Geopolitik dan sistem demokrasi organisasi serantau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sistem demokrasi organisasi serantau merupakan suatu bentuk pemerintahan yang melibatkan berbagai negara dalam satu kedudukan geografik tertentu. Pertubuhan serantau (RO) ialah organisasi antarabangsa (IO) yang menggabungkan keahlian antarabangsa dan melibatkan entiti geopolitik yang melampaui satu negara. Walaupun mereka berfungsi sebagai IO, keahlian mereka mempunyai penandaan geografi yang jelas seperti benua atau penandaan geopolitik seperti blok ekonomi. Faktor geografi seperti sempadan wilayah, kedudukan geografi dan sumber daya alam mempengaruhi pembentukan dan kestabilan sistem demokrasi organisasi serantau. Sebagai contoh, negara-negara wilayah sempadan yang jelas mungkin memiliki struktur politik yang lebih terurus. Manakala, wilayah yang memiliki batas yang samar-samar atau mempunyai konflik menghadapi cabaran dalam pembentukan sistem demokrasi yang lebih efektif. RO ditubuhkan untuk mendorong kerjasama, integrasi politik atau ekonomi, dan dialog di antara negara atau entiti dalam sempadan geografi atau geopolitik yang ketat. Kedua-duanya mencerminkan perkembangan dan sejarah yang telah dibangunkan sejak akhir Perang Dunia II dan dalam konteks globalisasi.  

Faktor politik serantau seperti hubungan antara negara, diplomasi, dan konflik politik juga memberikan impak yang signifikan pada sistem demokrasi organisasi serantau. Hubungan geopolitik yang kuat antara negara-negara dalam wilayah tersebut dapat membentuk kerjasama politik, pertukaran idea dan peralihan keahlian demokrasi yang mempengaruhi perkembangan demokrasi dalam sistem serantau. Namun, konflik politik yang berpanjangan atau ketegangan geopolitik, dapat mempengaruhi kestabilan politik, kebebasan orang awam, serta proses pendemokrasian di dalam wilayah tersebut.

Pengaruh geopolitik terhadap sistem demokrasi organisasi serantau sangat kompleks dan tidak dapat disederhanakan menjadi satu faktor tunggal. Faktor-faktor seperti kedudukan geografi, politik serantau, dan ekonomi saling terkait dan saling mempengaruhi dalam membentuk dinamik demokrasi dalam sistem serantau.  

Percaturan geopolitik semasa di Asia Tenggara  [sunting | sunting sumber]

Usaha dan inisiatif untuk melakar medan kerjasama dan kesepakatan baru mencapai titik kesukaran untuk membuat pilihan serta kerisauan yang meningkat berhubung dengan keamanan dan kestabilan di kawasan yang semakin memburuk. Kawasan Asia Tenggara dan Indo Pasifik menghadapi tentangan yang rumit, termasuk persaingan kekuasaan dan perlumbaan persenjataan. Di sebalik konflik konvensional (sebagaimana kebiasaan) yang disandarkan pada kepentingan negara sebagai pelaku utama dalam politik antarabangsa, kawasan Asia Tenggara juga terlibat dalam kesan ancaman kekerasan dan bencana perubahan iklim.  

Dalam menelusuri reaksi dan polisi pencegahan serta pengendalian terhadap kedua jenis ancaman ini, negara- negara anggota ASEAN menghadapi kesulitan dalam menyeimbangkan tekanan dan pengaruh kekuatan besar yang diterajui Amerika Syarikat dan China serta sekutu masing-masing, sekali gus menyaksikan kawasan ini menjadi arena yang terdedah kepada pencetus konflik yang berpotensi menjadi konflik berskala tinggi sekali gus berpotensi melibatkan penggunaan senjata berisiko tinggi.  

