Lencana Cedera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Lencana Cedera (Bahasa Jerman: Verwundetenabzeichen, atau Wound Badge) ialah satu anugerah ketenteraan Jerman (dalam Perang Dunia I dan Perang Dunia II) bagi askar yang tercedera atau terkena reput fros. Ia boleh diberi kepada semua cabang tentera termasuk SS dan perkhidmatan bantuan lain semasa Perang Dunia Kedua. Selepas Mac 1943, akibat dari peningkatan pengeboman pihak Bersekutu, ia juga boleh dikurniakan kepada orang awam yang tercedera. Pada dasarnya ia merupakan salah satu pingat kebesaran Reich Ketiga yang paling dikenali umum dan juga salah satu yang paling berharga, kerana ia terpaksa "dibeli dengan darah".

Kelas-kelas[sunting | sunting sumber]

versi hitam 1918
versi hitam 1939

Lencana ini terdapat tiga kelas: warna hitam (kelas 3, melambangkan Besi), bagi mereka yang tercedera sekali atau dua kali oleh serangan musuh (termasuk serangan udara), atau mengalami reput fros semasa bertugas; warna perak (kelas 2) bagi mereka yang tercedera tiga atau empat kali, atau mengalami kehilangan tangan, kaki atau mata daripada serangan musuh (juga kehilangan pendengaran sebelah), kecacatan muka atau kerosakan otak akibat serangan musuh; dan warna emas (kelas 1, yang boleh dianugerahi secara anumerta) bagi mereka yang tercedera lima kali atau lebih, buta kedua mata, "hilang kelelakian", atau kerosakan otak yang teruk akibat serangan musuh. Lencana ini diperbuat dari besi, tembaga dan zink yang dicetak, dan juga beberapa logam murah yang dibuat secara persendirian. Mereka yang dari Perang Dunia I juga membuat paten dari gambar guntingan.

Kesemua versi Lencana Cedera hendaklah dipakai dibawah dada sebelah kiri uniform atau tunik. Lencana ini mesti dipakai sebelah kiri dibawah kesemua pingat yang lain. Di anggarkan lebih kurang 5 juta lencana telah dikurniakan semasa Perang Dunia II. Pada tahun 1957, satu versi Lencana Cedera yang diubah telah dibenarkan untuk dipakai; bagaimanapun, jenis yang lama masih boleh dipakai jika lambang swastika dibuang (diasah).

Versi Perang Dunia II yang tidak berubah ditunjukkan pada ilustrasi sebelah kanan.

Lencana Cedera pada awalnya telah dibuat oleh kilang syiling Vienna dan oleh firma Klein & Quenzer. Pada mulanya, Lencana Cedera warna Hitam telah di cap dari kepingan tembaga, di cat separa hitam pusam dan mempunyai belakang kosong dengan pengancing pin jarum. Dari tahun 1942, besi telah digunakan untuk membuat lencana, yang menjadikan ia terdedah pada karat. Lencana Cedera warna Perak telah dibuat (sebelum tahun 1942) daripada tembaga bersalut perak dan (selepas tahun 1942) daripada zink yang di lakuer, dan mempunyai belakang penuh samada dengan pengancing pin jarum atau tiang pin lebar yang tipis. Lencana Cedera warna Emas adalah versi Lencana Cedera warna Perak yang disadur emas. Lencana Cedera telah dibuat oleh beberapa pengilang dan komen diatas menyatakan bahawa kilang syiling Vienna dan Klein & Quenzer merupakan pengilang utama adalah mengelirukan dan tidak benar.

Iron Cross "Automatik"[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Jun 1940, Adolf Hitler menetapkan bahawa mana-mana penerima Lencana Cedera warna Perak atau Emas secara automatik dikurniakan Iron Cross Kelas 2 jika individu itu belum lagi menerima pingat tersebut. Amalan plural ini bermaksud, sebagai contoh, seorang kelasi yang kehilangan tangan atau kaki dalam perang semasa berkhidmat atas S-Bot di pengkalan terdepan Kuban akan menerima bukan hanya Lencana Cedera warna Perak, tetapi juga Lencana Perang Kapal Laju, Lencana Perisai Kuban dan Iron Cross Kelas 2, semata-mata disebabkan oleh kecederaan yang dialami.

