Banjaran Gunung Andes
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Sepanyol. (Jan 2026)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|

Banjaran Andes (Sepanyol: cordillera de los Andes dari Quechua: Anti suyu urqukuna 'pergunungan Antisuyu') membentuk jajaran pergunungan terbuka yang terpanjang di dunia.[1][2] Pergunungan ini terbentang sebagai satu rangkaian tanah tinggi yang berterusan sepanjang pantai barat Amerika Selatan. Ia berukuran melebihi 7,000 km panjang, 250-750 km lebar di beberapa tempat (paling lebar di latitud 18º hingga ke 20º S) dan purata 4,000 m tinggi.[3] Keseluruhan gegunang merangkumi 2.87 juta kilometer persegi.[4]
Banjaran ini terdiri daripada dua rangkaian pergunungan utama iaitu kordilera timur dan barat. Kedua-duanya dipisahkan oleh satu lekukan pertengahan yang dalam yang membentuk beberapa rangkaian kecil lain. Salah satu daripadanya ialah kordilera pinggir laut Chile. Kordilera ini bermula dari peghujung benua Amerika Selatan dan melunjur ke arah utara sejajar dengan pinggir laut. Rangkaian pergunungan ini dipecahkan menjadi pulau-pulau kecil di permulaannya. Selepas itu, ia membentuk sempadan bahagian barat lembah besar Chile. Ke utara, jajaran pinggir laut ini bersambung membentuk beberapa permatang kecil atau bukit-bukau yang terpencil sepanjang Lautan Pasifik sehingga sejauh Venezuela. Pergunungan ini melalui sejumlah tujuh buah negara iaitu Argentina, Bolivia, Chile, Colombia, Ecuador, Peru dan Venezuela.[3] Manusia mula jejak bertapak di kawasan gegunang ini dari 12 alaf dahulu.[5]
Banjaran ini diukur sebagai rangkaian pergunungan tertinggi di luar benua Asia. Puncak paling tinggi, iaitu Aconcagua berdiri setinggi 6,962 m di atas paras laut. Sementara itu, puncak Gunung Chimborazo di Ecuador pula ialah kedudukan di muka bumi yang paling jauh dari pusatnya yang terbentuk akibat bonjol khatulistiwa.
Nama
[sunting | sunting sumber]Nama Sepanyol Andes mula tercatat dalam kamus bahasa Quechua tahun 1586,[6] ia didatangkan dari nama wilayah Antisuyu diterangkan Gómez Suárez de Figueroa dalam buku Comentarios Reales de los Incas:
Los reyes Incas dividieron su imperio en cuatro partes que llamaron Tihuantin-Suyu, que quiere decir “Las cuatro partes del mundo” conforme a las cuatro partes principales del cielo: oriente, poniente, septentrión y mediodía. Pusieron a la parte oriente Antisuyo, por una provincia llamada Anti que está al oriente, por la cual también llaman Anti a toda aquella cordillera de sierra nevada que pasa a oriente del Perú.
("Raja-Raja Inka membahagikan kerajaan mereka kepada empat yang dipanggil Tihuantin-Suyu bererti "Empat Belah Dunia" menurut empat mata angin: timur, barat, utara dan selatan. Mereka memanggil bahagian timur Antisuyu, sempena kawasan Anti terletak di timur, dan mereka juga memanggil Anti ke atas seluruh banjaran dilitip salji terletak di timur Peru")
Antisuyo difaham ramai kepada anti 'timur'[7][8] Namun, kamus gubahan paderi Jesuit Diego González Holguín mentakrif anti dan anteruna dalam kamus sebagai penghuni gegunang ini.[9]
Ciri-ciri fizikal
[sunting | sunting sumber]
Banjaran Andes boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu Andes Selatan di Argentina dan Chile, Andes Tengah meliputi kordilera di Chile, Peru serta sebahagian daripada Bolivia dan Andes Utara di Venezuela, Colombia dan utara Ecuador termasuk Kordilera Timur dan Kordilera Barat. Di Colombia, banjaran ini berpecah kepada tiga rangkaian selari iaitu di bahagian barat, tengah dan timur. Sistem di bahagian timur merupakan satu-satunya yang melunjur ke Venezuela. Kelebarannya diukur sekitar 200-300 km sepanjang banjaran ini, kecuali fleksur Bolivia yang mencatatkan ukuran sepanjang 640 km. Pulau-pulau seperti Aruba, Bonaire dan Curaçao yang terletak di Laut Caribbean di pinggir laut Venezuela, merupakan puncak-puncak pergunungan Andes yang ditenggelami air.