Dalam mengkaji reaksi anggota ASEAN dan negara lain terhadap kesan AUKUS terhadap kestabilan dan keamanan di wilayah, terdapat dua persepktif yang berbeza yang menjadi fokus perancangan analisis. Kerisauan terhadap kemampuan AUKUS dalam memicu perlumbaan persenjataan baru dan mendalami krisis keamanan di Asia Timur dan Asia Tenggara menjadi dasar penentangan dan penolakan terhadap pakatan ketenteraan ini yang melibatkan pertukaran dan pengembangan teknologi ketentaraan semasa, termasuk kapal selam yang menggunakan tenaga nuklear.  

Namun, di sebalik diplomasi rasmi, terdapat negara-negara dan pakar pertahanan serta pembuat dasar yang telah lama menanti AUKUS sebagai alat untuk memberikan keseimbangan dan jaminan keamanan bagi kelangsungan negara dan kestabilan wilayah, dengan kemampuan untuk mencegah dominasi dan pengembagan agresif dari China, berfungsi sebagai penghalang yang efektif. Negara-negara ini, termasuk sebagian besar negara anggota ASEAN, harus mempertimbangkan perancangan dan dinamik geopolitik wilayah yang kompleks dan polisi luar yang berlandaskan pada kedaulatan wilayah dan kelangsungan negara, sambil tetap seimbang dengan keutuhan dan komitmen terhadap ASEAN dan pengaruh kekuatan luar.  

Dominasi dan pengaruh langsung mahupun tidak langsung dari China dan Amerika Syarikat dalam aspek ekonomi dan pertahanan terhadap negara-negara anggota ASEAN menjadi hubungan yang tidak dapat dipisahkan atau menggugat untuk kepentingan pihak-pihak yang terlibat, dan ini menjadi faktor pengikat yang akan terus mencegah upaya dan komitmen ASEAN dalam memastikan wilayah tetap aman, terkecuali dan stabil.  

Demokrasi organisasi serantau[sunting | sunting sumber]

Apabila sebuah perlembagaan memberikan hak kepada wilayah untuk menetukan organisasi dalaman mereka, termasuk pembentukan statut dan institusi mereka, ia akan menetukan hak ini sebesar-besarnya. Dalam konteks pengaturcaraan diri, hak ini memberi kebebasan kepada wilayah untuk mengatur organisasi dalaman mereka, termasuk pembentukan statut dan institusi mereka. Hal ini bertujuan untuk memastikan bahwa wilayah memiliki kuasa yang luas dalam mengelola urusan dalaman mereka sesuai dengan kebutuhan dan kehendak mereka sendiri. Hak ini ditegaskan oleh perlembagaan untuk memberikan perlindungan yangkuat kepada wilayah dan memastikan bahwa hak ini diakui dan dihormati secara meluas.  

Organisasi serantau merupakan lembaga demokratik yang mewakili kepentingan wilayah secara keseluruhan. Fungsi eksekutif serantau, jika tidak dijalankan secara langsung oleh organisasi, ianya akan diberikan kepercayaan kepada seseorang atau badan yang bertanggungjawab kepada organisasi tersebut. Jika badan eksekutif adalah perwakilan dari majlis, ia akan bertanggungjawab terhadap tindakannya kepada majlis mengikut syarat dan prsedur yang ditetapkan oleh undan-undang. Dalam ertikata, jika badan eksekutif dipilih secara langsung oleh rakyat, ia mungkin tidak secara mutlak bertanggungjawab kepada majlis, tetapi tetap perlu memberikan laporan mengenai tindakannya.  

Dapat dilihat bahawa perbezaan antara kedua situasi ini bergantung kepada tahap kesahihan ahli-ahli eksekutif. Dalam pemilihan langsung oleh rkayat, ahli-ahlinya mempunyai legitimasi demokrasi yang popular, yang sama atau mungkin yang lebih tinggi daripada ahli-ahli majlis wilayah.  

