Google Chrome

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Google Chrome
PembangunGoogle Inc.
Keluaran asal2 September 2008 (2008-09-02)
Versi stabil terkiniMicrosoft Windows
23.0.1271.91
OS X
23.0.1271.91
 (26 November 2012; 11 tahun yang lalu (2012-11-26))[1]

Android
18.0.1025464 (ARM)
18.0.1026320 (x86)
 (1 November 2012; 11 tahun yang lalu (2012-11-01))[2][3]

iOS
21.0.1180.82
 (24 September 2012; 11 tahun yang lalu (2012-09-24))[4]
Versi tak stabil terkiniBeta
24.0.1312.5
 (8 November 2012; 11 tahun yang lalu (2012-11-08))[5]
Dev
25.0.1323.1
 (12 November 2012; 11 tahun yang lalu (2012-11-12))[5]
status pengembanganAktif
Ditulis dalamC++, assembly, Python, JavaScript
Sistem pengendalianAndroid (4.0 and later)
iOS (4.3 or later)
Linux
OS X (10.6 and later)
Windows (XP SP2 and later)
EnjinWebKit, V8 JavaScript engine
Tersedia dalam50 bahasa
Status pembangunanAktif
JenisPelayar web, pelayar web mudah alih
LesenFreeware under Google Chrome Terms of Service[note 1]
Laman sesawangwww.google.com/chrome
Logo awal 3D Chrome

Google Chrome ialah pelayar web keluaran Google yang menggunakan enjin susun atur dan kerangka aplikasi WebKit. Chrome julung kalinya dikeluarkan sebagai versi beta untuk Microsoft Windows pada 2 September 2008, disusuli keluaran stabil awamnya pada 11 Disember 2008. Namanya berasal dari bingkai antara muka pengguna grafik pelayar web yang dipanggil "krom". Tepat pada Januari 2012, Chrome ialah pelayar web kedua terbanyak penggunaannya, dengan mencatat 25-28% dari penggunaan pelayar web seluruh dunia.[6]

Chromium adalah projek sumber terbuka di sebalik Google Chrome dan dilepaskan atas kebenaran lesen BSD.[7] Ia melaksanakan himpunan ciri yang sama, tetapi mempunyai logo yang sedikit berbeza.[8]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pengumuman[sunting | sunting sumber]

Pengumuman keluaran pada mulanya telah dijadualkan pada 3 September 2008, dan satu komik oleh Scott McCloud telah dihantar ke para wartawan dan para penulis blog menerangkan ciri-ciri dan motivasi bagi pelayan web terbaru.[9] Salinan yang dibuat untuk Eropah telah dihantar dan penulis blog Jerman Philipp Lenssen dari Google Blogoscoped[10] telah membuat satu salinan imbasan yang mengandungi 38 muka surat di laman webnya selepas menerimanya pada 1 September 2008.[11] Seterusnya Google telah meletakkannya di laman web Google Books dan laman mereka[11] lalu menyatakannya dalam blog rasminya beserta penerangan untuk keluaran awal.[12]

Keluaran umum[sunting | sunting sumber]

Satu keluaran beta untuk Microsoft Windows telah dikeluarkan pada 2 September 2008 dalam 43 bahasa. Versi-versi Mac OS X dan Linux pula masih dalam peringkat pembangunan dan dijadualkan keluar tidak lama lagi.[13][14][15]

