Judo di Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Judo
di Sukan Olimpik XXXII
TempatNippon Bodukan
Tarikh24 - 31 Julai 2021
Bil. acara15
Pesaing393 dari 128 negara
← 2016
2024 →

Judo di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 telah diadakan pada 24 hingga 31 Julai 2021 di Nippon Bodukan, Tokyo. Sebanyak 15 acara dipertandingkan dengan tujuh acara lelaki dan wanita serta satu acara campuran.

Perlawanan ini pada mulanya dijadualkan berlangsung pada 2020 namun telah ditangguhkan kepada tahun 2021 akibat Pandemik COVID-19.[1]

Kelayakan[sunting | sunting sumber]

Sebanyak 393 atlet layak untuk menyertai perlawanan ini. Setiap negara boleh diwakili maksimum 14 orang atlet (satu acara seorang). Jepun mendapat satu kuota dalam setiap acara sebagai negara tuan rumah.

20 tempat disediakan kepada setiap negara melalui Jemputan Suruhanjaya Tiga Pihak. Atlet yang selebihnya pula menjalani proses kelayakan untuk mendapatkan satu tempat melalui senarai ranking dunia yang disediakan oleh Persekutuan Judo Antarabangsa pada 28 Jun 2021, dan dimuktamadkan pada 5 Julai 2021.

18 atlet terbaik dalam setiap acara layak secara langsung, walaupun setiap negara tertakluk kepada had satu acara seorang atlet. Jika sesebuah negara mempunyai lebih daripada seorang atlet yang berada dalam kedudukan 18 yang terbaik, negara itu boleh memutuskan atlet mereka yang mana yang akan mendapat kuota.

Kuota mengikut benua turut disediakan iaitu 13 lelaki dan 12 wanita bagi Eropah, 12 bagi kedua-dua jantina di Afrika, 10 lelaki dan 11 wanita bagi Amerika, 10 bagi kedua-dua jantina di Asia dan lima bagi kedua-dua jantina di Oceania. Kuota ini diberikan mengikut senarai atlet bagi setiap benua dalam setiap acara. Atlet yang terbaik layak secara bergilir-gilir, tertakluk kepada peraturan am satu acara seorang atlet bagi setiap negara dan peraturan tambahan iaitu setiap negara hanya boleh diwakili seorang atlet melalui sistem ini (bagi memastikan 100 negara berbeza diwakili melalui sistem ini).

Kelayakan acara campuran adalah berdasarkan negara yang mempunyai atlet yang mencukupi dalam setiap acara individu, untuk mempunyai pasukan yang terdiri daripada enam atlet yang memenuhi syarat khusus (seorang lelaki dan seorang wanita dalam setiap tiga bahagian).

Jadual[sunting | sunting sumber]

Q Penyingkiran & Suku akhir A Saringan, Separuh akhir, Penentuan pingat gangsa & emas
Jadual[2]
Tarikh
Acara
Sab 24 Aha 25 Isn 26 Sel 27 Rab 28 Kha 29 Jum 30 Sab 31
Lelaki
60 kg lelaki Q A
66 kg lelaki Q A
73 kg lelaki Q A
81 kg lelaki Q A
90 kg lelaki Q A
100 kg lelaki Q A
+100 kg lelaki Q A
Wanita
48 kg wanita Q A
52 kg wanita Q A
57 kg wanita Q A
63 kg wanita Q A
70 kg wanita Q A
78 kg wanita Q A
+78 kg wanita Q A
Berpasukan campuran
Berpasukan campuran Q A

Penyertaan negara[sunting | sunting sumber]

Source: [3]

Pungutan pingat[sunting | sunting sumber]

  *   Tuan rumah (Jepun)

Jadual pingat[4]
KedudukanNOCEmasPerakGangsaJumlah
1 Jepun*92112
2 Perancis2338
3 Kosovo2002
4 Georgia1304
5 Republik Czech1001
6 Jerman0123
 Korea Selatan0123
 Mongolia0123
9 Austria0112
10 Cuba0101
 Slovenia0101
 Taipei Cina0101
13 ROC0033
14 Brazil0022
 Itali0022
 Kanada0022
17 Azerbaijan0011
 Belanda0011
 Belgium0011
 Great Britain0011
 Hungary0011
 Israel0011
 Kazakhstan0011
 Portugal0011
 Ukraine0011
 Uzbekistan0011
Jumlah (26 NOC)15153060

Acara lelaki[sunting | sunting sumber]