Dapat kita fahami bahawa, dalam sistem demokrasi, badan organisasi wilayah akan dipilih melalui suara mengundi secara langsung, samaada secara bebas dan rahsia, manakala dalam beberapa negara di mana anggota badan berkuasa wilayah ditubuhkan secara tidak langsung, anggota majlis tersebut akan terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih melalui undian majoriti oleh pihak berkuasa tempatan yang membentuk entiti wilayah.  

Sistem ini diterima kerana pemilihan pada peringkat tempatan mempunyai kesahihan demokratik yang langsung, yang mana wakil yang dipilih akan mewakili kepentingan atau suara rakyat di wilayah tersebut. Turut ditegaskan bahawa prinsip pemilihan demokrasi anggota majlis atau badan organisasi, sama ada secara langsung atau tidak langsung, tidak menghalang penggunaan bentuk penyertaan demokrasi lain.  

Pengaruh geopolitik terhadap sistem demokrasi organisasi serantau[sunting | sunting sumber]

Pengaruh geopolitik dapat memberikan kesan yang signifikan terhadap sistem demokrasi dalam organisasi serantau. Faktor-faktor geopolitik seperti persaingan kuasa antara negara-negara besar, kepentingan strategik dan dominasi ekonomi dapat mempengaruhi dinamik politik dan perkembangan demokrasi di dalam organisasi serantau.  

Salah satu pengaruh geopolitik yang relevan adalah adanya persaingan antara kekuatan besar yang ingin memperluas pengaruh dan kepentingan mereka di kawasan tersebut. Persaingan ini dapat menciptakan ketegangan politik dan menjurus ke arah campur tangan negara-negara besar dalam sistem demokrasi organisasi serantau. Negara-negara kuasa besar ini mungkin berusaha mempengaruhi keputusan politik dan insitusi di dalam organisasi serantau sesuai dengan kepentingan mereka sendiri, yang dapat mengurangkan ruang gerak demokrasi.  

Selain itu, geopolitik juga dapat mempengaruhi kestabilan politik dalam organisasi serantau. Konflik politik atau ketegangan antara negara-negara anggota dapat mempengaruhi proses demokrasi dan pengmabilan keputusan dalam organisasi serantau. Persaingan kuasa dan ketegangan geopolitik juga dapat mempengaruhi kualiti demokrasi dengan membatasi kebebasan politik, kebebasan berpendapat, dan keterlibatan masyarakat umum.  

Dominasi ekonomi oleh negara-negara besar juga dapat mempengaruhi sistem demokrasi organisasi serantau. Negara-negara yang memliki kekuatan ekonomi mereka. Ini dapat menciptakan ketidakseimbangan kekuasaan dan mengancam kemandirian politik organisasi serantau, membatasi peranan dan autonomi lembaga-lembaga demokratik di dalamnya.  

Perkara ini dapat diperkukuhkan kesahihannya, melihat kepada faktor yang mendorong kepada kesulitan untuk mencapai kata sepakat daripada negara anggota ASEAN, rentetan daripada konflik yang berlaku antara Amerika Syarikat dan China. Konflik dua gergasi ekonomi ini secara tidak langsung menyebabkan segala keputusan berkaitan dengan polisi kenegaraan, ekonomi organisasi serantau serta keselamatan negara sukar untuk mendapatkan kata putus.  

Faktor-faktor seperti persaingan kekuasaan, persaingan geopolitik, dominasi ekonomi dan konflik ketenteraan dapat mempengaruhi dinamik demokrasi negara-negara Asia. Ketegangan ini dapat mengakibatkan penurunan kebebasan politik, pembatasan hak asasi manusia, dan penekanan terhadap penglibatan awam dalam proses pengambilan keputusan politik. Negara-negara anggota Asia harus menghadapi cabaran ini dengan memperkuat institusi demokrasi mereka, mempromosikan perdamaian dan dialog, serta memastikan perlindungan hak-hak demokrasi dalam menghadapi geopolitik yang kompleks.