Gangnam Beauty (drama Korea Selatan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gangnam Beauty (drama Korea Selatan)
Fail:My ID is Gangnam Beauty.jpg
Poster promosi
Genre
Ditulis olehChoi Soo-young
PengarahChoi Sung-bum
Dibintangi oleh
Negara asalKorea Selatan
BahasaKorea
Bilangan episod16
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Hwang In-roe
  • Jo Jun-hyung
  • Kim Dong-hyun
Penerbit
  • Choi Young-joong
  • Jang Ji-yeon
  • Kim Kyung-tae
  • Yang Se-jin
Pemasangan kamera
Single camera
Tempoh siaran60 minit
Syarikat penerbitan
Art & Culture[a]
Syarikat pengedaran
JTBC
Penyiaran
Saluran asalJTBC
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal27 Julai 2018 (2018-07-27) – 15 September 2018 (2018-09-15)
Pautan luar
Laman sesawang

Gangnam Beauty [1] (Hangul내 아이디는 강남미인; Hanja내 아이디는 江南美人; RRNae aidineun gangnammi-in, terjemahan kasar: ID saya ialah Gangnam Beauty) ialah sebuah siri televisyen Korea Selatan 2018 yang dibintangi oleh Im Soo-hyang, Cha Eun-woo, Jo Woo-ri dan Kwak Dong-yeon . Berdasarkan webtoon dengan nama yang sama yang diterbitkan pada tahun 2016 oleh Naver WEBTOON, [2] [3] ia berpusat pada kehidupan seorang pelajar kolej yang menjalani pembedahan kosmetik untuk menghindari ejekan dari pembuli namun keputusan itu nampaknya tidak menjadi kerana rakan-rakan beliau mengejek akan penampilan tiruannya. Judul webtoon dan judul siri TV ini mengejek satu perkataan Korea gangnammi-in (perempuan cantik Gangnam), satu istilah menghina di Korea Selatan untuk orang yang menarik tetapi kelihatan seolah-olah mereka menjalani beberapa pembedahan plastik untuk kelihatan lebih cantik, bentuk badan yang menggoda atau kedua-duanya. [4] Siri ini ditayangkan di JTBC pada 27 Julai 2018 dan ditayangkan setiap hari Jumaat dan Sabtu pada jam 23:00 (KST). [5] [6] [7] [8] Drama ini mendapat pujian di atas gambaran terhadap isu-isu yang mempengaruhi masyarakat Korea Selatan, terutama mengenai standard kecantikannya yang dangkal dan diskriminasi berdasarkan penampilan fizikal. [9] [10] [11]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kang Mi-rae (Im Soo-hyang) memutuskan untuk menjalanimenjalani pembedahan plastik setelah bertahun-tahun dibuli kerana penampilannya. "Kelahiran semula" beliau nampak berjaya pada mulanya, tetapi ketika kehidupannya di universiti bermula, rancangannya mulai tidak menjadi. Tekanan untuk menjadi "gadis cantik" mulai menyelubunginya dan, lebih buruk lagi, mereka yang dapat melihat melalui pembedahannya mengejeknya dan menandakannya sebagai "raksasa pembedahan plastik Gangnam ". Drama ini mengikuti kisah Mi-rae tentang pemulihan harga diri ketika dia mengenali rakan sekelasnya, dan bekas rakan sekolahnya di sekolah menengah, Do Kyung-seok (Cha Eun-woo).

Barisan Pelakon[sunting | sunting sumber]

Utama[sunting | sunting sumber]