Pada 2 September, satu laporan berita CNET[16] menarik perhatian ramai terhadap serangkap terma perkhidmatan bagi keluaran beta awal, yang kelihatan memberi Google hak capaian kepada kesemua kandungan yang dipindahkan melalui pelayar Chrome. Petikan terbabit sebenarnya disalin dari terma-terma perkhidmatan am Google.[17] Pada hari yang sama, Google membalas kritikan itu dengan mengakui bahawa istilah-istilah yang dipakai adalah dipinjam dari produk lain, lalu memadam rangkap berkenaan dari Terma-Terma Perkhidmatannya.[18] Google menyatakan perubahan ini adalah untuk semua pengguna yang telah memuat turun Google Chrome.[19] Ada juga kebimbangan dan kekeliruan kalau-kalau adanya maklumat atau maklumat yang mana yang disalurkan balik ke Google. Pihak Google menyatakan[20] baahwa metrik penggunaan hanya dihantar apabila pengguna memilih untuk menanda pilihan "bantulah pertingkatkan Google Chrome dengan menghantar statistik penggunaan dan laporan keruntuhan perisian kepada Google secara automatik" apabila pelayar ini dipasang.[21]

Keluaran sulung Google Chrome lulus ujian Acid1 dan Acid2. Walaupun tidak lulus ujian Acid3, namun adalah memadai apabila mencatat markah 78/100, lebih tinggi berbanding pelayar Internet Explorer 7 (14) dan Firefox 3 (71), tetapi di belakang Opera (84).[22] Jika dibandingkan dengan binaan pembangun, Chrome lebih rendah markahnya berbanding Firefox (85), Opera (99), dan Safari (100), tetapi masih mengatasi Internet Explorer (21).[22]

Google mengeluarkan Chrome 2.0 pada 21 Mei 2009, menjanjukan peningkatan kelajuan dan kestabilan. Antara ciri-ciri barunya termasuk pengisian borang automatik, pembaharuan New Tab Page, dan mod skrin penuh.[23]

Versi 3.0 keluar pada 15 September 2009, membawakan peningkatan kelajuan sebanyak 25%, kebolehan HTML5 (seperti unsur-unsur <video> dan <audio> dengan sokongan natif untuk video Ogg Theora, audio Ogg Vorbis, video H.264, audio AAC dan MP3), Omnibox dipertingkat, pemilihan tema, dan pembaharuan New Tab Page.[24][25][26][27][28]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Google Chrome bertujuan meningkatkan keselamatan, kelajuan dan kestabilan. Antara muka pengguna Chrome yang bersifat minimalis berbeza sekali daripada pelayar-pelayar lain.[29] Kekuatan Chrome terletak dalam prestasi aplikasi dan kelajuan pemprosesan JavaScript, yang disahkan oleh para pengulas sebagai yang terpantas di kalangan pelayar-pelayar utama ketika ini.[30][31][32] Bagaimanapun, setelah lahirnya enjin-enjin JavaScript Squirrelfish Extreme oleh WebKit dan TraceMonkey oleh Mozilla, didapati prestasi pelaksanaan JavaScript Chrome semakin perlahan.[33][34][35][36] Kebanyakan ciri-ciri unik Chrome pernah diumumkan oleh pembangun pelayar lain terlebih dahulu, apapun Google tetap menjadi pembangun pertama yang melaksanakan dan mengeluarkannya kepada orang awam.[37] Contohnya, inovasi antara muka pengguna grafik (GUI) yang terpentingnya, iaitu penggabungan bar alamat dan bar carian (Omnibox) pertama kali diumumkan oleh Mozilla pada Mei 2008 sebagai ciri-ciri yang dirancangkan untuk Firefox.[38] Chrome dihimpunkan dari 26 pustaka kod berbeza dari Google dan lain-lain lagi dari pihak ketiga seperti Netscape.[39]

Keselamatan[sunting | sunting sumber]

