Rumah Hogwarts

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Gryffindor)
Lompat ke: pandu arah, cari

Di dalam siri Harry Potter , Sekolah Sihir Hogwarts dibahagikan kepada sistem empat rumah, di mana setiap satunya mengambil nama sempena nama keluarga empat ahli sihir terkemuka pada zaman dahulu: iaitu Godric Gryffindor, Salazar Slytherin, Rowena Ravenclaw dan Helga Hufflepuff. Para pelajar dari setiap rumah tersebut akan bersaing setiap tahun, sama ada untuk mendapat markah atas nilai murni mereka atau dipotong markah atas kesalahan mereka, dan rumah yang mempunyai markah terkumpul paling banyak akan memenangi Piala Rumah. Setiap rumah juga mempunyai pasukan Quidditch mereka yang tersendiri yang bertanding untuk mendapatkan Piala Quidditch. Kedua-dua pertandingan tersebut mencetuskan persengketaan antara rumah-rumah tersebut, namun kedua-duanya sering dikuasai oleh rumah Gryffindor dan Slytherin. Rumah-rumah di Hogwarts adalah tempat para pelajar bernaung untuk belajar dan menetap bersama di asrama bersama-sama rakan sepasukan. Setiap tahun, ada masa di mana para pelajar sebaya dari pasukan yang berbeza akan berkongsi kelas dan guru yang mengajar. Walau bagaiamanapun, setiap asrama dan dan bilik umum tidak dapat dimasuki oleh pelajar yang bukan berasal daripada pasukan yang sama, melainkan pelajar tersebut masuk bersama-sama pelajar yang merupakan pelajar bagi pasukan tersebut.

Rumah-Rumah Hogwarts[sunting | sunting sumber]

Gryffindor[sunting | sunting sumber]

Rumah di Hogwarts
Gryffindor
Gryffindor
Pengasas Godric Gryffindor
Warna Rumah Merah dan Kuning keemasan Gryffindorcolours.svg
Logo Singa
Ketua Rumah Minerva McGonagall
Pintu Masuk Potret Perempuan Gemuk
Hantu Rumah Nicholas de-Mimsy Porpington

Rumah Gryffindor menghargai keberanian dan kesetiaan melampaui segala-galanya. Jatanya mempunyai lambang singa, dan warna yang digunakan ialah merah dan emas. Sir Nicholas de Mimsy-Porpington yang lebih dikenali sebagai Nick yang Hampir Tidak Berkepala merupakan hantu yang mewakili rumah ini. Mengikut J.K. Rowling , rumah Gryffindor berkitar dan mempunyai kaitan dengan unsur api. Pengasas rumah ini ialah Godric Gryffindor. Untuk menampakkkan lagi kaitan rumah ini dengan elemen api, alumni daripada pasukan Gryffindor seperti Albus Dumbledore dan Minerva McGonagall, kelihatan menggemari menggunakan elemen tersebut sebagai senjata pilihan.

Sungguhpun rumah ini dianggap sebagai rumah yang protagonis namun tidak kesemua pelajar Gryffindor baik hati. Contohnya Cormac McLaggen, beliau merupakan seorang yang menampilkan kualiti pelajar Gryffindor yang kurang baik. Hal ini adalah kerana, beliau seorang yang panas baran, bongkak, dan tidak menyukai sesuatu yang tidak mengikut kehendak atau citarasanya. Dia tidak menyukai Ronald Weasley hanya kerana Ron telah mengalahkan beliau dalam pemilihan sebagai Beater untuk pasukan Quidditch Gryffindor. Contoh lain ialah seperti Romilda Vane yang suka menipu dan licik kerana beliau pernah cuba untuk menggoda Harry Potter dengan menggunakan ubat pengasih. Beliau juga bersikap meninggi diri terhadap Neville Longbottom dan Luna Lovegood. Walau bagaimanapun, sifat kedua-dua mereka yang tegar dan yakin terhadap diri sendiri membolehkan mereka untuk dikisihkan ke pasukan Gryffindor. Walau bagaimanapun pemilihan Peter Pettigrew untuk menyertai pasukan ini amat meragukan. Hal ini kerana, beliau seorang yang penakut dan suka mengampu dan hanya beliau seorang sahaja dari pasukan Gryffindor yang menyertai Death Eater.