  • Im Soo-hyang sebagai Kang Mi-rae [12] [13] [14]
    • Jeon Min-seo sebagai Kang Mi-rae muda
Seorang gadis yang pemalu dan tidak yakin yang mempunyai keyakinan diri yang rendah kerana penampilannya yang "jelek". Dia berhasrat untuk menjalani kehidupan yang "normal" dan tidak suka menonjol. Setelah dibuli di sekolah rendah dan sekolah menengah, dia akhirnya memutuskan untuk menjalani pembedahan kosmetik sebelum memasuki universiti. Semasa memasuki universiti, dia mula merasakan tekanan untuk menjadi "cantik" dan "popular" di kalangan rakan sebayanya. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang pembuat pewangi .
  • Cha Eun-woo sebagai Do Kyung-seok [15] [16] [17]
    • Shin Jun-seop sebagai Do Kyung-seok muda [18]
    • Moon Woo-jin sebagai Do Kyung-seok kanak-kanak.
Seorang pelajar tampan yang bijak dan kaya, tetapi secara diam-diam menyimpan luka emosi dari persekitaran rumahnya yang tidak gembira. Dia tidak peduli dengan apa yang difikirkan oleh orang lain, sehingga kelihatan dingin dan sukar untuk didekati; namun, dia memang mempunyai sifat mengambil berat dalam dirinya. Khususnya, dia tidak mementingkan kecantikan atau penampilan fizikal walaupun dipuji kerana ketampanan beliau.
  • Jo Woo-ri sebagai Hyun Soo-ah [19]
Gadis paling popular di jabatan kimia kerana penampilannya yang cantik. Dia kelihatan naif dan baik tetapi tindakannya membuktikan sebaliknya. Dia sangat memerlukan perhatian dan cinta dari orang lain, dan berusaha mendapatkannya melalui keperibadiannya yang naif kerana dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa gadis-gadis lain lebih mendapat perhatian.
Seorang siswazah kimia dan pembantu pengajar di jabatan kimia. Dia juga merupakan teman serumah Do Kyung-seok di kemudian hari. Dia terkenal di kalangan pelajar kerana penampilannya yang tampan dan juga persona ramah dan sopan. Dia menyukai Kang Mi-rae untuk penampilannya tetapi semakin menyukai keperibadiannya kerana mereka berdua berkongsi kepakaran mereka dalam minyak wangi.

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Orang di sekeliling Kang Mi-rae[sunting | sunting sumber]

bapa Kang Mi-rae yang juga seorang pemandu teksi. Beliau pada awalnya menentang pembedahan plastik Mi-rae, namun kemudian mula menerima keadaan Mi-rae.
  • Kim Sun-hwa sebagai Na Eun-sim[21]
ibu Kang Mi-rae. Seorang agen insurans. Beliau membantu Mi-rae dalam mendapatkan pembedahan plastik untuk anaknya tanpa pengetahuan suaminya.
rakan Kang Mi-rae dari kecil. Seorang pelajar tahun pertama jurusan psikologi yang mempunyai impian untuk menjadi artis hip-hop. Dia menyukai Yeon Woo-young.

Orang di sekeliling Do Kyung-seok[sunting | sunting sumber]

ibu Do Kyung-seok dan CEO untuk sebuah syarikat kosmetik. Kerana perceraian yang disebabkan oleh perkahwinan yang menderakan, dia telah terlalu lama terpisah dari anaknya, sehinggalah dia dapat bertemu anaknya kembali melalui Kang Mi-rae.
  • Park Sung-geun sebagai Do Sang-won[21]
bapa Do Kyung-seok yang juga seorang ahli kongres yang sedang berkempen untuk menjadi datuk bandar. Seorang yang pentingkan diri sendiri dan mementingkan kerjaya.
adik perempuan Do Kyung-seok. Seorang jockey penyiaran internet.
rakan Do Kyung-seok dari kecil . Pemilik bar.

Pelajar jurusan kimia[sunting | sunting sumber]

