Pergi ke kandungan

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (atau NOC) ialah penyusun kebangsaan dari gerakan Olimpik seluruh dunia. Bergantung kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, mereka bertanggungjawab ke atas pengaturan peserta atlet dalam Sukan Olimpik. Mereka dapat mencalonkan bandar di negara mereka sebagai calon untuk Olimpik selanjutnya. NOC juga mempromosikan pembangunan atlet dan latihan pelatih dan pegawai pada peringkat kebangsaan di dalam negara mereka.

Pada tahun 2008, terdapat 205 NOC, mewakili negara berdaulat dan daerah geografi lain. Kesemua 192 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mempunyai Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan, sepertimana 13 wilayah lain:

NOC ialah anggota dari Persatuan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (ANOC), yang juga dibahagikan menjadi lima persatuan benua:

BenuaPersatuanNOCNOC TertuaNOC Terbaru
  Afrika
Persatuan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Afrika 53 Mesir (1910) Eritrea (1999)
  Amerika
Pertubuhan Sukan Seluruh Amerika 42 Amerika Syarikat (1894) Dominica (1993)
Saint Kitts dan Nevis (1993)
Saint Lucia (1993)
  Asia
Majlis Olimpik Asia 44 Jepun (1912) Timor-Leste (2003)
  Eropah
Jawatankuasa Olimpik Eropah 49 Perancis (1894) Montenegro (2007)
  Oceania
Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Oceania 17 Australia (1895) Tuvalu (2007)

Lihat rencana untuk setiap persatuan benua untuk senarai lengkap semua NOC.

Senarai NOC mengikut tahun diiktiraf

[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah senarai kronologi 205 NOC yang diiktirad Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, sejak ditubuhkan pada 1894. Kebanyakan jawatankuasa ini ditubuhkan bertahun-tahun sebelum diiktiraf secara rasmi, sementara banyak yang diterima terus setelah ditubuhkan. Bekas negara, kini tiada lagi (contohnya Kesatuan Soviet, Czechoslovakia, dll.), tidak disebutkan, kecuali negara-negara pemisahan mereka.

1894Perancis, Amerika Syarikat
1895Australia, Jerman, Yunani, Hungary
1900Norway
1905Denmark, United Kingdom
1906Belgium
1907Kanada, Finland
1909Portugal
1910Mesir
1911Turki
1912Austria, Jepun, Luxembourg, Belanda, Serbia[1], Sepanyol, Switzerland
1913Sweden
1914Romania
1915Itali
1919New Zealand, Poland
1922Ireland
1923Argentina, Mexico, Uruguay
1924Bulgaria, Haiti
1927India
1929Filipina
1934Chile
1935Brazil, Iceland, Liechtenstein, Venezuela
1936Afghanistan, Bermuda, Bolivia, Jamaica, Malta, Peru
1937Sri Lanka (dahulu Ceylon)
1947Guatemala, Iran, Myanmar (dahulu Burma), Panama, Korea Selatan (ditetapkan Korea oleh IOC)
1948Colombia, Guyana (dahulu Guyana United Kingdom), Iraq, Lubnan, Pakistan, Puerto Rico, Singapura, Syria, Trinidad dan Tobago
1950Antillen Belanda, Thailand
1951Hong Kong, Nigeria
1952Bahamas, Ghana (sebelumnya Pantai Emas), Indonesia, Israel
1953Monaco
1954Costa Rica, Cuba, Ethiopia, Malaysia (dahulu Malaya)
1955Barbados, Fiji, Kenya, Liberia
1956Honduras, Uganda
1957Korea Utara, Tunisia
1959Albania, Ecuador, Maghribi, Nicaragua, San Marino, Sudan, Suriname
1960Cina Taipei (Cina (1932-1948), Cina (Formosa) (1952), Republik China (1956-1960, 1972-1976), Taiwan (1964-1968))
1962Benin (dahulu Dahomey), Republik Dominican, El Salvador, Mongolia
1963Cameroon, Côte d'Ivoire (dahulu Pantai Gading), Jordan, Libya, Mali, Nepal, Senegal
1964Algeria, Chad, Madagaskar, Niger, Congo, Sierra Leone, Zambia
1965Republik Afrika Tengah, Guinea, Arab Saudi, Togo
1966Kuwait
1967Belize (dahulu Honduras United Kingdom), Kepulauan Virgin
1968Republik Demokratik Congo, Gabon, Malawi, Tanzania
1970Paraguay
1972Burkina Faso (dahulu Volta Hulu), Lesotho, Mauritius, Somalia, Swaziland
1974Papua New Guinea
1975Andorra
1976Antigua dan Barbuda, Kepulauan Cayman, Gambia
1978Cyprus
1979Bahrain, Laos, Mauritania, Mozambique, Republik Rakyat China (ditubuhkan 1952), Seychelles, Vietnam
1980Angola, Bangladesh, Botswana, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Zimbabwe
1981Yaman
1982Kepulauan Virgin British, Oman
1983Bhutan, Samoa (dahulu Samoa Barat), Kepulauan Solomon
1984Brunei, Djibouti, Guinea Khatulistiwa, Grenada, Rwanda, Tonga
1985Maldives
1986Aruba, Kepulauan Cook, Guam
1987Samoa Amerika, Saint Vincent dan Grenadine, Vanuatu
1991Estonia, Latvia, Lithuania, Namibia, Afrika Selatan
1993Armenia, Azerbaijan, Belarus, Bosnia dan Herzegovina, Burundi, Tanjung Verde, Comoros, Croatia, Republik Czech, Dominica, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Moldova, Macedonia, Rusia, Saint Kitts dan Nevis, Saint Lucia, São Tomé dan Príncipe, Slovakia, Slovenia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraina, Uzbekistan
1994Kemboja, Nauru
1995Guinea-Bissau, Palestin
1997Mikronesia
1999Eritrea, Palau
2003Kiribati, Timor-Leste
2006Kepulauan Marshall
2007Montenegro, Tuvalu