Senarai hitam
Chrome memuat turun kemas kini dua senarai hitam (satu untuk phishing dan satu untuk malware) serta mengingatkan para pengguna yang cuba memasuki laman web yang berbahaya. Ciri-ciri ini juga disediakan untuk pelayar lain melalui API awam bebeas bernama "Google Safe Browsing API". Dalam proses penyelenggaraan senarai hitam ini, Google juga memaklumkan pemilik laman web tersenarai yang mungkin tidak menyedari kehadiran perisian berbahaya.[11]
Kotak pasir
Setiap tab dalam Chrome dimasukkan ke dalam "kotak pasir" untuk "mengelakkan malware dari memasang sendiri" atau "memperalatkan peristiwa di satu tab untuk menjejaskan peristiwa di satu lagi tab". Mengikut prinsip keistimewaan terendah, setiap proses ditarik balik haknya dan boleh memproses dara tetapi tidak boleh menulis fail atau membaca bahan-bahan sensitif (cth. dokumen, desktop), serupa dengan "Protected Mode" yang digunakan oleh Internet Explorer pada Windows Vista dan Windows 7. Pasukan Sandbox Team dikatakan "menjadikan sempadan proses sedia ada ini menjadi seakan-akan penjara", contohnya: perisian berbahaya yang berjalan di satu tab tidak boleh mengesan nombor kad kredit, berhubung dengan tetikus atau menyuruh Windows agar "membuka atur cara boleh laku apabila dimulakan", lalu dihapuskan apabila tabnya ditutup. Ini memperkuatkan model keselamatan komputer ringkas yang terdiri daripada dua peringkat keselamatan (iaitu pengguna dan kotak pasir), yang mana kotak pasir hanya boleh membalas permintaan perhubungan dari pengguna.[11]
Pemalam
Biasanya, pemalam seperti Adobe Flash Player tidak diselaraskan, oleh itu tidak boleh dimasukkan ke dalam kotak pasir seperti tab. Pemalam terpaksa berjalan pada atau melebihi tahap keselamatan pelayar itu sendiri. Untuk mengurangkan risiko serangan, pemalam berjalan dalam proses berasingan yang berhubung dengan renderer yang beroperasi pada tahap "keistimewaan amat rendah" dalam proses-proses khusus mengikut tabnya.
Incognito
Chrome dilengkapi mod Incognito (serupa dengan InPrivate dalam Internet Explorer 8) yang membolehkan penggunannya melayari Internet tanpa merakam laman-laman web yang dikunjungi dan kukinya.[12]

Kelajuan[sunting | sunting sumber]

JavaScript
Mesin maya Javascript dianggap sebagai projek yang cukup penting untuk dipisahkan (seperti Tamarin oleh Adobe/Mozilla) dan diuruskan oleh pasukan khusus di Denmark. Pelaksanaan sedia ada direka untuk "atur cara kecil yang mana prestasi dan daya interaktif sistemnya tidak begitu penting," tetapi aplikasi web seperti Gmail "menggunakan pelayar web sepenuh-penuhnya apabila melibatkan manipulasi DOM dan Javascript". Hasilnya ialah enjin V8 JavaScript yang direka dengan ciri-ciri meningkatkan kelajuan pengalihan kelas tersembunyi, penjanaan kod dinamik, dan pengumpulan buangan persis.[11] Ujian yang dijalankan oleh Google mendapati V8 dua kali lajunya berbanding Firefox 3 dan Safari 4 beta.[40]

Antara muka pengguna[sunting | sunting sumber]

Selain ruangan tunggal untuk mengisi alamat dan kata kunci carian yang bergelar Omnibar, antara muka pengguna utamanya terdiri daripada fungsi undur dan maju (pasangan anak panah kiri kanan di kiri sekali), muat semula (anak palah menggulung di kanan butang undur dan maju), penanda buku (bintang, di hujung kiri Omnibar), pergi (segitiga menghala kanan, di kanan Omnibar) dan batal (pangkah, menggantikan butang pergi apabila laman web dimuat), rupanya serupa dengan pelayar web Safari, manakala tatasusunnya seiras dengan Internet Explorer 7/8. Tiga butang minimumkan, maksmimumkan dan tutup tetingkap di sudut kanan atas berasal dari Windows Vista.