Pelajar tahun pertama yang juga wakil untuk pelajar-pelajar junior. Keperibadiannya yang bergaya membuatkan dia popular di kalangan pelajar. Dia tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam sebarang konflik dan sukakan keadilan. Dia terjumpa Soo-ah di kejiranan dia dan mula mempersoalkan latar belakang keluarga Soo-ah.
  • Jung Seung-hye sebagai Choi Jung-boon
Pelajar tahun pertama. Seorang wanita yang ceria dari kampung dengan loghat yang pekat. Dia menyukai Woo-jin.
  • Jung Hye-rin sebagai Lee Ji-hyo[26]
Pelajar tahun pertama yang berkawan rapat dengan Soo-ah. Dia amat jelas dengan penampilan fizikal dia dan apa yang orang lain fikirkan tentang dia.
  • Kim Do-yeon sebagai Jang Won-ho[27]
Pelajar tahun pertama. Dia menyukai Soo-ah dan menganggap Kyung-seok sebagai lawan dia.
  • Kim Eun-soo sebagai Kim Sung-woon[28]
Pelajar tahun pertama. Kawan baik Jung Won-ho.
  • Oh Hee-joon sebagai Kim Chan-woo[29]
Pelajar tahun pertama yang dalam tahun ketiga dalam semester ulangan. Dia dikenali sebagai master Dog kerana personaliti dia yang kasar. Dia membuli Mi-rae selepas Mi-rae menolak pengakuan cintanya dan kemudia mula menyukai Soo-ah. Dia kemudian dikalahkan oleh Kyung-seok kerana membuli Mi-rae sementara Woo-young mengugut Chan-woo akan merosakkan masa depan dia jika dia mengulangi perbuatan tersebut.
  • Ryu Ki-san sebagai Goo Tae-young[30]
Pelajar tahun kedua. Presiden jawatankuasa pelajar. Dia tidak tegas dalam pendiriannya dan berasa ragu-ragu untuk bertemu janji dengan Tae-hee.
  • Bae Da-bin sebagai Kwon Yoon-byul[31]
Pelajar tahun kedua. Naib presiden jawatankuasa pelajar. Dia mempunyai pendirian tegas dan bertanggungjawab, dengan personaliti yang sangat jujur dan berterus-terang. Dengan penampilan dia yang agak kelelakian, Yoon-byul amat popular di kalangan pelajar perempuan. Dia menyukai Woo-young, namun cintanya ditolak.
  • Lee Ye-rim sebagai Kim Tae-hee[32]
Pelajar tahun kedua. Setiausaha dalam jawatankuasa pelajar. Dia berasa ragu-ragu kerana bentuk badannya yang tembam. Dia menyukai Tae-young.
  • Baek Soo-min sebagai Go Ye-na
Pelajar tahun kedua. Ahli dalam jawatankuasa pelajar yang bertanggungjawab untuk hal-ehwal pelajar. Dia pernah menjadi pelajar perempuan paling popular dalam Jabatan Kimia hingga Soo-ah datang. Dia pernah menyukai Kyung-seok, namun kemudian mempunyai perasaan terhadap Jung-ho.
Pelajar tahun kedua. Seorang yang suka menetapkan suasana ceria di kalangan pelajar. Dia menyukai Ye-na sejak tahun pertama.
  • Seo Ji-hye sebagai Min-ah[34]
Pelajar tahun kedua. Dia suka bergosip
  • Kim Il-rin sebagai Yeo-woo[35]
Pelajar tahun kedua. Seorang yang dangkal yang hanya menitikberatkan penampilan luaran.
  • Ham Sung-min sebagai Jung Dong-won[36]
Pelajar tahun pertama. Dia seorang motae solo dan otaku dengan kehadiran yang besar dalam komuniti Internet. Dia hanya berhalusinasi bahawa Soo-ah menyukai dia.
  • Kim Min-ha sebagai Sun-mi
Pelajar tahun kedua. Dia mempunyai hubungan yang bagus dengan pelajar junior.

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

  • Jung Myung-hoon sebagai Young-mo
Ketua Dewan Nasional. Pembantu Do Sang-won.
  • Ji Sang-hyuk sebagai Lee Soo-hyun[37]
Pengarah perniagaan sebuah syarikat kosmetik yang diketuai oleh Nae-seong.
  • Ha Kyung sebagai Yong Chul
Orang yang menolak cinta Mi-rae dengan kasar sekali semasa sekolah rendah, kebanyakannya kerana penampilan fizikal Mi-rae.
  • Yoo In-soo sebagai Park Rae-sun[38]
  • Cha Bo-sung sebagai Ye Joon, pelajar junior (Ep. 2-3)

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Produksi[sunting | sunting sumber]

  • Siri ini ditulis oleh Choi Soo-young (Cunning Single Lady, 2014).
  • Pembacaan skrip pertama berlangsung pada 30 Mei 2018 di bangunan JTBC di Sangam-dong, Seoul, Korea Selatan. [44]

Sambutan & resepsi[sunting | sunting sumber]

Siri ini mendapat banyak pujian untuk gambaran kriptik tentang watak utama semasa zaman kanak-kanaknya. Penonton memuji pengarah Choi tentang cara beliau menggambarkan watak-watak dalam drama ini. [45]

Siri ini merupakan kejayaan komersial dan mendapat pujian kritis kerana mempersoalkan tentang penekanan yang masyarakat majmuk letak pada penampilan seseorang dan tentang makna sebenar kebahagiaan dan kecantikan. [9]

