Luna Lovegood

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Watak Harry Potter
Luna Lovegood
Luna Lovegood, dilakonkan oleh Evanna Lynch.
Luna Lovegood
Jantina Perempuan
Warna rambut Perang kotor
Warna mata Keperakan
Kediaman The Burrow
Rumah Ravenclaw
Sekolah Hogwarts
Patronus Arnab
Sekutu Tentera Dumbledore
Dilakonkan oleh Evanna Lynch
Kemunculan pertama Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix (buku & filem)

Luna Lovegood (lahir tahun 1981) merupakan watak rekaan dalam siri Harry Potter. Beliau digambarkan seolah-olah nyanyuk, dengan tongkat saktinya disangkut di belakang telinganya, memakai subang berbentuk lobak yang besar dan rantai yang dibuat dari gabus penutup botol Bir Butter. Bapa Luna merupakan penyunting Majalah The Quibbler, majalah yang (menurutnya) "perkara penting yang perlu diketahui ramai." Cerita di dalamnya sering tidak munasabah, tidak benar dan pelik; walau bagaimanapun, Luna mempercayainya dan ramai menganggap yang dia pelik dengan kepercayaannya itu. Luna sentiasa mempertahankan apa yang dipercayainya, bapanya dan majalahnya daripada mendapat tentangan, yang paling jelas adalah daripada Hermione Granger.

Watak ini akan dilakonkan oleh Evanna Lynch dalam filem Harry Potter and the Order of the Phoenix (dalam laman web, Rowling menyatakan yang pelakon tersebut sangat "sempurna" untuk watak tersebut).

Gambaran oleh J.K. Rowling[sunting | sunting sumber]

J.K. Rowling mengatakan yang Luna ibarat "anti-Hermione" atau lawan kepada Hermione, kerana Luna mempercayai sesuatu menurut hatinya tetapi Hermione menegakkan kepercayaannya kepada fakta dan logik. Hermione berkali-kali cuba meyakinkan Luna yang kepercayaannya semua tu adalah karut tetapi tidak berhasil. Hermione melihat Luna sebagai orang yang sangat mudah terpedaya dan Luna melihat Hermione sebagai orang yang sempit akal. Pada penghujung Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, Hermione mula menyedari yang tidak akan meninggalkan apa yang dipercayainya. Di sebalik sifat Luna itu, beliau sangat tajam daya anggapannya terhadap manusia dan Harry sering menyedari akan sikapnya yang sangat berterus terang.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Luna merupakan ahli Ravenclaw dan setahun dengan Ginny Weasley. Luna mula diperkenalkan dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, di dalam Ekspres Hogwarts. Apabila tiada lagi gerabak lain yang kosong bagi Harry, Ginny dan Neville Longbottom, Ginny mengajak mereka ke gerabak yang diduduki Luna. Apabila Ron Weasley dan Hermione Granger menyertai mereka kemudiannya, sikap Luna menunjukkan yang dia mungkin menyukai Ron. Beliau menghabiskan masa di dalam kereta api dengan membaca senaskhah majalah bapanya, penerbitan yang Hermione dapati isinya sangat meragukan.

Luna mempunyai rambut perang kotor yang berjurai-jurai ke paras pinggang dan mukanya sentiasa kelihatan kalut. Matanya digambarkan "keperakan" dan "kabur", menunjukan yang menkin matanya berwarna kelabu pucat. Matanya juga dikatakan agak tersembul yang menambahkan lagi keanehan rupanya.

Penampilannya yang aneh menyebabkan dia terasing dari pelajar Hogwarts lain, tetapi dia seolah-olah tidak peduli apa yang difikirkan orang lain tentang dirinya; beliau menyedarinya tetapi seakan-akan tidak terasa walaupun digelar "Lovegood Tiga Suku". Rakan sekelasnya sering mencuri barangnya dan menyembunyikannya memandangkan perkara tersebut menggelikan hati mereka. Apabila dia memberitahu Harry Potter akan hal tersebut secara bersahaja, dia tetap meraih simpati. Harry menjadi berang apabila mendengar orang mencuri barangan Luna dan menawarkan diri untuk membantunya tetapi Luna menolak dengan mengatakan yang barang-barang tersebut akan balik akhirnya. Luna adalah orang yang percaya akan cerita Harry tentang Lord Voldemort ketika orang lain menentangnya.

