Yunani Uthmaniyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Greece Uthmaniyyah)
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebahagian daripada satu siri tentang
Sejarah Yunani
Part of a map of the Mediterranean Sea and adjacent regions by William Faden, March 1785
 
Portal greece

Kebanyakan kawasan yang kini terletak dalam sempadan Yunani moden dahulunya merupakan sebahagian daripada empayar Uthmaniyyah. Semasa zaman pemerintahan Uthmaniyyah di Yunani, yang mana bermula pada pertengahan kurun ke-15 sehingga kejayaan Perang Kemerdekaan Yunani yang meletus pada tahun 1821 dan penubuhan negara moden Greece pada tahun 1832, pemerintahan tersebut dikenali sebagai Tourkokratia (Bahasa Yunani: Τουρκοκρατία, "pemerintahan Turki"; Bahasa Inggeris: "Turkocracy"[1]). Beberapa wilayah, seperti Kepulauan Ionia, beberapa kawasan yang berada sementara di bawah kekuasaan Venice seperti Stato da Mar, atau Semenanjung Mani di Peloponessus tidak pernah berada di bawah pentadbiran Uthmaniyyah, meskipun berada di bawah ketuanan Uthmaniyyah.

Empayar Byzantine yang mana merupakan pewaris kepada Empayar Rom purba memerintah kebanyakan wilayah yang bertutur dalam bahasa Yunani selama lebih 1100 tahun, yang mana merosot dengan teruk sejak penjarahan Constantinople oleh tentera Salib Latin pada tahun 1204.

Kemaraan Uthmaniyyah ke dalam Yunani bermula dengan kemenangan ke atas Serb di utara dalam Pertempuran Maritsa pada tahun 1371. Tentera Serb diketuai oleh Raja Vukasin Mrnjavcevic, pemerintah bersama dan juga bapa kepada Putera Marko yang mana merupakan maharaja terakhir daripada dinasti Nemanjic Serbia. Ia kemudian diikuti dengan kemenangan seterusnya Uthmaniyyah pada tahun 1389 dalam Pertempuran Kosovo.

Dengan tiadanya ancaman daripada pihak Serb dan perang saudara Byzantine yang meletus selepasnya, tentera Uthmaniyyah berjaya menakluk Constantinople pada tahun 1453, seterusnya menuju ke selatan dan mara ke dalam wilayah Yunani, menawan Athens pada tahun 1458. Pihak Yunani bertahan di Peloponnesos sehingga tahun 1460, dan Venice dan Genoa berjaya mempertahankan beberapa pulau namun hampir kesemua dataran dan pulau di Yunani jatuh ke tangan Uthmaniyyah menjelang tahun 1500. Kawasan pergunungan Yunani yang tidak disentuh menjadi tempat perlindungan para pelarian Yunani daripada pemerintahan Uthmaniyyah serta markas serangan gerila.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bruce Merry, Encyclopedia of Modern Greek Literature, oTurkocracy, p. 442.
  2. ^ World and Its Peoples. Marshall Cavendish. 2009. m/s. 1478. ISBN 0-7614-7902-3. The klephts were descendants of Greeks who fled into the mountains to avoid the Turks in the fifteenth century and who remained active as brigands into the nineteenth century. 

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Finkel, Caroline. Osman's Dream: The Story of the Ottoman Empire, 1300-1923. New York: Basic Books, 2005. ISBN 978-0-465-02396-7.
  • Hobsbawm, Eric John. The Age of Revolution. New American Library, 1962. ISBN 0-451-62720-2.
  • Jelavich, Barbara. History of the Balkans, 18th and 19th Centuries. New York: Cambridge University Press, 1983. ISBN 0-521-27458-3.
  • Paroulakis, Peter H. The Greek War of Independence. Hellenic International Press, 1984.
  • Shaw, Stanford. History of the Ottoman Empire and Modern Turkey: Volume I. Cambridge: Cambridge University Press, 1977.
  • Vacalopoulos, Apostolis. The Greek Nation, 1453–1669. Rutgers University Press, 1976.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Ottoman Greece Templat:Greek War of Independence