Pelakon dan kakitangan drama ini pergi bercuti ke Cebu, Filipina selama 4 malam dan 5 hari pada 19 Oktober 2018. [46]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Bahagian 1[sunting | sunting sumber]

Dilancarkan pada 3 Ogos 2018 (2018-08-03)
No. TajukArtis Masa
1. "Love Diamond"  Weki Meki[b] 02:55
2. "True"  RUNY 03:17
3. "Love Diamond" (Inst.)  02:55
4. "True" (Inst.)  03:17
Jumlah masa:
12:24

Bahagian 2[sunting | sunting sumber]

Dilancarkan pada 10 Ogos 2018 (2018-08-10)
No. TajukArtis Masa
1. "You Are My..." (향수)Celine 04:40
2. "You Are My..." (Inst.)  04:40
Jumlah masa:
09:20

Bahagian 3[sunting | sunting sumber]

Dilancarkan pada 11 Ogos 2018 (2018-08-11)
No. TajukArtis Masa
1. "No No"  Owol 03:25
2. "No No" (Inst.)  03:25
Jumlah masa:
06:50

Bahagian 4[sunting | sunting sumber]

Dilancarkan pada 17 Ogos 2018 (2018-08-17)
No. TajukArtis Masa
1. "Something"  George, Kang Hye-in 03:51
2. "Something" (Inst.)  03:51
Jumlah masa:
07:42

Bahagian 5[sunting | sunting sumber]

Dilancarkan pada 24 Ogos 2018 (2018-08-24)
No. TajukArtis Masa
1. "D-Day"  Junggigo 03:31
2. "D-Day" (Inst.)  03:31
Jumlah masa:
07:02

Bahagian 6[sunting | sunting sumber]

Dilancarkan pada 25 Ogos 2018 (2018-08-25)
No. TajukArtis Masa
1. "Always You"  Jin Min-ho 04:21
2. "Always You" (Inst.)  04:21
Jumlah masa:
08:42

Bahagian 7[sunting | sunting sumber]

Dilancarkan pada 31 Ogos 2018 (2018-08-31)
No. TajukArtis Masa
1. "Rainbow Falling"  Cha Eun-woo (Astro) 04:00
2. "Rainbow Falling" (Inst.)  04:00
Jumlah masa:
08:00

Bahagian 8[sunting | sunting sumber]

Dilancarkan pada 7 September 2018 (2018-09-07)
No. TajukArtis Masa
1. "Let's Go"  A-YEON, Chahee (Melody Day) 03:16
2. "Let's Go" (Inst.)  03:16
Jumlah masa:
06:32

Bahagian 9[sunting | sunting sumber]

Dilancarkan pada 15 September 2018 (2018-09-15)
No. TajukArtis Masa
1. "Holiday"  Yeoeun (Melody Day) 03:51
2. "Holiday" (Inst.)  03:51
Jumlah masa:
07:42
Disc 2:
No. TajukArtist Masa
1. "My ID (Opening Title)"  Various Artists 1:22
2. "My ID (Mother theme)"  Various Artists 2:29
3. "My ID Doo Bae Doo Bae"  Various Artists 1:58
4. "First Love Waltz"  Various Artists 2:19
5. "First Love Waltz (Vocal Version)"  Various Artists 2:01
6. "Amazing"  Various Artists 1:50
7. "The Moment I Fell in Love"  Various Artists 2:29
8. "Love Letter I"  Various Artists 1:48
9. "Witch Comic (Slow Version)"  Various Artists 2:35
10. "Too Lost"  Various Artists 3:00
11. "Rainy Day Date"  Various Artists 2:29
12. "The Way to Her Heart"  Various Artists 2:28
13. "Something in Your Eyes"  Various Artists 1:59

Kadar tontonan[sunting | sunting sumber]

Gangnam Beauty : Korea Selatan viewers per episode (millions)
SeasonEpisode numberAverage
12345678910111213141516
10.7540.8780.9161.1970.9441.0751.0761.2961.2421.3851.1271.6201.2611.5721.4851.6431.217
Source: Ukuran kadar tontonan di seluruh negara yang dijalankan oleh Nielsen Media Research.[47]
Purata kadar tontonan TV
Ep. Tarikh siaran asal Tajuk Purata taburan penonton
AGB Nielsen[48]
Seluruh negara (Korea Selatan sahaja) Seoul
1 27 Julai 2018 I'm Pretty Starting Today
(오늘부터 예뻐요)
2.885% 3.049%
2 28 Julai 2018 You Have To Be Pretty From The Start
(원래부터 예뻐야죠)
3.302% 3.509%
3 3 Ogos 2018 You Don't Even Know
(알지도 못하면서)
3.066% 3.355%
4 4 Ogos 2018 You'll Meet Anyone Destined For You To Meet
(만날 사람은 만나게 된다)
4.027% 4.061%
5 10 Ogos 2018 The Genius Face's Counterattack 1
(얼굴천재의 역습 1)
3.326% 3.837%
6 11 Ogos 2018 The Genius Face's Counterattack 2
(얼굴천재의 역습 2)
3.612% 3.415%
7 17 Ogos 2018 A Male Friend
(남자사람친구)
3.963% 4.784%
8 18 Ogos 2018 Basic Instincts
(원초적 본능)
4.392% 4.542%
9 24 Ogos 2018 A Twenty-Year-Old's Survival Story
(스무살의 생존기)
4.391% 5.046%
10 25 Ogos 2018 I Can Be Your Boyfriend
(남자친구여도 괜찮잖아)
5.022% 5.549%
11 31 Ogos 2018 Your ID is Gangnam Beauty
(너의 아이디는 강남미인)
4.492% 4.598%
12 1 September 2018 Don't You Have Feelings For Me?
(너 나 안 좋아하냐?)
5.436% 5.825%
13 7 September 2018 It's My First Love
(첫사랑이다)
4.768% 5.513%
14 8 September 2018 Start Secretly
(시작은 비밀스럽게)
5.033% 5.265%
15 14 September 2018 My Boyfriend is Do Kyung-seok
(내 남자친구는 도경석)
4.832% 5.783%
16 15 September 2018 Even Though We Don't Know Much About Life Yet
(아직 인생은 모르지만)
5.753% 6.186%
Purata 4.269% 4.645%
  • Dalam jadual di atas, nombor biru mewakili kadar terendah dan nombor merah mewakili kadar tertinggi.
  • Drama ini ditayangkan di saluran kabel/TV berbayar yang biasanya mempunyai taburan penonton yang lebih kecil berbanding saluran percuma/penyiar awam (KBS, SBS, MBC dan EBS).

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan Ruj.
2018 11th Korea Drama Awards Pelakon Baru Terbaik (Lelaki) Cha Eun-woo Menang [49]
Anugerah Bintang Hallyu Menang
Star of the Year Award Jo Woo-ri Menang
Anugerah Budaya dan Hiburan Korea Ke-26 Anugerah Kecemerlangan Terbaik, Pelakon Wanita dalam Drama Im Soo-hyang Menang [50]
2019 Anugerah Tahunan Soompi Ke-14 Breakout Actor Cha Eun-woo Menang [51]
Pelakon Idola Terbaik Tercalon
Pasangan Terbaik (Cha Eun-woo dan Im Soo-hyang) Gangnam Beauty Tercalon
Anugerah Hiburan iQiyi Pertama Pelakon Lelaki Paling Menawan Cha Eun-woo Menang

Siaran antarabangsa[sunting | sunting sumber]

  • Di Filipina, siri ini disiarkan di saluran ABS-CBN dari 5 Ogos hingga 4 Oktober 2019, dengan tayangan ulangan di Saluran Asianovela yang kini ditamatkan perkhidmatan pada 16 Disember 2019.
  • Di Mongolia, siri ini disiarkan di saluran AsianBox pada bulan Mac, 2019.
  • Di Singapura, siri ini disiarkan di saluran Mediacorp Suria dari 4 Januari hingga 14 Mac 2020.
  • Di Timur Tengah, siri ini disiarkan di saluran MBC 4 pada bulan Jun 2020.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sebuah anak syarikat dari Creative Leaders Group Eight [ko]
  2. ^ Dikreditkan sebagai lagu dari Weki Meki, nyanyian Ji Su-yeon dan Elly