Ketika tahun keempatnya, beliau menyertai Tentera Dumbledore (T.D.) yang kemudian Harry dapati pada mulanya persembahan beliau agak tidak sekata. Harry mengetuai beliau, Hermione, Ginny, Ron dan Neville ke Jabatan Misteri, yang kemudian mereka diserang oleh sekumpulan Death Eater dan Luna kemudian tidak sedarkan diri.

Luna mendakwa mampu mendengar suara di balik tabir misteri yang seolah-olah memisahkan antara hidup dan mati di Bilik Kematian di Jabatan Misteri. Harry juga mampu mendengarnya (Neville dan Ginny juga seperti mereka juga dipengaruhi tabir itu), dan Luna percaya yang orang mati, termasuk ibunya dan Sirius Black, berada di balik tabir tersebut. Apabila beliau menerangkan ini kepada Harry, yang dirundung kesedihan dan kekecewaan yang teruk dengan kematian Sirius, Harry berasa lebih lega.

Di sebalik keanehannya dan kepercayaannya yang karut dan pelik, Luna juga kelihatan waras, malah dia juga ahli rumah Ravenclaw yang menunjukkan beliau juga bijak.

Dalam tahun kelimanya, Luna dijemput Harry untuk menghadiri parti Krismas Profesor Slughorn memandangkan perempuan yang Harry minati, Ginny Weasley, mempunyai teman lelaki. Harry, walau bagaimanapun, jelas menunjukkan jemputannya hanyalah sebagai kawan memandangkan ramai pelajar sekolah meminatinya kini dan risau sekiranya itu akan menjadi ancaman kepada Luna. Perkara itu jelas kerana jemputan itu membuatkan banyak gadis lain cemburu tetapi menggembirakan Ginny, yang menzahirkan kegembiraannya pada Harry. Dalam parti tersebut, Harry mendapati yang Luna kelihatan elok dengan baju berlabuci keperakan dan lega beliau tidak memakai anting-anting lobaknya ataupun rantai gabus bir butter. Dalam babak tertentu, beliau turut menyatakan yang perjumpaan T.D. "ibarat mempunyai kawan". Walaupun Harry sukakan Luna yang menanggalkan segala barang kemas anehnya, dia masih tidak selesa dengan aspek personalitinya yang terlalu berterus terang.

Pada tahun yang sama, Profesor McGonagall melantik Luna untuk menjadi pengganti sementara Lee Jordan sebagai pengulas perlawanan Quidditch sekolah. Ketika bertugas, dia sering lalai dan fikirannya terawang-awang dan mengulas perkara lain kepada penonton seperti bentuk awan yang aneh, adakah Ginny Weasley itu baik dan juga kebolehan Zacharias Smith yang tidak mampu menjaga Quaffle diibaratkan dengan simpton penyakit. Sesetengah penonton mengejeknya, McGonagall seolah-olah tidak tahu hendak berbuat apa, dan orang yang biasa dengannya hanya tergelak terbahak-bahak. Ulasannya yang bukan biasa membolehkan Ron memenangi perlawanan, yang pada mulanya mendapati Luna adalah pelik tetapi mula menerimanya setelah mendengar ulasan perlawanan tersebut. (J.K. Rowling, secara kebetulan, gemar menjadikan Luna sebagai pengulas memandankan perlawanan tersebut adalah perlawanan Quidditch terakhir dalam siri tersebut.)

Apabila Death Eater menyerang Hogwarts pada penghujung buku keenam, Luna adalah antara ahli T.D. yang berusaha membantu mempertahankan sekolah. Selepas pertarungan, beliau turut menghadiri pengkebumian Albus Dumbledore bersama Neville. Di sana, dia dilihat membantu Neville ke kerusinya. Pada pengkebumian tersebut, Harry notes mendapati yang dia dan Neville berdua sahaja ahli T.D. (selain Ron, Hermione, dan Ginny) yang menjawab panggilan syiling untuk membantu. Harry mendapati kemungkinan mereka berdua sentiasa kesepian dan mungkin sentiasa memeriksa syiling tersebut untuk mendapat tahu sekiranya akan ada perjumpaan T.D. lagi.

Latar belakang keluarga[sunting | sunting sumber]

Walaupun keturunan darah sihir Luna tidak pernah diceritakan, kebarangkalian besar ibu bapanya adalah ahli sihir: bapanya penyunting The Quibbler, dan dia mengatakan yang ibunya ahli sihir yang hebat. Hal tersebut tidaklah menunjukkan dia berdarah sihir tulen kerana kebarangkalian yang salah seorang atau kedua-duanya adalah kelahiran Muggle atau berdarah campuran dengan ibu atau bapa Muggle. J.K. Rowling telah menyatakan, untuk dipertimbangkan sebagai berdarah tulen, nenek dan datuknya haruslah ahli sihir. Maka, jika kedua-duanya berkelahiran Muggle, Luna mungkin berstatus kelahiran Muggle.

Luna mengatakan yang mendiang ibunya merupakan "ahli sihir yang luar biasa" yang "suka membuat uji kaji". Ibunya mati apabila sau daripada sihirnya "tak menjadi". Luna mengatakannya dengan tenang yang kematian ibunya adalah "dahsyat" dan mengakui dirinya masih merasakan kesedihan tetapi menyedari yang dia masih mempunyai seorang ayah. Disebabkan Luna menyaksikan kematian ibunya ketika berumur sembilan tahun, dia mampu menyaksikan testral sejak mula dia tiba di Hogwarts.

Luna dan keluarganya tidak muncul hinggalah Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, tetapi dalam Harry Potter dalam Piala Api nama keluarga Lovegood disebutkan tinggal berhampiran kawasan Burrow (rumah keluarga Weasley), seperti juga keluarga Fawcett dan keluarga Diggory. Perkampungan terdekat dengan The Burrow ialah Ottery St. Catchpole, Devon, dan ketiga-tiga keluarga sihir itu mungkin tinggal di sana atau berhampiran dengannya. Tidak dinyatakan bahawa kelularga tersebut adalah keluarga Luna tetapi J. K. Rowling tidak pula menyangkal sama sekali, malah boleh dikatakan keluarga Lovegood yang tinggal berhampiran Burrow bukanlah Luna mahupun bapanya tetapi bersaudara dengan mereka.

Etimologi nama[sunting | sunting sumber]

Namae Luna dalam Latin bermaksud "bulan". Ini mungkin mengaitkan sikapnya yang lalai dan nyanyuk, kerana sejak dahulu, bulan dikatakan menyebabkan manusia kurang waras (yang mewujudkan perkataan "lunatic" (gila), yang tidak menghairankan menjadi punca kepada gelaran "Loony" (tiga suku)). Dalam cerita zaman dahulu di barat, bulan mewakili gerak hati dan pandangan ke hadapan atau wawasan. Namanya juga menunjukkan yang dia adalah cahaya jiwa dan hati yang baik, seperti dewi bulan Rom Diana. Luna juga dewi bulan masyarakat Rom tetapi telah digantikan oleh Diana. (Versi Yunani bagi Diana ialah Artemis). Selene, dewi bulan lain bagi masyarakat Yunani juga digantikan oleh Artemis seperti juga Luna dan Diana.

Asal nama keluarga "Lovegood" lebih kabur. Jelasnya kata "love" (cinta) dan "good" (kebaikan), menunjukkan makna secara positif (seperti "perlawanan antara kebaikan dan kejahatan, cinta dan benci"). Perkara tersebut boleh dikaitkan dengan perwatakan baik Luna, atau kebiasaan peribadinya. Nama keluarganya juga boleh merujuk kepada Elliot Lovegood Grant Watson, yang menulis beberapa buku yang menentang Darwinisme selepas beliau dibesarkan oleh ibu yang mengkagumi Darwin. Itu menunjukkan bagaimana The Quibbler menyerang kepercayaan yang dipercayai ramai.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]