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan yang tidak diiktiraf

[sunting | sunting sumber]

Jawatankuasa Sukan dan Olimpik Macau: Ditubuhkan pada 1987, dan telah berusaha masuk dalam IOC sejak ditubuhkan, tetapi masih belum diiktiraf secara rasmi dan tiada ada atlet yang mengambil bahagian dalam Olimpik di bawah nama "Macau, China". Kepulauan Faroe bersaing dalam Sukan Paralimpik, tetapi belum turut serta dalam Olimpik.

NOC lain yang belum diiktiraf oleh NOC termasuk Catalan[2], Gibraltar British[3], Polinesia Perancis[4], Niue[5], Kosovo[6], Somaliland[7], New Caledonia[8], Kurdistan Iraq[9][10], Cyprus Utara[11], Abkhazia[12], Kepulauan Faroe[13], Anguilla, Montserrat, dan Kepulauan Turk & Caicos[14]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. "The Olympic Committee of Serbia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-23. Dicapai pada 2009-08-13.
  2. Freedom for Catalonia?: Catalan Nationalism, Spanish Identity and the Barcelona Olympic Games (Cambridge Cultural Social Sciences) (9780521586153): John Hargreaves: Books. Amazon.com. Retrieved on 2009-10-24.
  3. "Salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-27. Dicapai pada 2010-01-30.
  4. Article: Miss Tahiti 2003 stripped of her title. | AccessMyLibrary - Promoting library advocacy. AccessMyLibrary (2005-06-03). Retrieved on 2009-10-24.
  5. SportingPulse Homepage for Niue Island Sports Association and National Olympic Committee. Sportingpulse.com. Retrieved on 2009-10-24.
  6. Olympic Committee of Kosovo - Wikipedia, the free encyclopedia. En.wikipedia.org (2009-08-29). Retrieved on 2009-10-24.
  7. "Salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-18. Dicapai pada 2010-01-30.
  8. "Salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-16. Dicapai pada 2010-01-30.
  9. http://www.sportcountries.org/fileadmin/user_upload/documents/conference_2008/INSCRITS_DEFINITIU.pdf[pautan mati kekal]
  10. "Salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-30. Dicapai pada 2010-01-30.
  11. The ABC Republic: Abkhazia Attempts to Invent Itself - SPIEGEL ONLINE - News - International. Spiegel.de. Retrieved on 2009-10-24.
  12. "Salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-10. Dicapai pada 2010-01-30.
  13. "Salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-02. Dicapai pada 2010-01-30.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]