Terletak di salah satu menara tertinggi di Hogwarts, tempat untuk memasuki bilik umum pasukan ini terlaetak di tingkat tujuh menara tersebut dan dikawalselia oleh potret Perempuan Gemuk yang sering memakai pakaian berwarna merah jambu yang hanya membenarkan mereka yang mempunyai kata laluan yang betul sahaj boleh memsuki bilik umum tersebut.

Ketua Pasukan rumah ini buat masa sekarang ialah Professor Minerva McGonagall.

Nama-nama pelajar dari pasukan ini:

Hufflepuff[sunting | sunting sumber]

Rumah di Hogwarts
Hufflepuff
Hufflepuff
Pengasas Helga Hufflepuff
Warna Rumah Kuning dan Hitam Hogwarts Hufflepuff colors.svg
Logo Badger
Ketua Rumah Pomona Sprout
Pintu Masuk -
Hantu Rumah Friar Gemuk

Rumah Hufflepuff telah diasaskan oleh Helga Hufflepuff yang menhargai kerja keras, kesetiaan, toleransi, dan keadilan melampaui segala-galanya. Lambangnya mempunyai gambar badger, dan warna seperti kuning dan hitam. Friar Gemuk merupakan hanyu yang mewakil pasukan ini. Mengikut J. K. Rowling, pasukan Hufflepuff berkaitan dengan elemen tanah. Asrama pasukan ini terletak di bawah tanah (berkaitan elemen tanah) dan pintu masuknya terletak di kawasan dapur yang mempunyai satu potret lukisan yang memerlukan kata laluan untuk memasukinya. Bilik ini dipenuhi dengan langsir-langsir tergantung yang berwarna kuning dan kerusi duduk yang besar yang turut mempuyai terowong bawah tanah yang menuju ke asrama tang mempunyai pintu yang bulat.[1] Jarang nama pelajar-pelajar dari rumah ini terlibat dalam siri Harry Potter ini secara umumnya.

Ketua Pasukan rumah ini buat masa sekarang ialah Profesor Pomona Sprout.

Nama-nama pelajar yang berasal dari rumah ini:






Ravenclaw[sunting | sunting sumber]

Rumah di Hogwarts
Ravenclaw
Ravenclaw
Pengasas Rowena Ravenclaw
Warna Rumah Biru dan Kelabu Hogwarts Ravenclaw colors.svg
Logo Helang
Ketua Rumah Filius Flitwick
Pintu Masuk Knight Statue
Hantu Rumah The Grey Lady

Rumah Ravenclaw menghargai kebijaksanaan, kreativiti, kecerdikan dan kepandaian. Jatanya mempunyai lambang burung helang dan warnanya pula ialah biru dan gangsa (diubah kepada biru dan perak di dalam filem). Hantu pasukan ini ialah Grey Lady, yang kemudiannya diketahui sebagai anak perempuan kepada Helena Ravenclaw di mana Rowena Ravenclaw ialah neneknya. Mengikut J.K. Rowling, rumah ini mempunyai kaitan dengan elemen udara.

Rowena Ravenclaw sendiri digambarkan sebagai perempuan yang cantik, di mana masih lagi diikuti oleh pasukannya. Daya penarik bersama kecantikan dan kecerdikan bagi pelajar perempuan rumah ini ialah perkara biasa di mana pelajarnya seperti Cho Chang digambarkan sebagai sangat cantik, dan adik-beradik kembar Patil iaitu Padma Patil dan Parvati Patil (Parvati berada di rumah Gryffindor) juga dikatakan sebagai gadis tercantik oleh Dean Thomas. Luna Lovegood pula semasa mengikut Harry ke parti Horace Slughorn juga dikatakan cantik di mana beliau menjadi bahan cemburuan pelajar lain. Helena Ravenclaw, anak perempuan kepada Rowena, juga dikatakan hantu yang aga angkuh walaupun cantik. Walaubagaimanapun, hanya Myrtle Mengerang yang dari pasukan ini yang seing dibuli akibat kekuranganya dari segi luaran.

