GlaxoSmithKline

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
GlaxoSmithKline plc
Jenis Syarikat awam berhad
Didagangkan sebagai LSE: GSK
NYSE: GSK
Industri Farmaseutikal, bioteknologi
Pendahulu Glaxo Wellcome
SmithKline Beecham
Ditubuhkan 2000 (London)
Ibu pejabat London, United Kingdom
Perancang utama Chris Gent (Pengerusi)
Andrew Witty (Ketua Eksekutif)
Produk Farmaseutikal, vaksin, barangan jagaan mulut, barangan pemakanan, ubat melalui kaunter
Hasil £27.387 bilion (2011)[1]
Pendapatan operasi £8.397 bilion (2011)[1]
Pendapatan bersih £5.458 bilion (2011)[1]
Pekerja 96,500 (2010)[2]
Laman web www.gsk.com

GlaxoSmithKline plc (GSK) (LSE: GSK, NYSE: GSK) ialah syarikat multinasional farmaseutikal, biologik, vaksin dan penjagaan kesihatan pengguna yang beribu pejabat di London, United Kingdom. Ia merupakan syarikat farmaseutikal keempat terbesar dunia selepas syarikat Pfizer, Novartis dan Sanofi.[3] Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2000 hasil penggabungan GlaxoWellcome plc dengan Smithkline Beecham plc.

Kilang mereka membuat ubat untuk penyakit asma, barah, kawalan virus, jangkitan, kesihatan mental, diabetes, dan masalah pencernaan, serta penjagaan kesihatan oral dan pemakanan. Antaranya ialah Sensodyne, Boost, Horlicks dan Gaviscon.

Pada 2 Julai 2012, GSK mengaku bersalah kepada tuduhan jenayah dan bersetuju membayar penyelesaian $3 bilion berhubung penipuan kes di Amerika Syarikat, denda terbesar pernah dikenakan terhadap syarikat ubatan.[4] Syarikat ini didapati menyalahi undang-undang syarikat ubat preskripsi, kegagalan melaporkan data keselamatan, menyogok doktor, dan mempromosikan ubat-ubatan untuk kegunaan mereka yang tidak dilesenkan.[5]

GSK disenaraikan di Bursa Saham London dan Indeks FTSE 100. Sehingga Disember 2011 modal pasarannya sebanyak £73.8 bilion. Ia turut disenaraikan di Bursa Saham New York.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

GSK telah ditubuhkan pada tahun 2000 hasil penggabungan beberapa syarikat terdahulu seperti GlaxoWellcome plc , Wellcome plc , Glaxo plc, Smithkline Beecham plc , Beecham plc dan Smithkline Beckman Corporation.

Ubat beracun[sunting | sunting sumber]

Jabatan Kesihatan Hong Kong di wilayah autonomi China mendapati tablet antibiotik Augmentin keluaran GlaxoSmithKline mengandungi beberapa ‘plasticiser’ (bahan yang dicampur untuk melenturkan plastik), termasuk ‘diisodecyl phthalate’ (DIDP), yang menimbulkan kebimbangan terhadap kualitinya. Namun jumlah kandungan pelentur plastik dalam ubat itu tidak mendatangkan bahaya jika diambil mengikut dos disarankan.

Sebagai langkah segera, Hong Kong memerintahkan penarikan balik antibiotik Augmentin dalam bentuk sirap setelah mengesan kandungan tinggi DIDP. Mereka memberi amaran bahawa pengambilan DIDP pada jumlah yang besar untuk tempoh yang panjang boleh menjejas hati. [6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]