Glosari Harry Potter

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Glosari ini menyenaraikan semua istilah yang berkaitan dengan Harry Potter. Istilah bahasa Inggeris ditunjukkan dalam kurungan dan istilah ini mempunyai penerangan serba ringkas. Turut disertakan siri buku yang mempunyai istilah tersebut.

Perhatikan bahawa buku yang berbeza boleh mempunyai istilah yang berbeza untuk istilah asal yang sama.

A[sunting | sunting sumber]

A
Gred yang bermaksud "Agak Baik"[HP5] atau Boleh Terima"[HP6] (Acceptable); gred terendah untuk lulus.
Abstinence
Kata laluan untuk ke dalam menara Gryffindor.[HP6]
Accio
Sihir Memanggil/Menyeru (Summoning Charm).
Abyssinia Shrivelfig (Abyssinian Shrivelfig)
Tumbuhan ara ajaib dipelajari tahun dua dalam Herbologi. [HP2][HP3]
Aguamenti
Sihir Air
Air Maulhayat Minda Baruffio (Baruffio's Brain Elixir)
Posyen yang merangsang minda sebelum peperiksaan, Hermione katakan ia tak berjaya. [HP5]
Akademi Sihir Beauxbatons (Beauxbatons Academy of Magic)
Sekolah sihir terletak di sebuah istana di Perancis, mengambil bahagian dalam Kejohanan Ahli Sihir Trio.[HP4][HP6]
Akonit (Aconite)
Tumbuhan beracun digunakan dalam ramuan posyen. [HP1]
Akromantula (Acromantula)
Labah-labah gergasi, 8 mata, berbulu hitam tebal. Bisanya berguna. Salah satu peliharaan Hagrid iaitu Aragog.[HP2][HP6].
Alkimia (Alchemy)
Sains zaman pertengahan yang mencari cara mengubah logam biasa kepada emas.
Alohomora
Jampi untuk membuka kebanyakan pintu berkunci; tidak berfungsi bagi kunci jampi tahap tinggi. [HP1][HP3][HP5][HP6]
Amortentia
Posyen pengasih paling mujarab di dunia.[HP6]
Anapneo
Jampi digunakan untuk memberi laluan nafas bagi mereka yang tercekik.[HP6]
Animagus
Ahli sihir yang mampu berubah menjadi haiwan.
Antologi Mantera Abad Kelapan Belas (An Anthology of Eighteenth-Century Charms)
Buku yang dipinjam Harry dari perpustakaan Hogwarts. [HP4]
Antibisa Orang Asia (Asiatic Anti-Venoms)
Tajuk buku. [HP5]
Aparecium
Sihir Memperlihat - Sihir ini menjadikan dakwat yang halimunan mahupun objek yang halimunan untuk diperlihatkan kepada individu yang menggunakannya.
Arithmansi (Arithmancy)
Salah satu Mata pelajaran Hogwarts, satu cabang sihir yang berurusan dengan sifat ajaib nombor, juga dikenali dengan numerologi; diajar Profesor Vector.
Atrium
Dewan masuk di Kementerian Sihir (aras 8). [HP5]
Auror
Ahli sihir terlatih yang berkhidmat untuk kementerian untuk menangkap ahli sihir jahat dan Death Eater untuk dibawa ke pengadilan. [HP4][HP5][HP6]
Avada Kadavra
Sumpahan Pembunuh; salah satu daripada Sumpahan Tak Terampun; menghasilkan cahaya hijau dengan segera membunuh mangsa; bagi yang menggunakan, tempatnya di Azkaban.[HP4][HP5][HP6]
Avis
Jampi yang menyeru burung kecil terbang keluar dari hujung tongkat sihir si penyeru. [HP4][HP6]
Axminster
Permaidani ajaib; boleh menerbangkan 12 orang serentak.[HP4] Perdana Menteri memiliki satu di pejabatnya.[HP6]
Azkaban
Penjara ahli sihir yang dahulunya dijaga oleh Dementor; kubunya dibina di tengah pulau terpencil di Laut Utara. [HP2][HP3][HP4][HP5][HP6][HP7]

B[sunting | sunting sumber]

Bahagian-bahagian Haiwan Liar, Benda Hidup dan Roh (Beast, Being and Spirit Divisions)
Sebahagian daripada Jabatan bagi Kawalan dan Pengawalan Makhluk Ajaib yang terletak di aras empat Kementerian Sihir. [HP5]
Banshee
Makhluk sihir yang kelihatan seperti perempuan bertengkorak, ada yang mempecayai bunyi bansehee meramalkan kematian; boggart bagi Seamus Finnigan.[HP3]
Basilisk
Dikenali sebagai "Raja Ular", boleh membunuh dengan hanya bertentangan mata. [HP2][HP6][HP7]
Baubles
Kata laluan untuk memasuki ruang umum Gryffindor.[HP6]
Berenga Aquavirius (Aquavirius Maggots)
Makhluk ajaib yang tidak diketahui kewujudannya, hanya sesetengah orang, seperti Luna Lovegood, yang mempercayai kewujudannya. [HP5]

G[sunting | sunting sumber]

