Global Historical Climatology Network

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peta rangkaian stesen cuaca Global Historical Climatology Network

Global Historical Climatology Network (GHCN; lit. Rangkaian Klimatologi Bersejarah Global) ialah set data mengenai rekod suhu, kerpasan dan tekanan yang diuruskan oleh National Climatic Data Center (NDCC), Universiti Negeri Arizona dan Carbon Dioxide Information Analysis Center. Data agregat yang telah dikumpul diperoleh daripada stesen meteorologi kekal yang terus melaporkan secara berterusan di permukaan Bumi. Pada tahun 2012, terdapat 25,000 stesen meteorologi dalam 180 negara dan wilayah yang direkodkan dalam data set Global Historical Climatology Network. Beberapa contoh pembolehubah pemantauan ialah jumlah kerpasan harian yang terbentuk serta suhu maksimum dan minimum.[1]

Idea asal pembikinan aplikasi data GHCN-M adalah untuk menyediakan analisis iklim dunia untuk set data yang memerlukan pemantauan secara harian. Tujuannya adalah untuk mencipta set data bergariskan asas global yang boleh disusun daripada stesen meterologi di seluruh pelosok dunia.[2]

GHCN ialah salah satu kompilasi rujukan utama data suhu yang digunakan untuk klimatologi, dan merupakan asas bagi Rekod Suhu GISTEMP. Peta yang dipaparkan menunjukkan 7,280 buah stesen metreologi yang tetap dalam katalog GHCN, yang berkodkan warna mengikut panjang rekod yang telah disimpan dalam tahun yang tersedia. Tapak yang dikemas kini secara aktif dalam pangkalan data (2,277) ditandakan sebagai "active" (aktif) dan ditunjukkan dalam simbol yang besar, manakala tapak yang lain ditandakan sebagai "historical" (bersejarah; bekas) dan ditunjukkan dalam simbol kecil. Dalam sesetengah kes, tapak stesen yang bersejarah masih mengumpul/menyediakan data tetapi disebabkan oleh kelewatan pemprosesan data (lebih sedekad dalam beberapa kes yang dirujuk) menyebabkan tidak menyumbang data kepada anggaran suhu semasa.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Versi pertama Global Historical Climatology Network telah dibangunkan pada musim panas tahun 1992.[3] Versi pertama ini, yang dikenali sebagai Versi 1 adalah kerjasama antara stesen penyelidikan dan dua set data yang sama iaitu program World Weather Records dan World Monthly Surface Station Climatology daripada National Center for Atmospheric Research (NCAA).[4] Di dalam set stesen kaji cuaca, terdapat sekurang-kurangnya data klimatologi yang direkodkan selama 10 tahun, dua perlimanya mempunyai lebih daripada 50 tahun data, dan satu persepuluhnya mempunyai 100 tahun data. Versi 1, atau lebih dikenali sebagai V1 ialah pengumpulan purata suhu bulanan daripada 6,000 stesen.[3] Pada tahun 2022, terdapat tiga versi GHCN – M yang dikeluarkan.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Menne, Matthew (15 Dec 2018). "The Global Historical Climatology Network Monthly Temperature Dataset, Version 4". Journal of Climate. 31 (24): 9835–9854. doi:10.1175/JCLI-D-18-0094.1. S2CID 134797632.
  2. ^ Lawrimore, Jay (15 October 2011). "An overview of the Global Historical Climatology Network monthly mean temperature data set, version 3". Journal of Geophysical Research. 116. doi:10.1029/2011JD016187.
  3. ^ a b Vose, R. S.; Schmoyer, R. L.; Steurer, P. M.; Peterson, T. C.; Heim, R.; Karl, T. R.; Eischeid, J. K. (1992-07-01). "The Global Historical Climatology Network: Long-term monthly temperature, precipitation, sea level pressure, and station pressure data" (dalam bahasa Inggeris). doi:10.2172/10178730. OSTI 10178730. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  4. ^ Menne, Matthew J.; Williams, Claude N.; Gleason, Byron E.; Rennie, J. Jared; Lawrimore, Jay H. (2018-12-15). "The Global Historical Climatology Network Monthly Temperature Dataset, Version 4". Journal of Climate (dalam bahasa Inggeris). 31 (24): 9835–9854. doi:10.1175/JCLI-D-18-0094.1. ISSN 0894-8755. S2CID 134797632.
  5. ^ Menne, Matthew J.; Durre, Imke; Vose, Russell S.; Gleason, Byron E.; Houston, Tamara G. (2012-07-01). "An Overview of the Global Historical Climatology Network-Daily Database". Journal of Atmospheric and Oceanic Technology (dalam bahasa Inggeris). 29 (7): 897–910. doi:10.1175/JTECH-D-11-00103.1. ISSN 0739-0572. S2CID 120956769.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]