Grup Monsun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
U-848 sedang dalam perjalam menyertai Monsun Gruppe. Gambar ini diambil dari sebuah pesawat terbang yang bertanggung jawab dalam menenggelamkan U-boot jenis IXD2 di Lautan Atlantik.

Grup Monsun (Bahasa Jerman: Gruppe Monsun) ialah nama sepasukan kapal selam Jerman (U-boot) yang beroperasi di Lautan Pasifik dan Lautan Hindi semasa Perang Dunia Kedua. Walaupun gaya penamaan yang sama digunakan bagi kumpulan-kumpulan sementara kapal selam yang beroperasi di Lautan Atlantik, tempoh operasi di Lautan Hindi yang berpanjangan menyebabkan nama tersebut kekal terkait dengan sebilangan kapal selam yang relatif kecil yang berpangkalan di Pulau Pinang, Tanah Melayu (kini Malaysia).[1]

Lautan Hindi merupakan satu-satunya tempat di mana angkatan-angkatan bersenjata Jerman dan Jepun bertempur dalam kancah yang sama. Beberapa perkiraan dibuat agar kapal-kapal selam Jerman dan Jepun tidak bertempur sesama sendiri—kapal-kapal selam ditegah daripada menyerang kapal selam lain.[2] Kesemuanya, sebanyak 41 kapal selam pelbagai jenis, termasuk jenis pengangkut, dihantar; sebilangan besar hilang dan hanya sebilangan kecil sahaja berjaya pulang ke Eropah.[3][4]

Laluan perdagangan Lautan Hindi[sunting | sunting sumber]

Lautan Hindi dikira sebagai penting dari segi strategi, bukan sahaja kerana India, milikan British yang paling bernilai, terletak di situ, tetapi juga disebabkan laluan perkapalan serta bahan mentah strategik yang diperlukan British dalam usaha perangnya. Pada tahun-tahun awal Perang, kapal-kapal penyerang kapal dagang dan kapal tempur poket Jerman berjaya menenggelamkan beberapa kapal dagang di Lautan Hindi; walau bagaimanapun, semasa peperangan berlanjutan, keadaan menyukarkan operasi kapal-kapal permukaan laut dan menjelang tahun 1942, kebanyakannya sudah ditenggelam ataupun diselerakkan. Pertimbangan bagi penggunaan U-boot di wilayah ini telah dibuat sejak tahun 1941, akan tetapi memandangkan tempoh-tempoh kejayaan yang dikenali sebagai Tempoh Riang Pertama dan Tempoh Riang Kedua, diputuskan bahawa penghantaran kapal selam ke Lautan Hindi merupakan pengalihan yang tidak diperlukan. Lagipun, tidak ada pangkalan asing yang dapat digunakan sebagai pangkalan dan bagi membekal unit-unit kapal selam dan oleh sebab itu kapal-kapal tersebut akan beroperasi pada had jarak maksimum operasi. Kesudahannya, pihak Jerman menumpukan kempen U-boot mereka di Atlantik Utara.

Kemasukan Jepun ke dalam Perang pada tahun 1941 membawa kepada penaklukan wilayah-wilayah Asia Tenggara takluk Eropah, seperti Malaya British dan Hindia Timur Belanda. Pada Mei dan Jun 1942, kapal-kapal selam Jepun mula beroperasi di Lautan Hindi dan bertempur dengan British di Madagaskar. Britain telah menyerang pulau yang dikawal Perancis Vichy untuk mengelakkan pulau itu daripada jatuh ke tangan Jepun.

Operasi bersama di Lautan Hindi[sunting | sunting sumber]

Bekas kapal selam Jerman U-511 selepas dijual kepada Jepun sebagai IJN RO-500.

Idea menempatkan U-boot di Malaya dan Hindia Timur bagi menjalankan operasi di Lautan Hindi pertama kali dicetuskan Jepun pada bulan Disember 1942. Memandangkan yang kedua-dua tempat tidak memiliki pusat bekalan, idea itu tidak diterima mahupun terdapat beberapa U-boot yang meronda di sekitar Tanjung Harapan pada masa itu.[5] Beberapa hari selepas kapal selam Itali Cappellini tiba di Hindia Timur, kapal selam Jerman U-511 menjadi U-boot pertama membuat perjalanan itu. Bot ini membawa atase tentera laut Jepun, Laksamana Nomura Naokuni[6] dari Berlin ke Kure. Kapal ini diberikan kepada Jepun sebagai RO-500; anak kapal Jermannya pulang ke Pulau Pinang untuk menjadi pengganti anggota buat pangkalan kapal selam utama yang sedang ditubuhkan di bekas pangkalan kapal terbang laut British di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu.[7] Pangkalan kedua ditubuhkan di Kobe; pangkalan-pangkalan kecil untuk pembaikan dan penyelenggaraan ditubuhkan di Singapura, Jakarta dan Surabaya. Sebagai sebahagian daripada operasi penyerakan operasi U-boot berikutan kerugian besar yang dialami tentera laut Jerman di Lautan Atlantik pada musim bunga 1943, Wilhelm Dommes diperintah untuk melayarkan kapalnya U-178 dari kawasan operasinya di pesisir Afrika Selatan ke Pulau Pinang dan memegang tampuk pimpinan di situ.[8]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Paterson Lawrence(2004), Hitler's Grey Wolves: U-boats in the Indian Ocean p.29
  2. ^ Paterson Lawrence (2006), Hitler's Grey Wolves: U-boats in the Indian Ocean
  3. ^ Fate of the Far Eastern Boats
  4. ^ Monsun boats Evacuation
  5. ^ Pre-Monsun Boats
  6. ^ 伊呂波会 (2006). 伊号潜水艦訪欧記 ヨーロッパへの苦難の航海. 光人社NF文庫. ISBN 4-7698-2484-X. Text "和書" ignored (bantuan)
  7. ^ Blair, Clay Hitler's U-Boat War: The Hunted 1942-1945 (1998) Random House ISBN 0-679-45742-9 p.239
  8. ^ Monsun boats

Pautan luar[sunting | sunting sumber]