Perang Kemerdekaan Yunani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Perang Kemerdekaan Yunani
Tarikh 22 Februari 1821 – 12 September 1829Templat:Greece Old Style dating
(8 tahun, 6 bulan, 2 minggu)
Lokasi Balkan (terutamanya Yunani) dan Laut Aegia.
Hasil Kemerdekaan Yunani
Perubahan
wilayah
Peloponnesos, Kepulauan Saroni, Kiklades, Sporades dan tanah besar Yunani diserahkan kepada pihak Yunani yang merdeka
Pihak yang terlibat
Greek Revolution flag.svg Revolusioner Yunani (1821)
Greece Republik Yunani Pertama (from 1822)

Disokongi:  Empayar Rusia
 United Kingdom
Templat:Country data Bourbon Restoration
Flag of Haiti (civil).svg Haiti[1][2]

Fictitious Ottoman flag 2.svg Empayar Uthmaniyyah
Komandan
Politikal:
Filiki Eteria flag.svg Filiki Eteria
Greece Alexandros Mavrokordatos
Greece Ioannis Kapodistrias (from 1828)
Ketenteraan:
Greece Theodoros Kolokotronis
GreeceAlexander Ypsilantis
Greece Demetrius Ypsilantis
Greece Georgios Karaiskakis 
Greece Richard Church
Greece Thomas Cochrane
Greece Andreas Vokos Miaoulis
Greece Constantine Kanaris
Greece Markos Botsaris 
Fictitious Ottoman flag 2.svg Mahmud II
Flag of Egypt (1844-1867).svg Muhammad Ali Pasha
Fictitious Ottoman flag 2.svg Omer Vrioni
Fictitious Ottoman flag 2.svg Mahmud Dramali Pasha
Fictitious Ottoman flag 2.svg Hursid Pasha
Fictitious Ottoman flag 2.svg Husrev Pasha
Fictitious Ottoman flag 2.svg Reşid Mehmed Pasha
Flag of Egypt (1844-1867).svg Ibrahim Pasha
Korban
sekitar 25,000[3][sumber terbaik diperlukan] sekitar 20,000 [3][sumber terbaik diperlukan]
Korban awam: dianggarkan sebanyak 105,000[3][sumber terbaik diperlukan]

Templat:Campaignbox Greek War of Independence

Perang Kemerdekaan Yunani, juga dikenali sebagai Revolusi Yunani (Yunani: Ελληνική Επανάσταση, Elliniki Epanastasi, atau juga disebut oleh orang-orang Yunani pada abad ke-19 sebagai Agonas (Αγώνας, "Perjuangan"); Bahasa Turki Uthmaniyah: يونان عصياني Yunan Isyanı, "Kebangkitan Yunani"), merupakan suatu perang kemerdekaan yang berjaya dilancarkan revolusioner Yunani menentang Empayar Uthmaniyah antara tahun 1821 dan 1832. Pihak Yunani kemudiannya dibantu oleh Empayar Rusia, Great Britain, Perancis, dan beberapa kuasa Eropah yang lain sementara manakala pihak Uthmaniyah dibantu oleh negeri-negeri naungannya, eyalet-eyalet Mesir, Algeria, Tripolitania, dan Beylik Tunis.

Kebanyakan kawasan Yunani telah berada di bawah penguasaan kerajaan Uthmaniyah bahkan sejak beberapa dekad sebelum Constantinople ditawan empayar tersebut pada 1453. Pada masa ini, ada beberapa percubaan pemberontakan oleh orang-orang Yunani untuk memerdekakan diri dari kawalan Uthmaniyah. Pada tahun 1814, sebuah organisasi rahsia dipanggil Filiki Eteria telah diasaskan dengan tujuan untuk membebaskan Yunani. Mereka merancang untuk memulakan pemberontakan di Peloponnesos, Prinsipaliti-Prinsipaliti Danube, dan di Constantinople serta kawasan sekitarnya. Pemberontakan ini asalnya telah dirancang pada 25 Mac (dalam takwim Julius) 1821, pada hari Pesta Pemberitaan (Conceptio Christi) untuk para penganut Kristian Ortodoks, namun rancangan Filiki Eteria telah diketahui oleh pihak berkuasa Uthmaniyah, maka pihak revolusioner tersebut memulakan perang mereka dengan lebih awal. Pemberontakan yang pertama dimulai pada 6 Mac (22 Februari dalam takwim Gregorius) 1821 di Prinsipaliti Danube, namun kemudiannya dihapuskan tentera Uthmaniyah. Peristiwa-peristiwa di bahagian utara ini mendorong orang Yunani Peloponnesus mengangkat senjata mereka dan pada 17 Mac 1821, penduduk semenanjung Mani mengumumkan perang ke atas pihak Uthmaniyah. Deklarasi inilah yang mula mencetuskan para revolusioner dari negeri-negeri kawalan Uthmaniyah lain untuk menyerang.

