Guinea di Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Guinea di
Sukan Olimpik Musim Panas 2020
Kod IOCGUI
NOCMajlis Olimpik dan Sukan Kebangsaan Guinea
di Tokyo, Jepun
Peserta5 dalam 4 sukan
Pembawa bendera (pembukaan)Wakil TOCOG
Pembawa bendera (penutupan)Fatoumata Camara
Pingat
Emas
0
Perak
0
Gangsa
0
Jumlah
0
Penampilan Sukan Olimpik Musim Panas

Guinea telah menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Jepun. Kejohanan ini pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos 2020, tetapi ditangguhkan ke 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 akibat pandemik COVID-19.[1] Ia merupakan penyertaan ke-12 Guinea dalam Sukan Olimpik Musim Panas sejak 1968. Guinea pernah tidak menghantar atlet iaitu pada Sukan Olimpik Musim Panas 1972 di Munich. Guinea juga tidak menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 1976 di Montreal disebabkan boikot yang diadakan beberapa negara Afrika.

Peserta[sunting | sunting sumber]

Hanya lima atlet mewakili Guinea dalam empat sukan;

Sukan Lelaki Wanita Jumlah
Gusti 0 1 1
Judo 1 0 1
Olahraga 0 1 1
Renang 1 1 2
Jumlah 2 3 5

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Joint Statement from the International Olympic Committee and the Tokyo 2020 Organising Committee". Olympics (dalam bahasa Inggeris). 24 Mac 2020.