Geologi
[sunting | sunting sumber]Banjaran Andes secara asasnya terhasil oleh proses plat tektonik, yang dibentuk oleh pembenaman plat Nazca di bawah plat Amerika Selatan. Sempadan dua plat ini menghasilkan jurang Peru-Chile.
Pembentukan Andes dikatakan bermula sejak zaman Jura lagi. Tetapi bentuk yang ada sekarang boleh dikesan sejak zaman Batu Kapur. Ia terhasil daripada kenaikan, geseran (atau sesaran) dan lipatan batuan enapan dan metmorf pada kraton purba di bahagian timur. Daya-daya tektonik sepanjang zon benam di seluruh pantai barat Amerika Selatan, di kawasan pertemuan plat Nazca dan sebahagian plat Antartika yang menggelongsor di bawah plat Amerika Selatan, terus-menerus menghasilkan gerakan orogeni yang menyebabkan kejadian gempa bumi kecil dan besar serta letusan gunung berapi sehingga ke hari ini. Betul-betul di bahagian paling selatan wujud satu sesar jelmaan yang memisahkan Tierra del Fuego dengan plat Scotia yang kecil. Merentasi laluan Drake yang berkelebaran sehingga 1000 km, terbentang pergunungan Semenanjung Antartika, di selatan plat Scotia yang wujud sebagai kesinambungan daripada rangkaian pergunungan Andes.
Banjaran ini memiliki banyak gunung berapi termasuk Cotopaxi, salah satu daripada gunung berapi aktif tertinggi di dunia.
Iklim
[sunting | sunting sumber]Iklim di Banjaran Andes adalah berbeza-beza bergantung kepada kedudukan, ketinggian dan jarak dengan laut. Bahagian selatan adalah sejuk dan kerap hujan manakala bahagian tengah agak kering. Utara Andes juga kerap hujan tetapi panas dengan purata suhu mencecah 18 °C di Colombia misalnya. Cuaca pula sering berubah dengan mendadak. Hutan hujan boleh didapati tidak berapa jauh daripada puncak gunung Cotopaxi yang dilitupi salji. Gunung-ganang turut mempunyai kesan terhadap suhu di kawasan persekitarannya.
Puncak gunung
[sunting | sunting sumber]

Puncak tertinggi banjaran Andes ialah Aconcagua. Puncak ini memiliki ketinggian 6,962 m. Ia terletak di Argentina, berdekatan sempadannya dengan Chile.
Puncak penting yang lain
[sunting | sunting sumber]- Nevado Huascarán, 6,768 m (Peru)
- Alpamayo, 5,947 m (Peru)
- Nevado Yerupajá, 6,634 m (Peru)
- Sajama, 6,542 m (Bolivia)
- Nevado Illimani, 6,483 m (Bolivia)
- Cerro Torre, 3,133 m (Argentinia)
Gunung berapi
[sunting | sunting sumber]Banjaran ini dan beberapa kordilera di Amerika Tengah yang tergolong di dalam sistem pergunungan Pasifik turut menyaksikan aktiviti-aktiviti gunung berapi dan seismos. Puncak-puncak gunung berapi tertinggi di dunia juga terletak di banjaran ini, seperti Monte Pissis, Argentina dengan ketinggian 6,795 m dan Ojos del Salado, Argenitna-Chile dengan ketinggian 6,864 m. Ciri-ciri unik kawasan gunung berapi seperti fumarol, solfatara dan geiser boleh ditemui dengan kerap di sini.