Sukan Emas Perak Gangsa
60 kg Naohisa Takato
 Jepun
Yang Yung-wei
 Taipei Cina
Yeldos Smetov
 Kazakhstan
Luka Mkheidze
 Perancis
66 kg Hifumi Abe
 Jepun
Vazha Margvelashvili
 Georgia
An Baul
 Korea Selatan
Daniel Cargnin
 Brazil
73 kg Shohei Ono
 Jepun
Lasha Shavdatuashvili
 Georgia
An Changrim
 Korea Selatan
Tsend-Ochiryn Tsogtbaatar
 Mongolia
81 kg Takanori Nagase
 Jepun
Saeid Mollaei
 Mongolia
Shamil Borchashvili
 Austria
Matthias Casse
 Belgium
90 kg Lasha Bekauri
 Georgia
Eduard Trippel
 Jerman
Davlat Bobonov
 Uzbekistan
Krisztián Tóth
 Hungary
100 kg Aaron Wolf
 Jepun
Cho Gu-ham
 Korea Selatan
Jorge Fonseca
 Portugal
Niyaz Ilyasov
 ROC
+100 kg Lukáš Krpálek
 Republik Czech
Guram Tushishvili
 Georgia
Teddy Riner
 Perancis
Tamerlan Bashaev
 ROC

Acara wanita[sunting | sunting sumber]

Sukan Emas Perak Gangsa
48 kg Distria Krasniqi
 Kosovo
Funa Tonaki
 Jepun
Daria Bilodid
 Ukraine
Urantsetseg Munkhbat
 Mongolia
52 kg Uta Abe
 Jepun
Amandine Buchard
 Perancis
Odette Giuffrida
 Itali
Chelsie Giles
 Great Britain
57 kg Nora Gjakova
 Kosovo
Sarah-Léonie Cysique
 Perancis
Jessica Klimkait
 Kanada
Tsukasa Yoshida
 Jepun
63 kg Clarisse Agbegnenou
 Perancis
Tina Trstenjak
 Slovenia
Maria Centracchio
 Itali
Catherine Beauchemin-Pinard
 Kanada
70 kg Chizuru Arai
 Jepun
Michaela Polleres
 Austria
Madina Taimazova
 ROC
Sanne van Dijke
 Belanda
78 kg Shori Hamada
 Jepun
Madeleine Malonga
 Perancis
Anna-Maria Wagner
 Jerman
Mayra Aguiar
 Brazil
+78 kg Akira Sone
 Jepun
Idalys Ortiz
 Cuba
Iryna Kindzerska
 Azerbaijan
Romane Dicko
 Perancis

Acara campuran[sunting | sunting sumber]

Sukan Emas Perak Gangsa
Pasukan campuran  Perancis (FRA)
Clarisse Agbegnenou
Amandine Buchard
Guillaume Chaine
Axel Clerget
Sarah-Léonie Cysique
Romane Dicko
Alexandre Iddir
Kilian Le Blouch
Madeleine Malonga
Margaux Pinot
Teddy Riner
 Jepun (JPN)
Hifumi Abe
Uta Abe
Chizuru Arai
Shori Hamada
Hisayoshi Harasawa
Shoichiro Mukai
Takanori Nagase
Shohei Ono
Akira Sone
Miku Tashiro
Aaron Wolf
Tsukasa Yoshida
 Jerman (GER)
Johannes Frey
Karl-Richard Frey
Jasmin Grabowski
Katharina Menz
Dominic Ressel
Giovanna Scoccimarro
Sebastian Seidl
Theresa Stoll
Martyna Trajdos
Eduard Trippel
Anna-Maria Wagner
Igor Wandtke
 Israel (ISR)
Tohar Butbul
Raz Hershko
Li Kochman
Inbar Lanir
Sagi Muki
Timna Nelson-Levy
Peter Paltchik
Shira Rishony
Or Sasson
Gili Sharir
Baruch Shmailov

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Joint Statement from the International Olympic Committee and the Tokyo 2020 Organising Committee". Olympics (dalam bahasa Inggeris). 24 Mac 2020.
  2. ^ "Schedule - Judo Tokyo 2020 Olympics". Olympian Database (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Mac 2020.
  3. ^ "Olympic Games Tokyo 2020 — Nations". International Judo Federation. Dicapai pada 6 July 2021.
  4. ^ "Medal Standings - Judo Tokyo 2020 Olympics". Olympian Database (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 Februari 2022.