Ararat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Gunung Ararat)
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai gunung tertinggi di Turki. Untuk toponim berkenaan Bible, sila lihat Pergunungan Ararat.
Gunung Ararat
Spacer.gif
Ararat view from plane under Naxicivan Sharur.jpg
Ararat Kecil (kiri) dan Gunung Ararat (kanan)
Titik tertinggi
Ketinggian5,137 m (16,854 ka)
Tonjolan3,611 m (11,847 ka)
Pengasingan379 kilometer (235 mi)
SenaraiTitik tinggi negara
Ultra
Geografi
Gunung Ararat is located in Turki
Gunung Ararat
Gunung Ararat
Lokasi di Turki
LokasiBandar terdekat, laluan untuk pendaki:[note 1] Doğubayazıt, Wilayah Ağrı, Turki[1]
Geologi
Jenis gunungStratovolkano
Letusan terakhir1840[2]
Pendakian
Pendakian pertama1829
Dr. Friedrich Parrot dan
Khachatur Abovian[3]

Gunung Ararat (Turki: Ağrı Dağı; Armenia: Արարատ) atau juga dikenali sebagai Gunung Masis merupakan sebuah gunung berapi pendam yang bersalji di negara Turki. Ia mempunyai dua buah puncak gunung iaitu Ararat Besar dan Ararat Kecil. Ararat Besar adalah puncak tertinggi di Turki dan keseluruhan Tanah Tinggi Armenia dengan ketinggian 5,137 meter (16,854 ka) manakala ketinggian bagi Ararat Kecil pula adalah 3,896 meter (12,782 ka).

Garis pusat massif Ararat adalah 40 kilometer (25 mi). Sempadan Iran–Turki terletak di sedikit timur dari Ararat Kecil. Di kawasan itu, Konvensyen Tehran 1932 telah diadakan dimana perubahan sempadan antara dua negara yang memihak kepada Turki itu telah dibuat. Dengan perjanjian tersebut, Turki dibenarkan untuk menduduki kawasan rusuk timur Ararat Kecil.[5]

Gunung Ararat dalam tradisi Kristian–Yahudi mempunyai kaitan dengan "Pergunungan Ararat" di mana menurut kitab Kejadian, bahtera Nuh berlabuh di situ.

Gunung ini juga memainkan peranan penting dalam tradisi dan nasionalisme Armenia. Ia juga boleh dilihat pada lambang negara Armenia.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Laluan yang hanya dibenarkan untuk mendaki Ararat ialah Doğubayazıt, secara pilihan dengan kereta. Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan (2005).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]