Lencana Panzer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lencana Panzer warna Perak direka oleh Wilhelm Ernst Peekhaus
Pemakaian betul Panzer Badge oleh Mejar Erich Löwe

Lencana Panzer atau Panzer Badge (Bahasa Jerman: Panzerkampfabzeichen) ialah sejenis pingat ketenteraan Jerman dalam Perang Dunia II yang dikurniakan kepada anggota tentera yang berkhidmat dalam pasukan armor (Panzer). Ia telah dizahirkan pada 20 Disember 1939 (namun satu versi telahpun diperkenalkan semasa Perang Dunia I dan satu variasi sewaktu Perang Saudara Sepanyol).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Versi Perang Dunia I menunjukkan gambar kereta kebal A7V Jerman didalam kalungan bunga dengan lambang Totenkopf ("tengkorak maut") terletak diatas.

Panzer Badge telah diperkenalkan pada 20 Disember, 1939, bagi mengiktiraf pencapaian anggota Panzer yang terlibat dalam serangan armor. Ia telah direka oleh firma Berlin Wilhelm Ernst Peekhaus, dan telah dizahirkan atas arahan Generaloberst Walther von Brauchitsch. Pada 6 Jun, 1940, satu kelas berasingan, warna Gangsa, telah ditambah bagi mengiktiraf kru-kru kereta perisai selain dari kereta kebal.

Lencana tersebut dipersembahkan dalam paket kertas berserta nama anugerah yang dicetak pada bahagian luar. Dokumen anugerah itu terdapat butiran biasa penerima (pangkat, nama) dan tandatangan kuasa seorang pegawai. Panzer Badge dipakai pada sebelah kiri poket uniform. Versi gangsa Panzer Badge telah diluluskan untuk anggota perisai dan unit-unit Panzergrenadier yang dilengkapi dengan kereta perisai. Ia juga dikurniakan pada anggota grup peninjau berperisai dan batalion rifel divisyen Panzer. Kelulusan lencana ini lazimnya dilakukan pada peringkat rejimen atau divisyen.

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Panzer Badge ini berbentuk bujur berserta kalungan bunga yang mengandungi lima daun oak tunggal pada sebelah bahagian dan empat disebelah satu lagi (ditutup rantai kereta kebal). Pada bahagian bawah lencana ini terdapat ikatan, dan pada bahagian atas terletak lambang helang Wehrmacht, dengan sayap berlipat sambil kuku mencengkam lambang swastika. Di bahagian tengah lencana ini terdapat sebuah kereta kebal melalui dari kiri ke kanan. Trek kiri kereta kebal bergerak kedalam kalungan daun oak, dan kawasan bawah kereta kebal kelihatan beralur dan dibuat seperti rumput.

Di bahagian belakang lencana ini terdapat tiga variasi, samada lompong, rata, atau separa. Variasi lompong menunjukkan kesan cetakan dari belakang, manakala jenis rata agak padu. Versi separa pula terdapat sedikit bergerigi yang menunjukkan bentuk tepi kereta kebal. Lencana ini disemat pada uniform menggunakan pin dan penyangkuk, yang dipasang pada bahagian belakang dan mempunyai dua variasi. Terdapat pematerian konvensional bar medal segi empat tepat yang kecil dan juga jenis yang lebih jarang berlaku yang mana engsel berbola dimasukkan kedalam bahagian tengah lencana.

Kereta kebal di bahagian tengah medal adalah Panzerkampfwagen IV. Kriteria bagi Panzer Badge Perak ialah, mengambil bahagian dalam 3 serangan armor pada 3 hari yang berlainan, mengalami kecederaan dalam serangan, memenangi pingat keberanian dalam serangan.

Kelas Perak dikurniakan kepada komander kereta kebal, jurumeriam atau operator radio manakala kelas Gangsa dianugerahkan kepada rejimen Panzergrenadier, krew serangan kereta kebal, unit peninjau berperisai, dan anggota perubatan yang turut bertempur dalam kereta perisai. Anugerah ini diluluskan oleh panglima Divisyen Panzer.

Variasi 25, 50, 75, 100[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]