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 도래커플, 눈만 마주치면 쪽쪽! 이 세상에 우리 둘만…♥ #하고싶은거_다해 내 아이디는 강남미인(Gangnam Beauty) 16회 (dalam bahasa Korea). JTBC. Dicapai pada November 29, 2018.
  2. ^ "공식입장'아이디는 강남미인' 임수향X차은우, 출연 확정…'싱크로율 100%' 조합". Naver (dalam bahasa Korea). Sports Chosun. May 28, 2018.
  3. ^ Gi, Maeng-gi. "내 ID는 강남미인! (My ID is Gangnam Beauty)". Naver WEBTOON.
  4. ^ Angela (2018-07-24). "What Does Gangnam Beauty Mean?". whatakdrama (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-08-19.
  5. ^ "'My ID is Gangnam Beauty' to premiere July 27". The Korea Times. July 23, 2018.
  6. ^ "'My ID is Gangnam Beauty' to be more than just lovey-dovey campus romance". Kpop Herald. July 26, 2018.
  7. ^ "'Gangnam Beauty' searches for true meaning of beauty". The Korea Times. July 27, 2017.
  8. ^ "'Beauty' isn't as simple as it looks : JTBC's latest drama tells a coming-of-age tale of a university student". Korea JoongAng Daily. July 28, 2018.
  9. ^ a b Yim Hyun-su (September 16, 2018). "'My ID is Gangnam Beauty' hits record with final episode". Kpop Herald. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "final1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  10. ^ Angela Son (October 18, 2018). "What K-Drama 'My ID Is Gangnam Beauty' Reveals About Korean Beauty Standards RN". BeautyTap.
  11. ^ Kang Aa-young (July 27, 2018). "Gangnam Beauty' searches for true meaning of beauty". The Korea Times.
  12. ^ '내 아이디는 강남미인' 임수향, "미래의 밝은 모습들, 나와 많이 닮았다". imbc (dalam bahasa Korea). June 27, 2018.
  13. ^ ""My ID is Gangnam Beauty" Im Soo-hyang Enjoys Taking on New Role". Hancinema. Dailian. July 26, 2018.
  14. ^ "Lim Soo-hyang has a new voice after 'Gangnam Beauty' role: Starring in the hit drama was a chance for the actor to show off her personality". Korea JoongAng Daily. September 29, 2018.
  15. ^ '내 아이디는 강남미인' 차은우 "웹툰과는 또 다른 도경석 보여줄 것". Seoul Economic Daily (dalam bahasa Korea). June 28, 2018.
  16. ^ "Cha Eun-woo thankful for handsome role in 'My ID is Gangnam Beauty'". Kpop Herald. July 26, 2018.
  17. ^ "ASTRO's Cha Eun-woo hot in 'Gangnam Beauty'". The Korea Times. August 7, 2018.
  18. ^ 마이틴 신준섭, '내 아이디는 강남미인' 차은우 중학생 시절 연기. Xports News (dalam bahasa Korea). June 27, 2018.
  19. ^ 조우리, '내 아이디는 강남미인' 출연…모태미녀 현수아役. TenAsia (dalam bahasa Korea). May 29, 2018.
  20. ^ 내 아이디는 강남미인' 곽동연, 외유내강 '연우영役' 캐스팅. The Chosun Ilbo (dalam bahasa Korea). May 31, 2018.
  21. ^ a b c d '내 아이디는 강남미인' 박주미·박성근·우현·선화, 섬세한 서사 더할 '믿보배'. Xports News (dalam bahasa Korea). July 23, 2018.
  22. ^ 도희 측 "'강남미인' 출연 확정, 힙합뮤지션 지망생役". My Daily (dalam bahasa Korea). May 31, 2018.
  23. ^ 배우 김지민, '내 아이디는 강남미인' 합류…차은우와 남매 호흡. TenAsia (dalam bahasa Korea). July 14, 2018.
  24. ^ "Lee Tae-sun Joins "My ID is Gangnam Beauty"". Hancinema. TV Daily. May 31, 2018.