Revolusi diisytiharkan secara terbukanya pada 25 Mac lalu pihak Peloponnesos memulakan pemberontakan terbuka mereka terhadap orang-orang Turki. Selewat Oktober 1821, orang Yunani di bawah Theodoros Kolokotronis telah menawan Tripolitsa; diikuti cepatnya oleh pemberontakan di Crete, Macedonia, dan Yunani Tengah yang segera dikawal pihak Uthmaniyah. Sementara itu, angkatan laut pihak Yunani yang segera ditubuhkan berjaya melawan tentera laut Uthmaniyah di Laut Aegia lalu menghalang ketibaan bala tentera Uthmaniyah dari laut.

Ketegangan antara puak-puak Yunani wujud tidak lama kemudian lalu tercetusnya dua perang saudara secara berturut-turut. Sementara itu, Sultan Empayar Uthmaniyah berunding dengan Mehmet Ali Mesir, yang bersetuju mengirim anaknya Ibrahim Pasha ke Yunani dengan bala tentera untuk menumpaskan pemberontakan tersebut demi meraih ganjaran kembali untuk wilayah keuntungan. Ibrahim mendarat di Peloponessos pada bulan Februari 1825 dengan kejayaan yang segera: menjelang akhir 1825, hampir keseluruhan Peloponessus berada di bawah kawalan Mesir, dan kota Missolonghi jatuh di bulan April 1826 setelah satu pengepungan yang berterusan selama setahun dengan orang Turki. Meskipun Ibrahim telah dikalahkan dalam Mani, beliau telah berjaya menumpaskan banyak pemberontakan di Peloponessus, dan kota Athens telah direbut kembali akibat maraan tersebut.

Setelah rundingan dilakukan selama beberapa tahun, tiga Kuasa Besar—Rusia, Britain dan Perancis—membuat keputusan untuk campur tangan dalam konflik tersebut lalu menghantar bala tentera laut mereka ke Yunani. Berikutan khabar yang mengatakan armada gabungan Uthmaniyah–Mesir merancang menyerang pulau Hydra, armada bersekutu negara-negara Barat memintas angkatan Uthmaniyah–Mesir di Navarino. Pertempuran ini bermula setelah kedua-dua pihak kebuntuan jalan  antara mereka selama seminggu, dan ia kemudiannya berakhir dengan kehancuran armada Uthmaniyah–Mesir. Pada 1828, tentara Mesir menarik diri setelah ditekan pasukan ekspedisi Perancis yang mendorong garison Uthmaniyah di Peloponnesos untuk menyerah diri, sementara orang-orang Yunani mara ke kawasan tengah Yunani yang dipegang pihak Uthmaniyah. Hasil daripada rundingan yang dilangsungkan selama satu tahun, Yunani akhirnya diakui sebagai sebuah negara yang merdeka dalam Perjanjian Constantinople Mei 1832.

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Guillaume, Alcindor. "Le Guide D'un Pays en Détresse". ISBN 9781469179339. Dicapai 25 Februari 2015. 
  2. ^ "The 25 tons of coffee to Adamantios Korais". Enet.gr Eleftherotypia. 2010. Dicapai 25 Februari 2015. 
  3. ^ a b c The War Chronicles: From Flintlocks to Machine Guns: A Global Reference of ..., Joseph Cummins, 2009, p.50

Pautan luar[sunting | sunting sumber]