Gunung berapi Acotango

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Acotango
Volcan Acotango and Cerro Capurata.jpg
Gunung berapi Acotango (kiri) dan gunung berapi Capurata (kanan)
Titik tertinggi
Ketinggian6,052 m (19,856 ka)
Tonjolan1,000 metre (3,300 ka)
Pengasingan5 kilometre (3.1 mi)
Geografi
Ralat Lua pada baris 502 di Modul:Location_map: Tidak dapat mencari takrif peta lokasi yang diperincikan: "Modul:Peta lokasi/data/Bolivia" tidak wujud.
Induk banjaranAndes
Geologi
Jenis gunungGunung berapi stratovo
Letusan terakhirtidak diketahui - dalam 10,000 tahun terakhir
Pendakian
Pendakian pertama1965 Club Andino de Chile
Laluan paling mudahpendakian salji/ais

Gunung berapi Acotango merupakan yang ditengah dan tertinggi dalam kumpulan gunung berapi strato yang merentasi sempadan Bolivia dan Chile. Ia memiliki ketinggian 6,052 metre (19,856 ka). Kumpulan ini dikenali sebagai Kimsa Chata dan terdiri daripada tiga gunung: gunung berapi Acotango, gunung berapi Umurata (5,730 metre (18,799 ka)) di utaranya dan gunung berapi Cerro Capurata (5,990 metre (19,652 ka)) di selatannya.

Kumpulan gunung berapi itu terletak di sepanjang jajaran utara-selatan. Gunung berapi Acotango banyak mengalami hakisan, tetapi aliran lava di sebelah utara adalah morfologi muda, menunjukkan Acotango aktif pada zaman Holocene.[1]

Gunung berapi ini merupakan laluan mendaki popular di Taman Negara Sajama dan Taman Negara Lauca. Untuk mendaki puncak dari sebelah Chile adalah merbahaya kerana periuk api, tetapi ia adalah agak selamat untuk mendaki puncak dari sebelah Bolivia.[2] Pendakian dari selatan bermula melalui glasier dan melepasi lombong tembaga terbengkalai.

Adalah dipercayai bahawa Pedro Rosende, seorang penjelajah Chile, menemui sisa kayu api di puncak gunung berapi Acotango. Oleh kerana itu, ia dipercayai bahawa gunung itu mungkin telah menjadi salah satu daripada kawasan perlindungan Andean Incan tinggi. Walau bagaimanapun, lebih banyak penerokaan diperlukan untuk mengesahkan maklumat ini.[3]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Acotango Volcano" nd Volcano Discovery http://www.volcanodiscovery.com/acotango.html
  2. ^ Andean Summits 2013 Acotango;One of the triplets http://www.andeansummits.com/content/acotango-one-tripplets
  3. ^ Chiles 6000 nd Volcan Acotango South Face http://www.los6000dechile.cl/pdf/bch_cumbres_03_acotango.pdf


Templat:Oruro-geo-stub Templat:AricaParinacota-geo-stub