Gempa bumi Osaka 2018
| Tarikh | 18 Jun 2018 |
|---|---|
| Masa | 7:58 pagi (JST) |
| Magnitud | 5.5 (Mw) |
| Kedalaman | 15.4 km (9.6 bt) |
| Koordinat | 34°50′02″U 135°36′22″T / 34.834°U 135.606°T |
| Kawasan terjejas | Kawasan Kinki |
| Keamatan maksimum | VIII |
| Tsunami | Tiada |
| Korban | 5 terbunuh, 375 cedera |
Gempa bumi Osaka 2018 merupakan sebuah insiden gempa bumi yang berlaku di Wilayah Osaka pada 7:58 pagi (Waktu Piawai Jepun) pada 18 Jun 2018 dan dicatatkan pada skala 5.5 pada skala magnitud momen.[1] Sekurang-kurangnya lima orang maut dan 375 orang lagi dilaporkan cedera.[2][3]
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Pusat gempa bumi tersebut berada berdekatan bandar Takatsuki di utara Osaka, pada kedalaman 15.4 km. Gempa bumi ini mencatatkan bacaan setinggi Skala 6 (Lemah) dalam skala Shindo dalam beberapa bandar termasuk Osaka, Takatsuki dan bandar-bandar lain di wilayah itu.[4]
Kesan
[sunting | sunting sumber]
Gempa bumi tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya 170,000 buah rumah di wilayah Osaka dan Hyogo terputus bekalan elektrik.[5] Selain itu, sekurang-kurangya 472 buah bangunan mengalami kerosakan, terutamanya di wilayah Osaka.[2]
Selain itu, sistem pengangkutan di kawasan yang terlibat juga terjejas dengan lebih 60 perjalanan Shinkansen terpaksa dibatalkan dan lapangan terbang serta lebuh raya ditutup secara sementara.[6] Sebanyak 518 pusat pemindahan pula dibuka untuk mangsa setakat 5 petang (waktu tempatan) pada hari itu untuk mangsa terlibat.[7]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "M 5.3 - 1km SSW of Takatsuki, Japan". United States Geological Survey. Dicapai pada 18 Jun 2018.
- 1 2 "地震 9歳女児ら4人死亡 375人けが". NHK (dalam bahasa Jepun). 19 Jun 2018. Dicapai pada 19 Jun 2018.
{{cite web}}: Cite has empty unknown parameter:|dead-url=(bantuan) - ↑ "地震 66歳男性が震災関連死 死者は5人に". NHK. 19 Jun 2018. Dicapai pada 19 Jun 2018.
{{cite web}}: Cite has empty unknown parameter:|dead-url=(bantuan) - ↑ "大阪で震度6弱 今後1週間程度注意を". NHK (dalam bahasa Jepun). 18 Jun 2018. Dicapai pada 18 Jun 2018.
{{cite web}}: Cite has empty unknown parameter:|dead-url=(bantuan) - ↑ "Gempa Osaka: Tiga maut termasuk kanak-kanak". Astro Awani. 18 Jun 2018. Dicapai pada 18 Jun 2018.
{{cite web}}: Cite has empty unknown parameter:|dead-url=(bantuan) - ↑ Johnston, Eric (18 Jun 2018). "At least three people killed, more than 240 injured after strong earthquake rattles Osaka area". Japan Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 Jun 2018.
{{cite web}}: Cite has empty unknown parameter:|dead-url=(bantuan) - ↑ "震度6弱 大阪府内518か所で避難所開設(17:00)". NHK (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 18 Jun 2018.