Fred dan George Weasley

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Fred dan George Weasley merupakan abang kembar kepada Ron Weasley.Mereka telah dilahirkan pada april fool. Mereka membawa watak yang agak kenakalan di dalam siri Harry Potter ini. Mereka berdua berdua merupakan pelajar yang sering menimbulkan kekecohan di sekolah Hogwarts. Mereka juga adalah pencipta yang mahir yang sering menghasilkan barangan sihir yang terbaru. Di dalam siri Harry Potter yang kelima, mereka telah berpakat dengan sahabat baik mereka Lee Jordan untuk mengadakan kedai barangan sihir. Harry Potter juga salah seorang penyumbang kepada kedai tersebut di mana dia telah menghadiahkan wang kemenangannya di dalam Kejohanan Ahli Sihir Trio. Pada siri kelima, kedua-dua kembar ini telah melarikan diri dari sekolah mereka setelah membalas dendam terhadap Dolores Umbridge yang menjadi diktator kuku besi di Hogwarts. Dalam buku ketujuh,George telah kehilangan sebelah telinganya akibat sumpahan oleh Severus Snape ketika beberapa orang kumpulan Phoenix dalam perjalanan membawa Harry Potter dari rumah Dursley ke The Burrow. Manakala Fred telah dibunuh oleh Belatrix Lestrange di dalam buku yang sama. Selepas lenyapnya Lord Veldemortm George telah meneruskan Kedai Barangan Sihir Weasley mereka dan akhirnya telah berkahwin dengan Angelina Johnson.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.