Gamelan Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pemain muzik gamelan Melayu dengan alat-alat muzik mereka

Gamelan Melayu yang wujud di Malaysia hari ini dipercayai merupakan warisan kesenian daripada kesultanan Riau-Lingga, Pahang dan Terengganu. Walaupun alat muzik dan kesenian gamelan secara asasnya berasal dari Jawa; gamelan Melayu mempunyai identiti tersendiri seperti skala nada, teknik memainkan alat muzik, struktur lagu serta ciri-ciri lain yang membezakannya daripada gamelan Jawa, Bali, Sunda; mahupun genre gamelan lain di dunia.

Gamelan Melayu lazimnya dimainkan di majlis-majlis diraja sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad dari Pahang (1882-1914) dan Sultan Sulaiman dari Terengganu (1920-1942). Berdasarkan set gamelan diraja yang ditemui pada tahun 1966 at Istana Kolam, Terengganu, sepasang gamelan Melayu terdiri daripada 7 alat muzik asas, iaitu:

  1. Keromong, juga digelar Bonang Barung (set 10 gong kecil yang dibaringkan)
  2. Gambang (sebuah zilofon kayu)
  3. Saron Kecil, juga digelar Saron Barung (satu set metalofon)
  4. Saron Besar, juga digelar Saron Demung (satu lagi set metalofon, saiznya lebih besar daripada Saron Kecil)
  5. Kenong (set 3 gong besar yang dibaringkan)
  6. Sepasang Gong yang bergantungan, iaitu Gong Kecil dan Gong Besar

Kesenian yang pada mulanya eksklusif untuk tontonan kerabat diraja dan tetamu istana ini telah dipertontonkan di khalayak umum buat pertama kali pada tahun 1969. Sejak itu, ia telah menjadi sebahagian daripada seni dan warisan budaya Malaysia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]