Hulu Kelang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mukim Ulu Kelang
Jata-Selangor.jpg
Geografi
Status Mukim
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Selangor
Daerah Daerah Gombak
Mukim Mukim Ulu Kelang
Keluasan N/A

Hulu Kelang atau Ulu Klang terletak di hulu Sungai Kelang, timur laut Kuala Lumpur. Tempat yang berhampiran ialah Kuala Lumpur, Batu Caves, Taman Melati, Taman Melawati,Taman Permata, Wangsa Maju, Ampang, Setapak, Bukit Belacan dan Lembah Keramat. Antara mukim lain di Gombak ialah Rawang, Setapak dan Batu.

Muka buminya agak tinggi, 500 meter dari aras laut. Antara lokasi tinggi ialah Bukit Antarabangsa dan Bukit Kemensah dan Bukit Belacan. Ulu Klang menjadi kawasan tadahan hujan bagi Sungai Kelang. Aliran Sungai Kelang telah diluruskan di beberapa tempat dan ini menyebabkan aliran air bertambah pantas dan menyebabkan Kuala Lumpur mengalami banjir kilat pada 10 Jun 2007.

Bukitnya terdiri daripada batu kapur yang rapuh dan larut ketika hujan lebat. Akibatnya beberapa rumah di lereng bukit mendap dan runtuh. Contohnya kondominium Highland Towers yang runtuh pada 1993.

Jalan utama telah dinaik taraf pada pada tahun 2000 menjadi Lebuh raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur, dari Tesco Extra Cheras ke Ulu Klang melalui tempat-tempat yang berikut iaitu Zoo Negara, Taman Melewar, Gombak, UIAM, Batu Caves dan terus ke pinggir Selayang. Lebuh raya ini menjadikan lalu lintas dari Cheras ke Gombak dan Kuantan menjadi lebih pantas.

Ulu Klang mendapat limpahan pembangunan Lembah Kelang. Banyak kilang dan taman perumahan telah dibina. Antara kilang yang terdapat di sini Texas Instrument. Gudang DBP juga terletak di sini.

Hutan-hutan di belakang Zoo Negara telah diteroka dan dimajukan sehingga menjejaskan persekitaran Zoo Negara. Oleh itu mantan Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib hendak memindahkan Zoo Negara ke Hulu Selangor atau ke Sepang. Akhirnya pemindahan ini dibatalkan kerana mendapat bantahan orang ramai dan pihak pengurusan Zoo Negara.

Tempat lain yang strategik ialah air terjun Bukit Belacan dan Hulu Kemensah. Ada lorong denai dari Kemensah ke puncak Gunung Nuang di Hulu Langat bagi pendaki gunung.

Kawasan[sunting | sunting sumber]

Hulu Kelang merupakan sebuah kawasan pilihan raya di bawah daerah Gombak Selangor. Seluruh kawasan Hulu Kelang ditadbir oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Kerajaan Negeri Selangor. Hulu Kelang mempunyai banyak pusat melancong seperti Zoo Negara, Melawati Mall, ATV Kemensah, Bukit Tabur dan Pasaraya Giant. Antara kawasan Hulu Kelang yang terkenal ialah Taman Melawati. Taman Melawati juga merupakan pusat bandar tersibuk kerana terdapat banyak syarikat berniaga di situ.

Melawati Mall, Bukit Tabur,

Pasar Raya Giant

  • Taman Kemensah

Zoo Negara, ATV