Lencana Cedera 20 Julai 1944[sunting | sunting sumber]

Versi 20 Julai Lencana warna hitam, perak dan emas

Lencana Cedera 20 Julai adalah anugerah yang jarang-jarang sekali, kerana ia hanya diberi kepada mereka yang tercedera semasa percubaan membunuh Hitler di markas Wolf Lair, Rastenburg, Prusia Timur. Seramai 24 orang hadir sewaktu bom tersebut meletup. Seorang pegawai terkorban dan tiga meninggal dunia tidak lama kemudian akibat dari kecederaan. Hitler, percaya ini adalah "detik penentu" baginya, secara peribadi mengarah pembentukkan lencana khas bagi memperingati peristiwa ini.

Lencana Cedera 20 Julai ini berdasarkan Lencana Cedera yang biasa, tetapi helmet sedikit tinggi dan besar; ia juga bertarikh "20 Juli 1944" dan satu salinan tepat tandatangan Hitler dibawah helmet dan tarikh.

Lencana Cedera 20 Julai terdapat dalam tiga kelas iaitu hitam, perak dan emas. Kesemua lencana cedera ini telah dibuat oleh firma Junckner dan diperbuat daripada cap kempa perak padu. Penerima yang sebelum ini telah dikurniakan Lencana Cedera yang tetap boleh dikurniakan Lencana Cedera 20 Julai yang lebih tinggi.

Tidak seperti Lencana Cedera warna Hitam, Lencana Cedera 20 Julai warna Hitam tidak semuanya berwarna hitam. Hanya helmet dan kalungan bunga berwarna hitam; latarbelakangnya berwarna perak supaya tarikh dan salinan tandatangan boleh dilihat dengan jelas. Lencana Cedera 20 Julai warna Emas juga mempunyai latarbelakang berwarna perak dengan helmet dan kalungan bunga berwarna emas. Lencana Cedera 20 Julai warna Perak pula mempunyai warna hitam pada swastika helmet, tarikh dan salinan tandatangan. Tidak seperti Lencana Cedera yang biasa, ia diperbuat dari dua keping logam.

Hitler menyampaikan lencana cedera khas ini kepada mereka yang terselamat berserta dengan dokumen unik dalam satu majlis pada 2 September 1944. Walaupun Hitler turut mengalami kecederaan, beliau sendiri tidak mahu menerima sebarang dari lencana tersebut. Hitler sudah memiliki Lencana Cedera warna Hitamnya sendiri pada Perang Dunia I. Beliau mengurniakan diri sendiri Lencana Emas Parti nombor 1, tetapi ia hanyalah satu lencana politik bukannya pingat tentera. Empat anugerah secara anumerta telah dihantar kepada waris terdekat masing-masing. Pingat-pingat ini kesemuanya disadur dengan emas termasuk latarbelakangnya sekali.

Lencana 20 Julai ini telah menggantikan Lencana Cedera 1939. Perlu diambil perhatian bahawa lencana ini merupakan pemberian peribadi Hitler kepada mereka yang terlibat dan bertujuan untuk menjadi cenderamata yang berharga bagi satu detik peristiwa bersejarah dan oleh itu ia tidak wajib untuk dipakai. Sebagai contoh Fil Marsyal Wilhelm Keitel dan Kolonel Jeneral Alfred Jodl telah memakai lencana cedera 20 Julai pada uniform mereka, tetapi penerima lain lebih suka memakai lencana cedera mereka yang biasa. Penerima-penerima lencana cedera 20 Julai boleh dinaik taraf jika mereka menerima lencana cedera yang lebih tinggi. Laksamana Muda Hans-Erich Voss pada akhirnya memiliki ketiga-tiga kelas Lencana Cedera 20 Julai, memperolehi lencana hitam pada 20 Julai dan menaik taraf dua kali selepas terlibat dalam pertempuran berikutnya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]