Pergi ke kandungan

Ghazali Hasbullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ustaz Ghazali Hasbullah adalah pendakwah yang terkenal di Malaysia. Beliau pernah menjadi guru agama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) lebih 20 tahun dan akibat kelantangan beliau menegur ketidakadilan, beliau pernah ditahan ISA pada 1980an.

Beliau berasal dari Bagan Datoh, Perak.Dua hari sebelum jatuh sakit, beliau berceramah akhir di Johor.

Meninggal dunia

[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Jun 2011, Ghazali Hasbullah meninggal dunia pada usia 70 tahun di Hospital Selayang akibat sakit tua. Jenazah disolatkan di Perkampungan Islam Darul Atiq yang didirikannya sendiri dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Rasa, Rasa, Hulu Selangor, Selangor.[1]

Allahyarham meninggalkan dua isteri; Puan Asiah Johari, 60an, dan Puan Norhafizah, 40an, anak (13), sulung dalam usia 43 dan bongsu sekitar 20an, cucu (60) dan dan cicit (30). Salah seorang cucunya ialah Abdullah Omar. [2], [3]

  1. ^ "Bantulah kami..." Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-11. Dicapai pada 2017-08-11.
  2. ^ Ustaz Ghazali Hasbullah meninggal
  3. ^ "Ustaz Ghazali Hasbullah meninggal". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-08. Dicapai pada 2012-02-05.