Gears
Chrome merangkumi perisian Gears yang menambahkan ciri-ciri ciptaan pembangun yang mungkin bakal menjadi piawaian web akan datang atau sebaliknya, biasanya berkenaan pembinaan aplikasi web (termasuk sokongan luar talian).[11]
Laman Tab Baru
Apabila tab baru dibuka, Chrome membuka Laman Tab Baru (New Tab Page) yang memaparkan lapan laman web yang paling kerap dikunjungi dalam bentuk imej kecil di samping laman-laman yang plaing kerap digelintar, penanda laman terkini dan tab yang baru ditutup.[41]
Omnibox
Omnibox ialah ruang isian URL di bawah tab, serupa dengan Opera. Omnibox merangkumi fungsi melengkapkan isian URL (yang pernah dimasukkan secara manual sahaja) atau kata carian secara automatik, cadangan carian, halaman yang paling kerap pernah dilawati, halaman popular (yang tidak pernah dilawati) dan menggelintar sejarah dengan kata kunci.[11]
Tetimbul
Tetingkap timbul (pop-up) "dilingkupkan ke dalam tab asalnya" dan tidak boleh timbul di luar tabnya melainkan pengguna mengheretnya keluar.[11]
Enjin paparan
Chrome menggunakan enjin susun atur WebKit atas nasihat pasukan Android kerana enjin WebKit ini mudah, cekap ingatan, berguna dalam peranti terbenam dan mudah dipelajari pembangun baru.[11]
Tab
Tab ialah komponen utama antara muka pengguna Chrome yang terletak di atas sekali tetingkap. Tab boleh dipindahkan ke tetingkap lain atau dibukakan tetingkap baru dengan mengheretnya keluar dari tetingkap asalnya. Setiap tab mempunyai set kawalan sendiri, termasuk sekali Omnibox.[11]
Aplikasi web
Aplikasi web boleh dilancarkan dalam tetingkap sendiri tanpa Omnibox dan bar alat pelayar, maka mengehadkan krom pelayar agar tidak "mengganggu apa-apa yang dilakukan oleh pengguna", sekaligus membolehkan aplikasi web berjalan di samping perisian tempatan (begitu juga dengan Mozilla Prism, Adobe AIR dan Fluid).[11]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Google Chrome's WebKit layout engine and V8 JavaScript engine are all Free and open source software. Other parts may be open-source or proprietary. Google Chrome's Terms of Service makes the entire package proprietary freeware. (see Terms of Service text, section 9.2).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Grunberg, Karen (2012-11-26). "Stable Channel Update". Chrome Releases. Blogger. Dicapai pada 2012-11-28.
  2. ^ "Chrome". Google Play. Google. September 26, 2012. Dicapai pada September 27, 2012.
  3. ^ Ramachandran, Vinod (November 1, 2012). "Chrome for Android Update". Google Chrome Releases (Blog). Google. Dicapai pada November 1, 2012.
  4. ^ Google Inc. (September 24, 2012). "Chrome". App Store. Apple. Dicapai pada September 24, 2012.
  5. ^ a b "Chrome Releases". Google Blogspot. Dicapai pada 2012-11-08. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Releases" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  6. ^ "Browser Market Share". Net Applications. 2012-01-01. Dicapai pada 2009-09-02.
  7. ^ "Chromium". Google Code. Dicapai pada 2008-09-03.
  8. ^ McAllister, Neil (2008-09-11). "Building Google Chrome: A first look". Fatal Exception. InfoWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-13. Dicapai pada 2008-09-16. As the name suggests, Chromium is a rawer, less polished version of Chrome. The UI is mostly identical, with only a few very minor visual differences...The most readily evident difference is the logo, which sheds the Google images colors in favor of a subdued blue design
  9. ^ Scott McCloud (2008-09-01). "Surprise!". Google Blogoscoped. Dicapai pada 1 September 2008. Check date values in: |date= (bantuan)