Gunung berapi aktif
[sunting | sunting sumber]- Cotopaxi, 5,897 m (Ecuador)
- Tungurahua, 5,010 m (Ecuador)
- Pichincha, 4,784 m (Ecuador)
- Villarrica, 2,840 m (Chile)
Lain-lain
[sunting | sunting sumber]- Ojos del Salado, 6,893 m (Argentina/Chile)
- Llullaillaco, 6,723 m (Argentina/Chile)
- Cerro Bonete, 6,759 m (Argentina)
- Tres Cruces, 6,749 m (Argentina/Chile)
- Walther Penck - dahulu dikenali sebagai Cazadero, 6,659 m (Argentina)
- Incahuasi, 6,638 m (Argentina/Chile)
- Tupungato, 6,800 m, 6,570 m, 6,500 m (Argentina/Chile)
- Nevado Coropuna, 6,426 m (Peru)
- Ubinas, 5,675 m (Peru)
- Chimborazo, 6,310 m (Ecuador)
- Osorno, 2,652 m (Chile)
- Sierra Nevada de Lagunas Bravas, 6,127 m (Chile/Argentina)
- Lanín, 3,747 m (Argentina)
- Uturunco, 6,010 m (Boliva)
- Licancabur, 5,916 m (Boliva/Chile)
- Misti, 5,822 m (Peru)
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Jajaran pergunungan terpanjang di dunia ialah Permatang samudera, yang mempunyai panjang sekitar 80,000 km.
- ^ Guerrero, Ana Lía; Gallucci, Soledad; Michalijos, Paula; Visciarelli, Stella Maris (2011). «Países Andinos: aportes teóricos para un abordaje integrado desde las perspectivas geográfica y turística». Huellas (15): 125
- ^ a b Orme, Anthony R. (2007). "The Tectonic Framework of South America" . In Thomas T. Veblen, Kenneth R. Young, & A.R. Orme, ed. The Physical Geography of South America . Oxford University Press. p. 12. ISBN 978-0-19-531341-3.
- ^ Cordillera de Los Andes, una oportunidad para la integración y desarrollo de América del Sur. Organización de las Naciones Unidas para la Alimentación y la Agricultura (FAO). 2014. m/s.. 10.
- ^ Sampedro, Javier (23 de octubre de 2014). «La humanidad conquistó las alturas de los Andes hace 12.000 años». El Pais.
- ^ Blas Valera, (1586, cetakan semula 2014). Arte y vocabulario en la lengua general del Perú (R. Cerrón-Palomino, R. Bendezú Araujo & D. Torres Menchola, Eds.). Lima: PUCP, m/s. 51, s.v. anti.
- ^ Laime Ajacopa, Teófilo (2007). Diccionario bilingüe Quechua-Castellano (edisi ke-2). La Paz Bolivia. p. 13.
- ^ Latorre, Guillermo (1997). «Tendencias generales en la toponimia del Norte Grande de Chile». Onomázein (Santiago: Univ. Católica de Chile): 186-187
- ^ González Holguín, D. (1608). Vocabvlario de la lengva general de todo el Perv llamada lengua Qquichua o del Inca. Lima: Francisco del Canto.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- John Biggar, The Andes: A Guide For Climbers, 3rd. edition, 2005, ISBN 0-9536087-2-7
- Tui de Roy, The Andes: As the Condor Flies. 2005, ISBN 1-55407-070-8
- Fjeldså, J., & N. Krabbe (1990). The Birds of the High Andes. Zoological Museum, University of Copenhagen, Copenhagen. ISBN 87-88757-16-1
- Fjeldså, J. & M. Kessler. 1996. Conserving the biological diversity of Polylepis woodlands of the highlands on Peru and Bolivia, a contribution to sustainable natural resource management in the Andes. NORDECO, Copenhagen.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Banjaran Gunung Andes. |
- Andes geology (University of Arizona) Diarkibkan 2005-09-22 di Wayback Machine
- Climate and animal life of the Andes Diarkibkan 2007-12-14 di Wayback Machine
- Regions and Microclimates in the Andes
- http://www.peaklist.org/WWlists/ultras/southamerica.html Complete list of mountains in South America with a prominence of at least 1,500 m (4,920 ka)