Banjaran Titiwangsa
Koordinat: 5°58′11″N 101°19′37″E / 5.96985121639°N 101.326904297°E
Banjaran Titiwangsa بنجرن تيتيوڠسا | |
---|---|
![]() Sebahagian pemandangan bukit-bukau dari sistem Banjaran Titiwangsa, dilihat dari Kawasan Rehat Ulu Bernam, Selangor (Lebuhraya Utara Selatan jajaran utara, arah selatan) | |
Titik tertinggi | |
Puncak | Gunung Korbu |
Ketinggian | 2,187 m (7,175 ka) |
Dimensi | |
Panjang | 480 km (300 bt) NW/SE |
Lebar | 120 km (75 bt) NE/SW |
Geografi | |
Lokasi | Semenanjung Tanah Melayu |
Negara | ![]() ![]() |
Induk banjaran | Pergunungan Tenasserim |
Bersempadan dengan | Thailand/Malaysia |

Banjaran Titiwangsa (Jawi: بنجرن تيتيوڠسا ), sebutan dalam Bahasa Melayu: [ˈband͡ʒaˈran titiwaŋˈsa]) juga dikenali sebagai Banjaran Besar oleh penduduk tempatan, menganjur dari wilayah-wilayah Songkhla, Yala dan Narathiwat di selatan Thailand hingga ke Tampin di Negeri Sembilan, Semenanjung Malaysia. Bahagian banjaran di utara yang berdekatan dengan Thailand Selatan dikenali sebagai Banjaran Sankalakhiri (Bahasa Thai: ทิวเขาสันกาลาคีรี , Sebutan bahasa Thai: [tʰīw kʰǎw sǎn.kāːlāːkʰīːrīː]).
Panjang banjaran ini kira-kira 480 km manakala tingginya 700 meter hingga 2,100 meter dari aras laut, dengan Gunung Korbu di Perak sebagai kemuncak tertinggi.
Geografi[sunting | sunting sumber]

Banjaran Titiwangsa adalah sebahagian daripada Banjaran Tenasserim yang meliputi selatan Myanmar, selatan Thailand dan Semenanjung Malaysia. Banjaran ini bertindak sebagai tulang belakang Semenanjung Malaysia yang memisahkan pantai barat dengan pantai timur Semenanjung, selain menjadi legeh bagi sungai-sungai utama di semenanjung Malaysia. Pola saliran atau cara cawangan-cawangan sungai dicantumkan dengan sungai utama ialah pola saliran reranting.
Banjaran yang terpanjang di Malaysia ini menganjur dari selatan Thailand ke Negeri Sembilan, di mana Tampin merupakan titik penghujung keseluruhan jajaran utama banjaran itu secara geografi. Unjuran gugusan-gugusan inselberg (gunung atau bukit yang berdiri di kawasan tanah pamah dan tidak bersambung dengan banjaran utama) seterusnya menganjur ke selatan dari Melaka hingga ke Johor, dan kesemuanya terletak terpencil daripada jajaran utama banjaran tersebut.
Gunung Korbu di Perak merupakan gunung tertinggi di Banjaran Titiwangsa. Di sebelah utara pula, Gunung Ulu Titi Basah yang terletak di sempadan Malaysia - Thailand merupakan kemuncak tertinggi, dan Gunung Besar Hantu yang terletak di sempadan Negeri Sembilan - Pahang merupakan kemuncak tertinggi di bahagian selatan banjaran ini. Kemuncak-kemuncak penting yang lain adalah Gunung Yong Belar, Gunung Gayong, Gunung Yong Yap dan Gunung Chamah di sempadan Perak - Kelantan, Gunung Semangkok, Gunung Ulu Kali dan Gunung Nuang di sempadan Selangor - Pahang. Sementara Perak dan Selangor dipisahkan dari Kelantan dan Pahang sepanjang Banjaran Titiwangsa, banjaran itu membahagikan Negeri Sembilan menjadi dua kawasan, iaitu Negeri Sembilan Barat yang merangkumi daerah-daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau, dan Negeri Sembilan Timur yang terdiri daripada daerah-daerah Tampin, Kuala Pilah, Jempol dan Jelebu.
Kegiatan ekonomi[sunting | sunting sumber]
Pelancongan dan pertanian merupakan dua sektor ekonomi yang lazim giat dijalankan di sekitar banjaran ini, dengan tertubuhnya tiga buah pusat peranginan tanah tinggi utama iaitu Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting dan Bukit Fraser. Di sini juga dijalankan penanaman tanaman hawa sederhana seperti teh, bunga-bungaan dan sayur-sayuran.
Galeri[sunting | sunting sumber]
Muka bumi berbukit-bukau di sekitar Tasik Temenggor dan Taman Negeri Royal Belum, Perak.
Pemandangan Banjaran Titiwangsa dari Hentian Puncak Titiwangsa, Lebuhraya Timur-Barat, Perak.
Pemandangan Banjaran Titiwangsa dari puncak Gunung Chamah, Kelantan.
Bandar Sungai Siput, Perak, berlatarbelakangkan Banjaran Titiwangsa.
Pemandangan Banjaran Titiwangsa dari bandar raya Ipoh, Perak. Gunung Korbu, kemuncak tertinggi banjaran tersebut, juga boleh dilihat.
Pemandangan Banjaran Titiwangsa dari Gunung Suku, Perak.
Pemandangan Banjaran Titiwangsa sekitar Bukit Fraser, Pahang
Pemandangan Banjaran Titiwangsa dari Empangan Sungai Selangor di Kuala Kubu Bharu, Selangor
Pemandangan Banjaran Titiwangsa dari pusat bandar Batang Kali, Selangor
Pemandangan Banjaran Titiwangsa sekitar Tanah Tinggi Genting, Pahang
Kabus menyelimuti hutan hujan di Tanah Tinggi Genting, Pahang.
Pemandangan Banjaran Titiwangsa dari Plaza Tol Karak di Lebuhraya Pantai Timur, Pahang.
Pemandangan pusat bandar raya Kuala Lumpur, berlatarbelakangkan Banjaran Titiwangsa.
Pemandangan Banjaran Titiwangsa dari Seremban, Negeri Sembilan. Juga dapat dilihat adalah Gunung Angsi, Gunung Berembun dan Gunung Telapak Buruk.
Pemandangan Banjaran Titiwangsa dari bandar Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Istana Lama Seri Menanti, Seri Menanti, Negeri Sembilan, berlatarbelakangkan Banjaran Titiwangsa.
Pemandangan Banjaran Titiwangsa dari Kota, Negeri Sembilan, dengan Gunung Datuk dapat dilihat di sebelah kanan gambar.
Gunung Tampin, Negeri Sembilan, penghujung selatan Banjaran Titiwangsa. Dilihat dari Pulau Sebang, Melaka.
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
http://tra3001.spp.moe.edu.my/file.php/1/BahanBPG/Geografi%20Form%201/Maheran%20Bt%20Baharum/BahanBantuMengajar/Peta%20Lokasi%20Tanah%20Tinggi.htm[pautan mati kekal]