  10. ^ Philipp Lenssen (1 September 2008). "Google Chrome, Google's Browser Project". Dicapai pada 2008-09-01.
  11. ^ a b c d e f g h i j k Philipp Lenssen (1 September 2008). "Google on Google Chrome - comic book". Google Blogoscoped. Dicapai pada 1 September 2008.
  12. ^ a b Scott McCloud and Google Chrome team (1 September 2008). "Google Chrome By the Google Chrome team, comics adaptation by Scott McCloud". Google Books. Dicapai pada 1 September 2008.
  13. ^ Pichai, Sundar (1 September 2008). "A fresh take on the browser". Google Blog. Dicapai pada 1 September 2008. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  14. ^ "Google Chrome update: First screenshot, and live-blog alert". CNet. 1 September 2008. Dicapai pada 2008-09-02.
  15. ^ "Google launches Chrome web browser". Associated Press. Dicapai pada 2 September 2008.
  16. ^ "Be sure to read Chrome's fine print". CNET. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-04. Dicapai pada 3 September 2008.
  17. ^ Google Terms of Service
  18. ^ "Google Chrome Terms of Service (English)". Dicapai pada 4 September 2008.
  19. ^ Google Amends Chrome License Agreement After Objections, PC World, 3 September 2008, dicapai pada 3 September 2008
  20. ^ "Google Chrome Privacy Notice". Dicapai pada 27 Oktober 2009.
  21. ^ Ackerman, Elise (19 September 2008). "Google browser's tracking feature alarms developers, privacy advocates". San Jose Mercury News. Dicapai pada 21 September 2008.
  22. ^ a b Hoffman, Harrison (2008-09-02). "Chrome tops IE, Firefox in Acid3 test". CNET News. Dicapai pada 2008-09-03.
  23. ^ A Speedier Google Chrome for all users - Google Chrome Blog
  24. ^ Laforge, Anthony (2009-09-15). "Google Chrome after a year: Sporting a new stable release". Googleblog.blogspot.com.
  25. ^ Google Chrome to support HTML 5 video, SoftSailor, 2009-05-28, dicapai pada 2009-10-11
  26. ^ Stephen Shankland (2009-05-28), Google Chrome gets HTML video support, cnet news, dicapai pada 2009-10-11
  27. ^ Mark Boas (2009-07-29), Native Audio in the browser, html 5 doctor, dicapai pada 2009-10-11
  28. ^ Peter Davison (2009-09-22), Web Browsers And Packages - Google Chrome, Legend Scrolls, dicapai pada 2009-10-11
  29. ^ Google Chrome’s Unique Features, the most visible user interface changes, with screen-shots.
  30. ^ Speed test: Google Chrome beats Firefox, IE, Safari - Business Tech, CNET News
  31. ^ Big browser comparison test: Internet Explorer vs. Firefox, Opera, Safari and Chrome, PC Games Hardware
  32. ^ Lifehacker Speed Tests: Safari 4, Chrome 2, and More - Browsers, Lifehacker
  33. ^ Third Chrome beta another notch faster - News, Builder AU
  34. ^ Step aside, Chrome, for Squirrelfish Extreme - News, Builder AU
  35. ^ SquirrelFish Extreme: Fastest JavaScript Engine Yet, satine.org
  36. ^ Firefox counters Google's browser speed test - Business Tech Diarkibkan 2012-07-28 di Wayback Machine, CNET News
  37. ^ 12 Unique features of Google Chrome Diarkibkan 2010-01-07 di Wayback Machine, TechStroke
  38. ^ The future of the Firefox address bar, CNET News, Mozilla announces plans to merge address bar and search bar in a CNET interview. "Ultimately, he said, the two entry fields will merge into one. How the data from your browsing history and from a Web search engine will merge has yet to be resolved."
  39. ^ Code reuse in Google Chrome Browser
  40. ^ Limi, Alexander (2008-09-02). "Chrome: Benchmarks and more". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-24. Dicapai pada 2008-09-02.
  41. ^ Philipp Lenssen. "Google Chrome Screenshots". Google Blogoscoped. Dicapai pada 2008-09-02.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]