Asrama pasukan ini terletak di menara barat Hogwarts. Bilik umum mereka pula digambarkan sebagai bilik yang penuh dengan langsir biru yang bergantungan dengan kerusi duduk yang besar dan kubah silingnya pula dicatkan gambar bintang-bintang. Di dalam bilik tersebut juga mempunyai satu patung Rowena Ravenclaw yang sedang memakai mahkotanya. Harry juga perasan bahawa bahagian bilik ini mempunyai pemandangan gunung yang mengelilinginya. Untuk memsuki bilik ini, satu teka-teki perlu diselesaikan, berbanding rumah-rumah lain yang memerlukan kata laluan ntuk memasuki bilik umum mereka.

Ketua Pasukan rumah ini buat masa sekarang ialah Profesor Filius Flitwick.

Nama-nama pelajar yang berasal dari rumah ini:


Slytherin[sunting | sunting sumber]

Rumah di Hogwarts
Slytherin
Slytherin
Pengasas Salazar Slytherin
Warna Rumah Hijau dan Perak Hogwarts Slytherin colors.svg
Logo Ular
Ketua Rumah Severus Snape (diganti oleh Horace Slughorn)
Pintu Masuk -
Hantu Rumah Baron Berdarah

Seperti pengasasnya Salazar Slytherin, rumah Slytherin menghargai keinginan, kelicikan, yang pintar akal, dan yang paling utama: berdarah tulen. Kebanyakkan pelajar rumah ini menunjukkan amalan Machiavellianisme yang tinggi selain gilakan kuasa. Haiwan yang mewakili pasukan ini adalah ular air yang berwarna perak, dan warna rumah yang mewakili rumah mereka pula ialah hijau dan perak. Baron Berdarah ataupun dikenali sebagai Bloody Baron yang merupakan hantu mewakili pasukan ini. Mengikut kata J. K. Rowling, pasukan Slytherin ini mempunyai kaitan dengna unsur air. Asrama dan bilik umum pasukan ini dapat dimasuki melalui dinding batu yang terdedah di kawasan kurungan bawah tanah. Bilik umum mereka adalah panjang, rendah dan mempunyai gaya seperti kurungan bawah tanah yang terletak di bawah tasik Hogwarts, dan dihiasi dengan lampu yang berwarna hijau dan kerusi berukir.

Sehingga penghujung Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan, ketua pasukan rumah Sytherin ialah Profesor Severus Snape. Selepas Profesor Snape lari dengan para Death Eater, Profesor Horace Slughorn telah menggantikan jawatan tersebut, yang sebelum ini pernah dijawat beliau sebelum bersara iaitu sebelum diambil semula untuk bekerja.

Harry Potter mepunyai pandangan yang kurang baik terhadap pasukan ini dan telah meminta Topi Pengisih untuk tidak mengisihkan beliau ke rumah ini kerana reputasi negatif rumah ini. Hagrid juga pernah memberitahu beliau bahawa, "Tidak ada ahli sihir yang tidak baik tidak berada dalam pasukan Slytherin." Walau bagaiamanapun, ia kelihatan seperti satu cubaan Hagrid untuk memperbesarkan cerita tentang Sirius Black (yang merupakan seorang Gryffindor sebelum diketahui oleh Hagrid) yang kononya merupakan pengikut Lord Voldemort (ironiknya penjahat sebenar ialah Peter Pettigrew, yang juga seorang ahli pasukan Gryffindor). Walau bagaimanapun, masih tidak dapat dinafikan banyak ahli sihir jahat yang berasal dari pasukan ini, termasuklah Voldemort, Keluarga Malfoy, Bellatrix Lestrange, Avery, dan Wilkes. Walau bagaimanapun, Salazar Slytherin bukanlah seorang ahli sihir yang jahat. Hal ini disebabkan beliau mempunyai impian yang malangnya termasuklah sifat mementingkan diri sendiri dan suka bersaing. Terdapat juga ahli pasukan ini yang baik hati seperti Horace Slughorn, Severus Snape (selepas kebaikannya diketahui dalam buku terakhir), Phineas Nigellus Black (walaupun menggunakan bahasa kasar seperti "darah lumpur" [HP7]), Andromeda Tonks, dan Regulus Black.

