Muqaddam, Hassan Azhari meninggal dunia Utusan Malaysia (6 Oktober 2018). Dicapai pada 7 Oktober 2018.
  2. ^ "KP JASA, Datuk Fuad Hassan meninggal dunia". Malaysiakini. 8 Disember 2014. Dicapai 9 October 2015. 
  3. ^ "KP Jasa, Datuk Fuad Hassan meninggal dunia". Sinar Harian. 8 Disember 2014. Dicapai 9 October 2015. 
  4. ^ "Jasa D-G Fuad Hassan dies". The Star Online. 8 Disember 2014. Dicapai 9 October 2015.