  25. ^ [공식] 박유나, '내 아이디는 강남미인' 캐스팅…매력부자 과대표役. Seoul Economic Daily (dalam bahasa Korea). June 8, 2018.
  26. ^ '내 아이디는 강남미인' 신예 정혜린, 새침+도도 '깨알 존재감'. Osen (dalam bahasa Korea). July 29, 2018.
  27. ^ 신인배우 김도연, '내 아이디는 강남미인' 출연…모태솔로 장원호 役. Asiae (dalam bahasa Korea). July 3, 2018.
  28. ^ '내 아이디는 강남미인' 신예 김은수, 신스틸러 탄생 예고. Sports Khan (dalam bahasa Korea). July 28, 2018.
  29. ^ "[공식입장] 오희준, '내 ID는 강남미인' 출연… 임수향·차은우와 호흡". News1 (dalam bahasa Korea). June 7, 2018.
  30. ^ 신예 류기산, '내 아이디는 강남미인' 합류…임수향·차은우와 호흡 [공식입장]. Asiae (dalam bahasa Korea). June 18, 2018.
  31. ^ 배다빈 '내 아이디는 강남미인' 캐스팅…숏커트 감행. Sports Donga (dalam bahasa Korea). May 31, 2018.
  32. ^ "[Oh!쎈 이슈] '이경규 딸' 이예림, '강남미인'으로 배우 도전 "연기만 집중"(종합)". Osen (dalam bahasa Korea). June 18, 2018.
  33. ^ "[공식입장] 최성원, 쉼 없는 활동..'내 ID는 강남미인' 합류확정". Osen (dalam bahasa Korea). June 8, 2018.
  34. ^ 서지혜, '내 아이디는 강남미인' 출연 "대체 무슨 역할?" 뒤늦게 화제. Daily Grid (dalam bahasa Korea). August 14, 2018.
  35. ^ 김이린, '내 아이디는 강남미인' 서 '얼평' 선배로 출격. Sporbiz (dalam bahasa Korea). June 18, 2018.
  36. ^ '일뜨청' 신예 함성민, 예민보스 '덕후남'으로 등장…신스틸러 등극. Sports Chosun (dalam bahasa Korea). December 5, 2018.
  37. ^ 배우 지상혁, '내 아이디는 강남미인' 출연 확정. edaily (dalam bahasa Korea). June 28, 2018.
  38. ^ [공식입장] '라이프' 암 센터 레지던트 유인수, '내 아이디는 강남미인' 합류. Xports News (dalam bahasa Korea). August 21, 2018.
  39. ^ [단독] 이영애, '내아이디는강남미인' 카메오 깜짝출연..'데뷔 후 처음'. Osen (dalam bahasa Korea). July 24, 2018.
  40. ^ 노플로, '내 아이디는 강남미인'으로 배우 데뷔? "내가 드라마 나오니 신기". Herald Pop (dalam bahasa Korea). August 8, 2018.
  41. ^ '내 아이디는 강남미인' 전진기, 목사로 특별출연… "내려놓기 왜 힘들지?". TopStarNews (dalam bahasa Korea). September 16, 2018.
  42. ^ ""이영애→타이거JK"…'내 아이디는 강남미인'의 카메오 활용법". Xports News (dalam bahasa Korea). August 9, 2018.
  43. ^ "'강남미인' 도희, 타이거JK 주노플로 만났다 "아직 손발 안 펴져"". Newsen (dalam bahasa Korea). August 13, 2018.
  44. ^ "'강남미인' 임수향X차은우, 대체불가 비주얼 상큼 케미". Newsen (dalam bahasa Korea). June 14, 2018.
  45. ^ "Mystery unveiled over child actor's face in 'My ID is Gangnam Beauty'". Kpop Herald. August 3, 2018.
  46. ^ '내 아이디는 강남미인' 포상휴가, 10월 필리핀 세부로 떠난다. MK News (dalam bahasa Korea). September 21, 2018.
  47. ^ "Nielsen Korea". AGB Nielsen Media Research (dalam bahasa Korea). Dicapai pada March 27, 2020.
  48. ^ "Nielsen Korea". AGB Nielsen Media Research (dalam bahasa Korea). Dicapai pada July 27, 2018.
  49. ^ Jeon, Aram (October 2, 2018). [종합] '2018 KDA' 유동근, 대상 영예…'같이 살래요' 4관왕 '쾌거' [[Comprehensive] '2018 KDA' Dong Keun Lee, Grand Prize 'Let's live together' 4 crowns 'comfort']. Xports News (dalam bahasa Korea) – melalui Naver.
  50. ^ "대한민국문화연예대상 울트라브이 권한진대표 조현재.임수향 최우수상 시상자로 무대에 올라". KNS. November 29, 2018.
  51. ^ "14th Annual Soompi Awards". Soompi (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-08-25.

Pautan luaran[sunting | sunting sumber]