Pergi ke kandungan

Grand Cross of the Iron Cross

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Salib Besi Darjah Utama, Salib Darjah Utama atau hanya disebut Salib Besar (Jerman: Großkreuz des Eisernen Kreuzes) ialah sejenis pingat kebesaran yang dikhaskan untuk jeneral yang mencapai kemenangan dalam Tentera Darat Prusia dan sekutunya. Ia merupakan darjah kedua tertinggi dalam siri Salib Besi, selepas Bintang Salib Besi Darjah Utama, yang hanya dianugerahkan sebanyak dua kali sahaja. Bersama-sama dengan Salib Besi Kelas Pertama dan Kedua, Salib Darjah Utama telah dizahirkan pada 10 Mac 1813 semasa Perang Napoleon. Ia diperbaharui semula pada tahun 1870 bagi Perang Perancis-Prusia, dan sekali lagi pada tahun 1914 untuk Perang Dunia Pertama. Pada tahun 1939, apabila Adolf Hitler memperbaharui Salib Besi sebagai pingat kebangsaan Jerman (bukan lagi eksklusif Prusia), beliau juga memperbaharui Salib Besar.

Salib Besi Darjah Utama adalah dua kali ganda saiz Salib Besi biasa, dan dipakai dengan reben yang tergantung di leher. Kemudian, Salib Besi Kesatria yang diperkenalkan pada tahun 1939 juga dipakai di leher; saiznya lebih kecil daripada Salib Darjah Utama tetapi lebih besar daripada Salib Besi biasa.

Salib Darjah Utama 1813

[sunting | sunting sumber]
1813 Grand Cross of the Iron Cross.

Lima orang menerima Salib Besi Darjah Utama tahun 1813 semasa Perang Napoleon

Salib Darjah Utama 1870

[sunting | sunting sumber]
Grand Cross of the Iron Cross 1870.

Salib Besi telah diperbaharui pada 19 Julai 1870, bagi Perang Perancis-Prusia. Sembilan orang menerima Salib Besi Darjah Utama tahun 1870 sewaktu pertempuran ini. Tujuh Salib Darjah Utama telah dianugerahkan pada 22 Mac 1871, kepada:

Kaiser Wilhelm I menerima Salib Darjah Utama pada 16 Jun 1871, dan Friedrich Franz II, Grand Duke of Mecklenburg-Schwerin, menerimanya pada 4 Disember 1871. Kaiser ialah pemerintah tertinggi Tentera Prusia, dan Moltke adalah Ketua Staf Am. Yang lain ialah panglima perang kanan Tentera Prusia (Putera Mahkota Albert pada mulanya memerintah Tentera Saxon sebagai sebuah kor dibawah tentera darat medan Prusia, tetapi kemudian mengambil alih gabungan tentera darat medan Prusia/Saxon).

Salib Darjah Utama 1914

[sunting | sunting sumber]
Salib Darjah Utama 1914

Salib Besi diperbaharui lagi pada 15 Ogos 1914. Terdapat lima orang penerima Salib Besi Darjah Utama tahun 1914 didalam Perang Dunia I.

Salib Darjah Utama 1939

[sunting | sunting sumber]

Adolf Hitler memperkenalkan semula Salib Besi sebagai satu pingat kepahlawanan Jerman pada 1 September 1939, dengan Salib Darjah Utama sekali lagi sebagai darjah tertinggi (diatas beberapa darjah Knight Cross).

Reichsmarschall Hermann Göring memakai lencana leher Grand Cross 1939 dan dibawahnya Pour le Mérite.
Grand Cross 1939 oleh S&L.
Salib Darjah Utama 1939

Reichsmarschall Hermann Göring menjadi satu-satunya penerima Grand Cross of the Iron Cross semasa Perang Dunia Kedua apabila ia dianugerahkan kepadanya di majlis Perlantikan Fil Marsyal 1940 pada 19 Julai 1940, dalam peranannya sebagai Panglima Tertinggi Luftwaffe, kerana memimpin Jerman menuju kemenangan dalam kempen Perancis.[1]


Salib Darjah Utama - semasa Hitler mula-mula memperkenalkannya semula - sepatutnya mempunyai bentuk tepi berwarna emas, tetapi telah ditukar kepada warna perak sebelum ia dikurniakan kepada Goring. Goring - yang gemar mengumpul pelbagai pingat kebesaran - merasakan bahawa Salib Darjah Utama yang beliau terima daripada Hitler tidak cukup megah, jadi beliau terpaksa membuat beberapa salinan - satu dengan hujung tepi platinum - yang selalu beliau pakai. Salib Darjah Utama yang asli telah musnah dalam satu serangan udara pada tahun 1943. Goring memakai pingat platinum ini semasa beliau menyerah diri pada tahun 1945. Sejurus sebelum membunuh diri, Hitler melucutkan pingat Salib Darjah Utama Goring kerana beliau berasa dikhianatinya. Goring juga mempunyai tabiat aneh yang kadangkala tidak memakai pingat Salib Darjah Utama (terutamanya apabila Luftwaffe tidak menunjukkan prestasi yang baik). Kotak anugerah bagi Salib Darjah Utama 1939 mempunyai kulit merah di bahagian luar, dengan ukiran timbul Helang Emas. Di bawah bahagian dalam kotak tersebut telah di lapik dengan kain baldu berwarna hitam.

Satu versi semasa Perang Dunia Kedua bagi darjah lebih tinggi, iaitu Bintang Salib Besi Darjah Utama, telah direka tetapi tidak pernah secara rasmi diperkenalkan atau dianugerahkan. Selepas kemenangan Pihak Berikat pada Mei 1945, Tentera Darat Amerika Syarikat telah merampas satu-satunya prototaip yang diketahui wujud, yang kini menjadi sebahagian daripada koleksi Muzium Akademi Tentera Amerika Syarikat (USMA) di West Point, New York.[2]

Bahan bacaan

[sunting | sunting sumber]
  • Angolia, John R. (1976). For Führer and Fatherland: Military Awards of the Third Reich. R. James Bender Publishing. ISBN 0-912138-14-9.
  • Littlejohn, David; Dodkins, Colonel C. M. (1968). Orders, Decorations, Medals and Badges of the Third Reich. R. James Bender Publishing, California. ISBN 978-0854200801.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]