Sejarah Yunani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Siri Sejarah Greece
Acropolis-panorama-night.jpg
Tamadun Aegea Sebelum 1600 SM
Yunani Mycenaea k.k. 16001200 SM
Zaman Kelam Yunani k.k. 1200800 SM
Yunani Purba 776323 SM
Keyunanian 323146 SM
Yunani Rom 146 SM330
Empayar Byzantine 3301453
Yunani Uthmaniyah 14531832
Greece moden Selepas 1832
Mengikut topik
Bahasa Greek Kesusasteraan
Sejarah ketenteraan Nama-nama Yunani

Yunani memiliki kesinambungan sejarah lebih dari 5,000 tahun. Bangsanya, disebut orang Yunani, telah mendiami sebagian besar dari daerah Laut Hitam (Efxinos Pontos) dan Laut Mediterranean menjelajah daerah sekitarnya, menyusun negeri-negerinya, membuat perjanjian-perjanjian komersil, dan menjelajah dunia luar, mulai dari kawasan Caucasus sampai Atlantik dan dari Skandinavia sampai ke Habsyah. Sebuah expedisi terkenal dari gabungan daerah-daerah maritim Yunani (Danaë atau penduduk laut) mengepung Troy seperti dikisahkan di dalam sebuah karya sastera Eropah besar pertama, Iliad Homer. Bermacam-macam penduduk Yunani ditemukan sepanjang Laut Tengah, Asia Kecil, Laut Adriatik, Laut Hitam dan pantai Afrika Utara akibat dari penjelajahan untuk mencari tempat dan daerah komersil baru.

Selama tempoh baharian klasik (abad ke-5 SM), Yunani terdiri dari daerah-daerah bahagian kecil dan besar dalam bermacam-macam bentuk luaran (sederhana, persekutuan, bersekutu, gabungan) dan dalaman (negara beraja, tirani, oligarki, demokrasi berperlembagaan, dan sebagainya). Negara kota yang paling terkenal ialah Athens, diikuti oleh Sparta dan Thebes. Satu semangat kebebasan dan kasih yang membara membuat bangsa Yunani dapat mengalahkan bangsa Parsi, adikuasa pada saat itu, di dalam peperangan yang terkenal dalam sejarah kemanusiaan - Marathon, Thermopylae, Salamis dan Plataea. Pada separuh kedua abad ke-4 SM, banyak daerah-daerah bahagian di Yunani membentuk sebuah perikatan (Cœnon dari Corinth) yang dipimpin oleh Alexander Agung sebagai Presiden dan Panglima perikatan. Raja dari Macedonia ("Yunani takabara" dalam bahasa Parsi kuno) ini mengisytiharkan perang dengan Parsi, membebaskan saudara-saudara mereka yang terjajah, Ionia, dan menguasai daerah-daerah yang diketahui selanjutnya. Mereka membentuk sebuah masyarakat yang berkebudayaan penuh pengaruh dari ngeara ini dari sejauh timur di India Utara sampai Laut Tengah di sebelah barat dan dari sejauh arah timur di Rusia Selatan hinggalah ke Sudan di benua Afrika. Pada tahun 146 SM, perikatan ini tewas kepada bangsa Rom. Pada tahun 330, ibu negara Rom berdiri di daerah baru, Rom Baru atau Konstantinopel, sebuah bentuk popular, sebuah nama untuk memperingati Empayar Rom, pada saat itu, Constantinus Augustus (Constantine I). Para ahli sejarah sejak abad ke-19 lebih memilih, untuk alasan rujukan, menamakan zaman terakhir ini sebagai Byzantium dengan tujuan untuk membezakan 2203 tahun wilayah Rom menjadi dua tempoh. Selama zaman kedua dunia budaya Yunani klasik dari Yunani Kuno berubah menjadi dunia moden masyarakat barat dan Kristian. Kata Byzantium diambil dari wilayah yang sudah ada sebelumnya (Byzantium, dengan Megara sebagai Metropolis) di mana ibu negara baru berada, Konstantinopel.

Setelah ibu negara dan wilayahnya jatuh ke tangan Turki pada tahun 1453, bangsa Yunani berada di bawah kekuasaan Uthmaniyah hampir selama 400 tahun. Selama masa ini bahasa mereka, agama mereka dan rasa identiti diri tetap kuat, yang menghasilkan banyak revolusi untuk kemerdekaan meskipun gagal.

Pada tanggal 25 Mac 1821, bangsa Yunani memberontak kembali namun pada kali ini berhasil, dan pada tahun 1828, mereka mendapatkan kemerdekaan mereka sendiri. Sebagai sebuah negara baru yang hanya terdiri dari sebahagian kecil dari negara moden mereka, perjuangan untuk membebaskan seluruh daerah yang dihuni oleh bangsa Yunani berlanjutan. Pada tahun 1864, kepulauan Ionia disatukan dengan Yunani; tahun 1881 sebahagian dari Epirus dan Thessaly. Crete, Kepulauan Aegea Timur dan Macedonia ditambahkan pada tahun 1913 dan Thrace Barat tahun 1919. Setelah Perang Dunia Kedua, kepulauan Dodekanesos juga dikembalikan ke Yunani. Saat ini, Yunani merupakan negara anggota Kesatuan Eropah (1981) dan sistem kewangan-ekonomi Euro (2001).