Kaunti
Jump to navigation
Jump to search
![]() | Rencana ini memerlukan petikan dan rujukan tambahan untuk pengesahan. (Mei 2011) (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini) |
Kaunti (Inggeris: county) adalah subunit pentadbiran kerajaan tempatan yang mempunyai bidang kuasa tersendiri di sesetengah negara moden tertentu. Di Eropah pada zaman dahulu, county berasal daripada perkataan bahasa Perancis iaitu comté (juga mempunyai perkataan yang setara dalam bahasa lain seperti contea, contado, comtat, condado, Grafschaft, Gau dan sebagainya) yang merupakan wilayah pemerintahan dibawah kuasa seorang count.
Penggunaan "kaunti"[sunting | sunting sumber]
Kanada[sunting | sunting sumber]
- Di Kanada, lima daripada sepuluh wilayahnya menggunakan "kaunti" sebagai subbahagian kawasan. Ini termasuk semua empat wilayah asal iaitu New Brunswick, Nova Scotia, Ontario, dan Quebec serta wilayah ketujuh, Pulau Prince Edward.
China[sunting | sunting sumber]
- Perkataan "kaunti" digunakan untuk menterjemah perkataan bahasa Cina, xiàn (县 atau 縣). Di Tanah Besar China yang diperintah oleh Republik Rakyat China, kaunti merupakan tahap ketiga bagi pentadbiran tempatan selepas pentadbiran wilayah dan pentadbiran prefektur.
![]() | Rencana berkaitan geografi ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |