Golden Child (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Golden Child
Golden Child, August 2018.png
Golden Child pada tahun 2018
Latar belakang
Berasal dariSeoul, Korea Selatan
Genre
Tahun aktif2017 (2017)–sekarang
Syarikat rakaman
Woollim Entertainment
Pengkarya berkait
W Project
Laman sesawang
goldenchild11.com
Ahli
  • Daeyeol
  • Y
  • Jangjun
  • Tag
  • Seungmin
  • Jaehyun
  • Jibeom
  • Donghyun
  • Joochan
  • Bomin
Bekas ahli
  • Jaeseok

Golden Child (Hangul골든 차일드;disingkat sebagai GNCD atau GolCha) adalah kumpulan lelaki dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh Woollim Entertainment pada 2017.[1] Kumpulan ini debut pada 28 Ogos 2017, dengan album mini pertama mereka Gol-Cha!.[2] Pada asalnya sebelas orang ahli, Park Jae-seok kemudian meninggalkan kumpulan pada Januari 2018.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pra-debut: W Project dan 2017 Woollim Pick[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Januari 2017, Woollim Entertainment melancarkan projek pra-debut untuk pelatih, Project W[3][4] Lima ahli Golden Child (Joochan, Jangjun, Tag, Daeyeol, Donghyun) dan bekas ahli Jaeseok diperkenalkan di bawah projek pra-debut ini.

Pada 15 Mei, Woollim Entertainment melancarkan kumpulan lelaki baru Golden Child, ini adalah kumpulan lelaki pertama mereka dalam tempoh tujuh tahun sejak Infinite.[5][6] Pada 17 Mei, ianya telah didedahkan sebelas nama ahli barisan kumpulan itu.[7][8][9] Pada 22 Mei, Woollim Entertainment mengeluarkan konsep ""class photos"" untuk Golden Child dan telah disahkan akan muncul dalam rancangan realiti 2017 Woollim Pick.[10][11] Pada 9 Ogos, ia diumumkan bahawa Golden Child akan membuat penampilan kameo pada 20th Century Boy and Girl.[12]

2017: Debut dengan Gol-cha![sunting | sunting sumber]

Golden Child di KBS[13]

Golden Child secara rasminya memulakan debutnya pada 28 Ogos dengan album mini pertama mereka Gol-cha!, Dengan enam buah lagu termasuk single utama "DamDaDi".[14] Debut showcase mereka diadakan di Blue Square iMarket Hall pada hari yang sama dengan pengluaran album.[15][16] Pada 1 September, Golden Child membuat pentas debut rasmi mereka di program muzik Music Bank, dengan lagu "DamDaDi" dan "I Love You So".[17][18] Pada 17 September, album mini tersebut telah mencapai No 1 di carta harian Tower Records di laman muzik terbesar di Jepun.[19] Pada 16 Oktober, mereka mengeluarkan Love Letter runut bunyi untuk 20th Century Boy and Girl.[20]

2018: Jaeseok meninggalkan kumpulan, Miracle, Fanmeeting pertama, Goldenness dan Wish[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Januari 2018, salah seorang daripada ahli Golden Child, Jaeseok akan meninggalkan kumpulan ini disebabkan oleh masalah kesihatan. Pengumuman berkaitan perkara tersebut telah dibuat oleh Woolim Entertainment.[21] Sepuluh ahli yang lain meruskan sebagai kumpulan, mereka mengeluarkan album mini kedua mereka Miracle pada 29 Januari.[22] Album mini kedua mereka mengandungi enam buahh lagu termasuk single utama "It's U". Showcase comeback mereka diadakan di Blue Square iMarket Hall pada hari yang sama dengan pengeluaran album.[23][24] Mereka meneruskan promosi dengan mengeluarkan video muzik untuk "Lady" dari album mini kedua mereka.[25][26] Pada 13 April, mereka mengumumkan secara rasmi selesai promosi tiga bulan mereka.[27]

Pada 22 Mei, Golden Child mengadakan acara 'Golden Day' pertama untuk merayakan ulang tahun pertama mereka di Seoul, Korea Selatan.[28] Mereka juga mengadakan fanmeeting Jepun di Nagoya dan Tokyo pada 24 Mei dan 25 Mei.[29] Pada 24 Jun, Golden Child tampil di KCON NY 2018.[30] Pada 11 Ogos, Golden Child tersenarai untuk barisan KCON LA 2018.[31] Secara berterusan, mereka mengesahkan barisan mereka untuk pertama kali 'KCON Thailand' pada 29 September 2018. [32]

Pada 4 Mei, Golden Child mengumumkan nama kelab peminat rasmi mereka akan dipanggil 'Goldenness'.[33] Berikutan itu mereka mengeluarkan album single pertama Goldenness pada 4 Julai, dimana mengandungi tiga buah lagu dengan single utama "Let Me".[34][35]

Pada majlis perasmian Fanclub yang dinamakan 'Golden Child Cheerful Geumdong Time' pada 14 Oktober, mereka mengejutkan peminat mereka dengan mengumumkan comeback mereka. Pada 24 Oktober, Golden Child mengadakan showcase dan mengeluarkan album mini ketiga mereka WISH. Album mini ini mempunyai 7 buah lagu termasuk single utama "Genie" dengan imej yang lebih matang.[36]

2019–kini: Re-boot, Without You, Road to Kingdom, Take a Leap[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Mei 2019, Golden Child melancarkan single digital pertama mereka "Spring Again" sebagai hadiah untuk peminat semasa cuti mereka.[37] Sitkom web pertama Golden Child Crazy Petty Housemate mula ditayangkan mulai 16 Oktober di platform media Lululala Story Lab. Sitkom web lapan episod disiarkan setiap hari Rabu dan Sabtu.[38] Pada 18 November 2019, Golden Child akan mengeluarkan album studio pertama mereka Re-boot. Album itu akan mengandungi dua belas buah lagu termasuk single utama iaitu "Wannabe".[39] Golden Child memenangi kemenangan program muzik pertama mereka pada 26 Disember, melalui rancangan M Countdown.[40]

Golden Child berjaya mengadakan konsert solo pertama mereka, "Future and Past" pada 18 dan 19 Januari 2020.[41] Versi semula album studio pertama mereka yang berjudul Without You telah dikeluarkan pada 29 Januari 2020, terdiri daripada tajuk lagu dengan nama yang sama.[42]

Pada 20 Mac, diumumkan bahawa kumpulan ini akan menyertai pertandingan realiti televisyen Mnet Road to Kingdom.[43] Mereka adalah kumpulan pertama yang tersingkir dalam episod kelima.

Pada 23 Jun, Golden Child mengeluarkan album mini keempat mereka, Take a Leap, album ini mempunyai tujuh buah lagu termasuk single utama "One (Lucid Dream)".[44]

Ahli[sunting | sunting sumber]

Nama Perihalan ringkas
Pentas Penuh
Daeyeol
(대열)
Lee Dae-yeol
(이대열 · 李大烈)
  • Tarikh lahir: (1993-02-11) 11 Februari 1993 (umur 27)
  • Asal: Daerah Suji, Bandar Yongin, Wilayah Gyeonggi
  • Pendidikan: Sekolah Tinggi Seowon
  • Peranan: Ketua, ketua penyanyi vokal, tarian
Y
(와이)
Choi Sung-yoon
(최성윤)
Jangjun
(장준)
Lee Jang-jun
(이장준 · 李長埈)
  • Tarikh lahir: (1997-03-03) 3 Mac 1997 (umur 23)
  • Asal: Bandar Hwaseong, Wilayah Gyeonggi
  • Pendidikan: Sekolah Tinggi Seni Persembahan Seoul (Jabatan Muzik Praktikal)
  • Peranan: Penyanyi rap utama
Tag
(태그)
Son Young-taek
(손영택 · 孫永宅)
Seungmin
(승민)
Bae Seung-min
(배승민 · 裵勝民)
Jaehyun
(재현)
Bong Jae-hyun
(봉재현 · 奉宰鉉)
  • Tarikh lahir: (1999-01-04) 4 Januari 1999 (umur 21)
  • Asal: Bandaraya Khas Seoul
  • Pendidikan: Sekolah Tinggi Seni Hiburan Hanlim (Jabatan Hiburan)
  • Peranan: Subvokal
Jibeom
(지범)
Kim Ji-beom
(김지범 · 金知範)
  • Tarikh lahir: (1999-02-03) 3 Februari 1999 (umur 21)
  • Asal: Bandaraya Metropolitan Busan
  • Pendidikan: Sekolah Tinggi Gyeongseong
  • Peranan: Ketua penyanyi vokal
Donghyun
(동현)
Kim Dong-hyun
(김동현 · 金東炫)
  • Tarikh lahir: (1999-02-23) 23 Februari 1999 (umur 21)
  • Asal: Bandaraya Khas Seoul
  • Pendidikan: Sekolah Tinggi Seni Persembahan Seoul (Jabatan Tarian Praktikal)
  • Peranan: Subvokalis, tarian
Joochan
(주찬)
Hong Joo-chan
(홍주찬 · 洪周燦)
  • Tarikh lahir: (1999-07-31) 31 Julai 1999 (umur 21)
  • Asal: Bandaraya Khas Seoul
  • Pendidikan: Sekolah Tinggi Seni Hiburan Hanlim (Jabatan Tarian Praktikal)
  • Peranan: Penyanyi vokal utama
Bomin
(보민)
Choi Bo-min
(최보민 · 崔普閔)
  • Tarikh lahir: (2000-08-24) 24 Ogos 2000 (umur 19)
  • Asal: Daerah Giheung, Bandaraya Yongin, Wilayah Gyeonggi
  • Pendidikan: Sekolah Tinggi Seni Hiburan Hanlim (Jabatan Tarian Praktikal)
  • Peranan: Subvokalis, tarian

Bekas ahli[sunting | sunting sumber]

Nama Perihalan ringkas
Pentas Penuh
Jaeseok
(재석)
Park Jae-seok
(박재석 · 朴在錫)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album Kedudukan tertinggi carta Jualan
KOR
[45]
Re-boot
Daftar lagu
  1. Re-boot
  2. Wannabe
  3. Lately (느껴져)
  4. Compass (나침반)
  5. No Matter What
  6. A Song For Me
  7. Spring Again (그러다 봄)
  8. She's My Girl
  9. Our Heaven (둘만의 천국)
  10. Fantasia
  11. Don't run away (도망 가지마)
  12. Go Together (놓지 않기로 해)
8

Album mini[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album Kedudukan tertinggi carta Jualan
KOR
[45]
JPN
[47]
Gol-Cha!
  • Dikeluarkan: 28 Ogos 2017
  • Label: Woollim Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital
Daftar lagu
  1. Gol-Cha!
  2. DamDaDi (담다디)
  3. With Me (나랑 해)
  4. What Happened? (내 눈을 의심해)
  5. I Love You So (네가 너무 좋아)
  6. SEA
3
Miracle (기적)
  • Dikeluarkan: 29 Januari 2018
  • Label: Woollim Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital
Daftar lagu
  1. 奇跡 (기적)
  2. It`s U (너라고)
  3. LADY
  4. Crush
  5. All Day (모든 날)
  6. I`m Falling
3 22
  • KOR: 46,281+[50]
  • JPN: 3,812+
Wish
  • Dikeluarkan: 24 Oktober 2018
  • Label: Woollim Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital
Daftar lagu
  1. WISH
  2. Genie
  3. Eyes on You (너)
  4. I See You (너만 보인다)
  5. Listen (들어봐 줄래)
  6. You Turn Me on Baby (넌 모를 거야)
  7. Would U Be My
3 19
  • KOR: 45,307+[51]
  • JPN: 8,328+
Take a Leap
  • Released: 23 Jun 2020
  • Label: Woollim Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital
Daftar lagu
  1. Take Off
  2. One (Lucid Dream)
  3. OMG (훅 들어와)
  4. Moment (혼잣말)
  5. Make Me Love
  6. H.E.R (그녀에게)
  7. Pass Me By
Akan diumumkan

Album Single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album Kedudukan tertinggi carta Jualan
KOR
[45]
Goldenness
  • Dikeluarkan: 4 Julai 2018
  • Label: Woollim Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital
Daftar lagu
  1. LET ME
  2. IF
  3. Thank You
6

Single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi
carta
Jualan (DL) Album
KOR
[53]
"DamDaDi" (담다디) 2017 N/A Gol-Cha!
"It's U" (너라고) 2018 Miracle
"Let Me" Goldenness
"Genie" Wish
"Spring Again" 2019 Single bukan-album
"Wannabe" Re-boot
"Without You" 2020 Without You
"One (Lucid Dream)" Akan diumumkan Take a Leap

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Artis Album
2017 Love Letter Golden Child 20th Century Boy and Girl OST
2019 Never Y, Seungmin Legal High OST
2020 Love Shaker Y, Seungmin, Joochan Best Mistake 2 OST

Videografi[sunting | sunting sumber]

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Pengarah
2017 "DamDaDi" Lee Joong-yup
2018 "It's U" Sunny Visual
"Lady"
"Let Me"
"Genie"
2019 "Spring Again"
"Wannabe"
2020 "Without You"

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Catatan
2018 Golden Movie Filem pendek

Rancangan televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Saluran Tajuk Peranan Catatan
2017 MBC 20th Century Boy and Girl Diri sendiri Kameo

Rancangan realiti[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Rangkaian Catatan
2017 2017 Woollim Pick Mnet Rancangan realiti sebelum penampilan pertama
Ring It! Golden Child! Naver/V Live Dihoskan oleh Kim Shin-young

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Muzik Asia Mnet[sunting | sunting sumber]

Tahun Kategori Penerima Keputusan Rujukan
2017 Artis Lelaki Baru Terbaik Golden Child Dicalonkan -

Anugerah Muzik Seoul[sunting | sunting sumber]

Tahun Kategori Penerima Keputusan Rujukan
2018 Artis Baru Terbaik Golden Child Dicalonkan -
Artis Populariti Dicalonkan
Anugerah Khas Hallyu Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "골든 차일드" (dalam bahasa Korea). Naver.
  2. ^ "골든차일드, 데뷔 앨범 미리보기 공개..본격 신호탄" (dalam bahasa Korea). Ten Asia.
  3. ^ "울림엔터, 2017년 신인 프로젝트 론칭 공식화텐아시아". Ten Asia. 10 January 2017.
  4. ^ "울림, 'W-Project' 가동… 올해 첫 주자 이달 공개 [공식]". Naver.
  5. ^ "울림, 인피니트 이후 7년 만에 보이 그룹 '골든차일드' 선보여". M.entertain.naver.com. Dicapai pada 12 July 2018.
  6. ^ "[공식] 울림, 인피니트 男그룹 계보 잇는다..'골든차일드' 데뷔". M.entertain.naver.com. Dicapai pada 12 July 2018.
  7. ^ ""골든차일드, 11명 엔트리 공개"…독특 컨셉트". M.entertain.naver.com. Dicapai pada 12 July 2018.
  8. ^ "'인피니트 동생' 골든차일드, 완전체 멤버 공개". M.entertain.naver.com. Dicapai pada 12 July 2018.
  9. ^ ""제2의 인피니트" 울림엔터, 신인 그룹 골든차일드 스쿼드넘버 공개". M.entertain.naver.com. Dicapai pada 12 July 2018.
  10. ^ "인피니트 동생 '골든차일드', 오늘(22일) 베일 벗다…11명 포토 기습 공개". M.newsinside.kr. 22 May 2017. Dicapai pada 12 July 2018.
  11. ^ ""인피니트 후배, 맞네"…'골든차일드', 비주얼 오픈". M.entertain.naver.com. Dicapai pada 12 July 2018.
  12. ^ "'루키' 골든차일드, '20세기 소년소녀' 카메오 출연 ("Rookies" Golden Child to cameo on "20th Century Boy and Girl")". TV Report (dalam bahasa Korea). September 8, 2017.
  13. ^ 뉴스인스타 (2017-11-02), [뉴스인스타] 171103 골든차일드 KBS 뮤직뱅크 출근길, dicapai pada 2018-11-18
  14. ^ "[DA:신곡] 이상은 '담다디' 아니죠 골든차일드 '담다디' 맞습니다". M.entertain.naver.com. Dicapai pada 12 July 2018.
  15. ^ "[SW포토] 그룹 골든차일드, 데뷔 쇼케이스". M.entertain.naver.com. Dicapai pada 12 July 2018.
  16. ^ "[TD영상] 골든차일드 데뷔, 칼군무 돋보이는 '담다디' 첫 무대". M.entertain.naver.com. Dicapai pada 12 July 2018.
  17. ^ "골든차일드, 오늘 '뮤뱅'서 데뷔 첫 무대…가요계 첫발". M.entertain.naver.com. Dicapai pada 12 July 2018.
  18. ^ "'뮤직뱅크' 골든차일드, 첫 데뷔 무대로 음악방송 활동 본격 시작". M.entertain.naver.com. Dicapai pada 12 July 2018.
  19. ^ "골든차일드, 정식 데뷔 전 日 타워레코드 일간차트 1위". M.entertain.naver.com. Dicapai pada 12 July 2018.
  20. ^ "골든차일드, '20세기 소년소녀' 카메오→OST…'Love Letter' 발매". M.entertain.naver.com. Dicapai pada 12 July 2018.
  21. ^ "[공식입장] 골든차일드, 박재석 건강·활동 부담으로 탈퇴…10인조로 재편". Naver.
  22. ^ "[팝's신곡]"기적은 너라고"...골든차일드. 소년들의 달콤한 돌직구 고백송". M.entertain.naver.com. Dicapai pada 12 July 2018.
  23. ^ "골든차일드, 10인조 재정비…노력+열정으로 2018년의 '기적' 포문(종합)". M.entertain.naver.com. Dicapai pada 12 July 2018.
  24. ^ "[SW현장] '컴백' 골든차일드, 가요계의 '기적' 꿈꾸는 열 명의 소년들". M.entertain.naver.com. Dicapai pada 12 July 2018.
  25. ^ "보이그룹 골든차일드, 후속곡 '레이디(LADY)' 뮤직비디오 大공개". Getnews.co.kr. 14 March 2018. Dicapai pada 12 July 2018.
  26. ^ "'10인 10색 감성 세레나데' 골든차일드, 연인(戀人) 향한 애틋 러브송 '레이디(LADY)' M/V 공개". M.newsinside.kr. 14 March 2018. Dicapai pada 12 July 2018.
  27. ^ "'눈길' 골든차일드, '기적(奇跡)' 활동 마무리 "멋지게 돌아올게요"". M.entertain.naver.com. Dicapai pada 12 July 2018.
  28. ^ "골든차일드, 데뷔 첫 한국과 일본 아우르는 단독 팬미팅 'GOLDEN DAY' 성료". M.newswork.co.kr. Dicapai pada 12 July 2018.
  29. ^ ""여러분은 기적"..골든차일드, 데뷔 첫 韓+日 단독 팬미팅 성료". M.entertain.naver.com. Dicapai pada 12 July 2018.
  30. ^ "[#KCON18NY] Artist Reveal - Golden Child - KCON USA OFFICIAL SITE". Kconusa.com. 9 May 2018. Dicapai pada 12 July 2018.
  31. ^ "[#KCON18LA] Artist Reveal - Golden Child - KCON USA OFFICIAL SITE". Kconusa.com. 5 July 2018. Dicapai pada 29 November 2018.
  32. ^ "First ever 'KCON 2018 Thailand' announces GOT7, Pentagon, Golden Child, & (G)I-DLE for its lineup!". allkpop.com. 2 August 2018. Dicapai pada 29 November 2018.
  33. ^ https://www.soompi.com/article/1164929wpp/golden-child-announces-fan-club-name
  34. ^ https://m.entertain.naver.com/read?oid=112&aid=000304647
  35. ^ "Golden Child to return with 'Goldenness'". Kpopherald.koreaherald.com. Dicapai pada 12 July 2018.
  36. ^ "Watch: Golden Child Whisks Fans Off To A World Of Magic In New "Genie" MV Teaser". soompi.com. 22 October 2018. Dicapai pada 29 November 2018.
  37. ^ "[팝's신곡]"그대 날 알아줘"‥골든차일드의 팬 향한 첫 시즌송 '그러다 봄'". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2020-01-03.
  38. ^ "New web sitcom starring all 10 members of Golden Child reveals character posters ahead of premiere". allkpop. Dicapai pada 2020-01-03.
  39. ^ "골든차일드, 11월 18일 컴백 확정…데뷔 2년만 첫 정규앨범(공식)". newsen.com (dalam bahasa Korea). 2019-11-05. Dicapai pada 2019-11-04.
  40. ^ "골든차일드, 데뷔 이래 첫 음악 방송 1위 "자랑스러울 수 있도록 노력"". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2020-01-03.
  41. ^ "골든차일드 "첫 콘서트 긴장돼..대혜자 컬렉션 담은 알찬 콘서트 될 것" [Oh!쎈 현장]". n.news.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2020-01-24.
  42. ^ "[단독] 골든차일드, 29일 정규 1집 리패키지 컴백...2020년 '열일' 시동". TVreport. Dicapai pada January 19, 2020.
  43. ^ "펜타곤·온앤오프·골든차일드·더보이즈·베리베리·원어스·TOO, '로드 투 킹덤' 출연 확정 [공식]" [Pentagon, ONF, Golden Child, The Boyz, Verivery, Oneus, TOO, confirmed 'Road to Kingdom' appearance [Official]]. OSEN. March 20, 2020.
  44. ^ "골든차일드, 23일 컴백…웅장한 스케일 티저 [공식]". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2020-06-16.
  45. ^ a b c "Gaon Album Chart". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea).
    • "Gol-Cha!". August 27 – September 2, 2017.
    • "Miracle". January 28 – February 3, 2018.
    • "Goldenness". July 1–7, 2018.
    • "Wish". October 21–27, 2018.
    • "Re-boot". November 17–23, 2019.
    • "All for You". January 26 – February 1, 2020. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "gaon album chart" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  46. ^ 2019년 12월 Album Chart [December 2019 Album Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Dicapai pada January 10, 2020.
  47. ^ Oricon Peak Position:
  48. ^ "2017년 11월 Album Chart (See #61)". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korean). Korea Music Content Industry Association.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  49. ^ オリコンランキング情報サービス「you大樹」 -CD・ブルーレイ・DVD・書籍・コミック-. Oricon Style (dalam bahasa Jepun). Oricon. Dicapai pada September 10, 2017.
  50. ^ "2018년 Album Chart (See #96)". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korean). Korea Music Content Industry Association.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  51. ^ "2018년 12월 Album Chart (See #44)". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korean). Korea Music Content Industry Association.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  52. ^ "2018년 08월 Album Chart (See #32)". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korean). Korea Music Content Industry Association.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  53. ^ "Gaon Digital Chart". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]