Topi Pengisih mendakwa bahawa faktor darah tulen merupakan kriteria utama dalam pemilihan pelajar untuk ke rumah ini, walaupun hanya baru disebut dalam buku yang kelima. Walau bagaiamanapun, ini dapat membuktikan bahawa antara kriteria yang dipilih ialah: sama ada seseorang itu mempunyai sifat yang ideal untuk dipilih ke pasukan ini berbanding faktor keturunan seseorang itu. Contohnya, terdapat juga pelajar yang bukan berdarah ahli sihir (Muggle) dan berdarah campuran seperti Snape dan Voldemort sendiri. Dalam Harry Potter dengan Azimat Maut, sekumpulan Snatcher mendakwa bahawa "tidak banyak "darah lumpur" dimasukkan ke pasukan Slytherin. Hal ini membuktikan sungguhpun pelajar Muggle adalah jarang, namun ini tidak bermakna tiada pelajar Muggle yang tersenarai dalam pasukan ini.

Mengikut Albus Dumbledore dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia, antara kualiti yang turut menjadi dambaan ini ialah Parseltongue, pintar akal, kesungguhan, dan sedikit sifat yang suka melangar peraturan. Yang beliau pelikkan ialah, sifat itu semua terdapat pada Harry sendiri.

Berbeza dengan kehendak pengasas yang lain, Salazar Slytherin mahukan polisi yang lebih ketat dalam kemasukan pelajar: hanya mereka yang berdarah tulen sahaja akan dipilih. Kontroversi ini telah menyebabkan Salazar meninggalkan sekolah dan Bilik Rahsia. Seribu tahun kemudian, pasukan Slytherin masih mempunyai pengaruh yang kuat walaupun kini mereka terpaksa menerima mereka yang berdarah campuran (separuh Muggle, separuh ahli sihir) seperti Voldemort dan Severus Snape.

Sungguhpun Harry menggambarkan kebanyakan pelajar pasukan ini sebagai pembuli, nakal dan jahat, rumah ini turut menampilkan kisah dramatis penyesalan. Contohnya, Snape, seorang ahli pasukan ini (malah beliau pernah menjadi Ketua Pasukan ini), telah menghabiskan usia dewasanya untuk Kumpulan Phoenix dan dalam Azimat Maut, Harry telah terhutang budi terhadap beliau dan menganggap Snape sebagai seorang lelaki yang paling berani pernah beliau temui. Regulus, bekas seorang Death Eater dan merupakan adik kepada Sirius Black, telah berpaling tadah terhadap Voldemort pada usia 17 tahun, hingga sanggup terkorban bagi memastikan Voldemort menjadi manusia biasa yang akan mati. Malahan Draco Malfoy, musuh paling ketat Harry mempunyai nilai moral yang tinggi kerana beliau tidak sanggup berkorban untuk kejahatan yang sebenar. Ibunya, Narcissa Malfoy turut mengkhianati Voldemort atas sebab risaukan keselamatan anaknya. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kualiti utama rumah Slytherin ialah (pandai akal, licik, dan pentingkan diri) bukanlah sikap utama pelajar mereka. Pelajar ini hanya mudah tertarik ke arah kejahatan. Sebegai contoh, Horace Slughorn, beliau sorang yang baik hati dan sayangkan pelajar cuma beliau lebih tertarik untuk berkawan dengan pelajar yang agak cemerlang dan berpengaruh atas sebab kepentingan diri sendiri.

Apabila Voldemort percaya yang beliau hampir membunuh Harry, Voldemort mendakwa yang beliau akan menghapuskan ketiga-tiga pasukan lain dan akan memaksa pelajar-pelajar Hogwarts yang lain untuk menyertai pasukan Slytherin sahaja. Walau bagaiamanapun, setelah kekalahan dan kematian beliau, pasukan ini tidak lagi hanya mementingkan kemasukan pelajar yang berdarah tulen sahaja. Namun, reputasi pasukan ini sebagai rumah untuk pelajar yang jahat masih kekal.[2]

Antara ahli Slytherin yang agak terkenal ialah:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]