Gunung Berinchang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gunung Berinchang
Gunung Berinchang
Gunung Berinchang
Titik tertinggi
Ketinggian 2,032 m (6,667 ka)
Koordinat 4°31′03″N 101°22′57″E / 4.517529°N 101.382503°E / 4.517529; 101.382503Koordinat: 4°31′03″N 101°22′57″E / 4.517529°N 101.382503°E / 4.517529; 101.382503
Geografi
Lokasi Pahang, Malaysia

Gunung Berinchang yang terletak di Cameron Highland, Pahang[1] mempunyai ketinggian setinggi 2,032 meter (6,664 kaki). Ia merupakan puncak bagi Tanah Tinggi Cameron. Terdapat sebuah stesen radio di atas puncak Gunung Berinchang.

Jalan masuk ke sana melalui Ladang Teh Blue Valley. Ada jalan tar menuju ke puncak Gunung Berinchang. Gunung Berinchang terletak bersebelahan dengan gunung Irau.[2]

Gunung Berinchang mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Permohonan permit[sunting | sunting sumber]

Gunung Berinchang di negeri Pahang sering menjadi tumpuan kepada aktiviti pendakian di kalangan pendaki dan ia terletak dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Pahang. Bagi menjalankan sebarang aktiviti dalam Hutan Simpanan Kekal, setiap pengunjung perlu mendapatkan permit memasuki Hutan Simpanan Kekal terlebih dahulu dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Permohonan permit boleh dibuat secara online di url http://forestry.pahang.gov.my/ekorimba. Sila muat turun Manual Pengguna terlebih dahulu dan membaca Panduan Menggunakan Sistem sebelum membuat permohonan online. Perkhidmatan bayaran secara online adalah tidak disediakan. Bayaran permit hendaklah disediakan dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Pahang dan diserahkan kepada PHD Cameron Highlands sebelum pendakian dan pada hari dan waktu berkerja.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]