Geli-geli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gegeli
Gegeli duri, Lasia spinosa
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Monokot
Order: Alismatales
Keluarga: Araceae
Genus: Lasia
Spesies:
L. spinosa
Nama binomial
Lasia spinosa
(L.) Thwaites[1]
Sinonim[1]
  • Dracontium spinosum L.
  • Lasia aculeata Lour.
  • Lasia crassifolia Engl.
  • Lasia crassifolia f. angustisecta Engl.
  • Lasia crassifolia f. latisecta Engl.
  • Lasia desciscens Schott
  • Lasia hermannii Schott
  • Lasia heterophylla (Roxb.) Schott
  • Lasia jenkinsii Schott
  • Lasia loureiroi Schott
  • Lasia roxburghii Griff.
  • Lasia zollingeri Schott
  • Pothos heterophyllus Roxb.
  • Pothos lasia Roxb.
  • Pothos spinosus Buch.-Ham. ex Wall.

Geli-geli, gegeli, segeli, bekil atau nyambing (Lasia spinosa)[2][3] ialah spesies tumbuhan herba dalam keluarga talas-talasan, Araceae. Ia tumbuh di kawasan tropika dan subtropika bertanah lembap. Tumbuhan ini tempatan dari benua kecil India, China Selatan dan Tengah, Taiwan, Indochina, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, dan New Guinea.[1] Tumbuhan ini turut dipanggil gali-gali, keladi gegeli dan keladi keris.[4][5]

Pucuk mudanya boleh dibuat ulam dengan cara direbus dan dicecahkan bersama sambal belacan, budu, cencaluk atau cecahan yang lain. Rasanya lemak, seakan-akan asparagus. Ia perlu direbus sehingga masak dahulu sebelum dimakan untuk menghilangkan toksik dan tidak boleh dimakan mentah.[6]

Ciri-ciri botani[sunting | sunting sumber]

Lukisan botani geli-geli.

Ia ialah tumbuhan renek kecil setinggi 50–75 cm (20–30 in). Batangnya lembut, pendek, dan didakap oleh tangkai daun yang panjang dan berduri kecil. Daunnya tunggal, bertangkai panjang, tercarik ke dalam dan membentuk 4-8 pasang cuping yang tirus serta panjang. Cuping paling bawah melentok ke bawah. Tangkai daun dan urat di permukaan bawah daun berduri keras.[1]

Bunga-bunga pokok ini kecil dan muncul berjambak pada pangkal pokok. Seludang bunganya berwarna hijau di luar dan ungu keperangan di sebelah dalam.[4] Buahnya pula berwarna hijau, tersusun rapat pada jambak buah.

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Daun geli-geli mengandungi air, karbohidrat, serat, alkaloid, mineral, musilaj, protein, kalsium, kalium, zink, ferum dan vitamin.[perlu rujukan]

Ia dikatakan dapat merawat sakit perut, sembelit, buasir, gout, sakit buah pinggang, air perut tidak lawas dan rawatan selepas bersalin.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Lasia spinosa". World Checklist of Selected Plant Families. Taman Botani Diraja, Kew. Dicapai pada 2023-01-02.
  2. ^ "geli-geli". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ "nyambing". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ a b Azman Sulong (2 Julai 2018). "Pokok geli-geli".
  5. ^ Lasia spinosa. Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/35427. [Didapatkan kembali 02 Januari 2023].
  6. ^ Mohd Norfaizal Ghazalli; Masrom Hasran; Salmaniza Salleh; Erny Sabrina Mohd Noor. "Lasia spinosa : keladi unik berkhasiat tinggi". AGROMEDIA. Pusat Penyelidikan Sumber Strategik, Ibu Pejabat MARDI Serdang. Dicapai pada 2023-01-02.
  7. ^ Lasia spinosa

Pautan luar[sunting | sunting sumber]