Garisan Usia (Age Line)
Garisan di lantai yang menghalang ahli sihir pada usia tertentu melepasinya; dilukis Dumbledore untuk halang pelajar bawah 17 memasuki Kejohanan Ahli Sihir Trio. [HP4]

H[sunting | sunting sumber]

Halangan anti Muggle (Anti-Muggle security)
Jampi dan mantera digunakan pada sesuatu tempat untuk mengelakkan Muggle menemuinya. [HP4]

J[sunting | sunting sumber]

Bahagian-bahagian Haiwan Liar, Benda Hidup dan Roh (Beast, Being and Spirit Divisions)
Sebahagian daripada Jabatan bagi Kawalan dan Pengawalan Makhluk Ajaib yang terletak di aras empat Kementerian Sihir. [HP6]

K[sunting | sunting sumber]

Karut (Balderdash)
Kata laluan untuk memasuki ruang umum Gryffindor. [HP4]
Kemalangan Artifak (Artifact Accidents)
Kecederaan disebabkan kemalangan artifak seperti letupan kawah, pantulan tongkat sihir, perlanggara penyapu terbang dll.; dirawat di tingkat bawah Hospital St. Mungo.[HP5]

M[sunting | sunting sumber]

Mempelajari Rune Kuno Cara Mudah (Ancient Runes Made Easy)
Tajuk buku. [HP2]
Minuman Merapu {Babbling Beverage)
Minuman yang menyebabkan peminumnya merapu. [HP5]
Muncul Tiba-Tiba (Apparition)
Kebolehan untuk muncul di mana-mana sahaja; sihir tanpa tongat sakti; perlu melebihi 17 tahun untuk memperoleh lesen.[HP4][HP6]

P[sunting | sunting sumber]

Pembaz Anti-Kecurian (Anti-Burglar Buzzer)
Penyapu Bluebottle seisi keluarga yang mempunyai Pembaz Anti-Kecurian.[HP4]
Pena Bulu Pelepah Jawab Sendiri (Auto-Answer Quill)
Pena yang boleh menjawabkan soalan dengan sendiri; pena ini diharamkan dari peperiksaan. [HP5]
Pencapaian dalam Penggunaan Sihir (Achievements in Charming)
Tajuk buku. [HP5]
Pengharaman Pembiakan Secara Uji Kaji (Ban on Experimental Breeding)
Undang-undang yang ditaja oleh Newt Scamander dan diteruskan pada 1965, menghalang penciptaan raksasa baru di Britain; di Kementerian Sihir, Bob memegang kotak berisi ayam yang menghembuskan api, suatu perlanggaran undang-undang serius. [HP5]
Penilaian Pendidikan Kuasa Ajaib Eropah (An Appraisal of Magical Education in Europe)
Buku digunakan Hermione untuk membaca tentang sekolah sihir lain di Eropah termasuk Beauxbatons dan Durmstrang.((HP4}}
Pertandingan Penjagaan Laman Terbaik Seluruh England (All-England Best-Kept Suburban Lawn Competition)
Pertandingan palsu yang direka oleh Tonks untuk membuatkan keluarga Dursley keluar rumah. [HP5]
Pisang Goreng (Banana fritters)
kata laluan untuk memasuki ruang umum Gryffindor. [HP4]
Pop Asid (Acid Pops)
Gula-gula yang melubangkan lidah; diberi Fred kepada Ron ketika tujuh tahu [HP3]; kata laluan ke pejabat Dumbleodore [HP6]

S[sunting | sunting sumber]

Sihir Anti Penipuan (Anti-Cheating Spell/Charm)
Jampi yang digunakan guru kepada pena dan kertas untuk mengelakkan penipuan dalam peperiksaan.[HP1][HP5]
Sumpahan Anti Ghaib (Anti-Disapparition Jinx)
Dumbledore menggunakannya untuk mengikat Death Eater di Kementerian Sihir. [HP5]
Sumpahan Anti Ceroboh (Anti-Intruder Jinx)
Jampi-jampi yang dikenakan pada tembok sekitar Hogwarts. [HP6]
Sumpahan Asas bagi yang Sibuk dan Sakit Hati (Basic Hexes for the Busy and Vexed)
Tajuk buku. [HP4]
Sumpahan Kelawar Momok (Bat-Bogey Hex)
Kepakaran Ginny Weasley, yang pernah menggunakannya terhadap Fred dan George Weasley, Draco Malfoy, dan Zacharias Smith.[HP5][HP6]
Sumpahan Meracau (Babbling Curse)
Sumpahan yang menyebabkan mangsanya meracau dan merapu; dikatakan Lockhart menyembuhkan seorang mangsa di perkampungan Transylvania.[HP2]
Sumpahan Makan Diri (Backfiring jinx)
Terjadi di pusat membeli belah Muggle, Elephant and Castle, hingga Encik Weasley terpaksa berkejar ke sana.[HP6]

T[sunting | sunting sumber]

Tangkal (amulet)
Objek yang dipakai untuk melindungi sumpahan dan sihir jahat, selalunya palsu.[HP2][HP6]
Tulisan Purba (Ancient Runes)
Salah satu mata pelajaran Hogwarts.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]