Malawi di Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Malawi di
Sukan Olimpik Musim Panas 2020
Kod IOCMAW
NOCMajlis Olimpik Malawi
Laman sesawangwww.moc.org.mw (dalam bahasa Inggeris)
di Tokyo, Jepun
Peserta5 dalam 4 sukan
Pembawa bendera Jessica Makwenda
Areneo David
Pingat
Emas
0
Perak
0
Gangsa
0
Jumlah
0
Penampilan Sukan Olimpik Musim Panas

Malawi telah menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Jepun. Kejohanan ini pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos 2020, tetapi ditangguhkan ke 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 akibat pandemik COVID-19.[1] Ia merupakan penyertaan ke-11 Malawi dalam Sukan Olimpik Musim Panas sejak 1972. Malawi juga tidak menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 1976 di Montreal dan Sukan Olimpik Musim Panas 1980 di Moscow masing-masing kerana boikot yang diadakan negara-negara Afrika dan Amerika Syarikat.

Peserta[sunting | sunting sumber]

Hanya lima orang atlet mewakili Malawi dalam empat sukan[2];

Sukan Lelaki Wanita Jumlah
Judo 0 1 1
Memanah 1 0 1
Olahraga 0 1 1
Renang 1 1 2
Jumlah 2 3 5

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Joint Statement from the International Olympic Committee and the Tokyo 2020 Organising Committee". Olympics (dalam bahasa Inggeris). 24 Mac 2020.
  2. ^ "Team Malawi - entries". olympics.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-31. Dicapai pada 2021-08-31.