Pergi ke kandungan

Hadiah Sastera Perdana Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hadiah Sastera Perdana Malaysia
JenisAnugerah Sunting nilai ini di Wikidata
LokasiKuala Lumpur
NegaraMalaysia
Disampaikan olehDewan Bahasa dan Pustaka
Kali pertamasejak 1971
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) atau pada awalnya dikenali dengan nama Hadiah Karya Sastera (HKS) merupakan cetusan ilham Tun Abdul Razak Hussein mantan Perdana Menteri Malaysia. [1]

Hadiah Karya Sastera diperkenalkan pada tahun 1971 melalui Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Allahyarham YAB Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia ketika itu prihatin untuk meningkatkan mutu karya kesusasteraan negara dan sebagai memberikan galakan kepada setiap karya yang memenangi hadiah. Bagi melaksanakannya, sebuah panel telah ditubuhkan pada 24 Julai 1971, untuk menilai dan meneliti genre karya sastera dalam bentuk novel, cerita pendek, sajak (antologi dan stensilan) dan drama yang dipertontonkan kepada umum sepanjang tahun 1971. Panel terdiri daripada penulis, peneliti dan pengkaji Kesusasteraan Melayu, diketuai oleh YBhg. Tan Sri Ghazali Shafie sebagai pengerusi.

Pada awalnya, Hadiah Karya Sastera diadakan pada setiap tahun, iaitu dari tahun 1971 hingga 1976. Sebanyak 1,374 buah sajak, 294 buah cerpen, tujuh buah novel dan empat buah drama telah dinilai. Karya yang dinilai adalah karya yang memiliki ciri-ciri universal dan bertunjangkan nilai masyarakat Malaysia. Pengkategorian terbahagi kepada beberapa kategori seperti sajak, cerpen, antologi sajak, drama dua babak, novel dan penulisan esei/kritikan sastera. Anugerah pertama ini telah memberikan pengiktirafan kepada 30 orang penulis, antaranya, Ahmad Sarju (kategori puisi), Khadijah Hashim (kategori cerpen) dan Azizi Haji Abdullah (kategori novel).

Nama Hadiah Karya Sastera ditukar kepada Hadiah Sastera Malaysia dan dikekalkan sehingga tahun 1995. Pada tahun 1996 namanya ditukarkan kepada Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) dan kekal sehingga ke hari ini. Sejak 2012, ianya telah dilaksanakan secara tahunan atas cadangan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ia merupakan pengiktirafan tertinggi kerajaan Malaysia melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dengan tujuan meningkatkan daya saing antara penulis untuk menghasilkan karya sastera dalam Bahasa Melayu yang bermutu tinggi.[2]

Senarai pemenang mengikut tahun

[sunting | sunting sumber]
Tahun Kategori Karya Penulis Penerbit/Nota
1984/1985 Kumpulan Cerpen Terima Kasih Tuhanku Baharuddin Kahar
1992/1993 Novel Dari Dalam Cermin Azmah Nordin
Kumpulan Cerpen Yuda Zaen Kasturi DBP
1994/1995 Kumpulan Cerpen Merengkuh Langit SM Zakir DBP
Kumpulan Puisi Pujangga Tidak Bernama Zurinah Hassan DBP
1996/1997 Novel Menongkah Lumrah Azmah Nordin
Kumpulan Cerpen Sang Tahanan Abdullah Tahir
Kumpulan Puisi Petang Condong T. Alias Taib
Novel Kanak-kanak Anak-anak Bertuah Ismail Restu
Kumpulan Cerpen Kanak-kanak Si Kecil Berhati Mulia Ghazali Ngah Azia DBP
Kumpulan Cerpen Remaja Warna-Warna Pelangi Timur Shahriza Abdul Rahman DBP
1998/1999 Kumpulan Puisi Mim Kemala DBP
2000/2001 Novel Lamunan Puitis: Sebuah Trilogi Shahnon Ahmad DBP
Novel Remaja Bukan Legasi Lalang Sri Rahayu Mohd Yusop UP&D
Kumpulan Cerpen Naratif Ogonshoto Anwar Ridhwan
Kumpulan Cerpen Remaja Kasih Seputih Kemboja Azmah Nordin DBP
Kumpulan Puisi Membentuk Elok di Teluk Esok Zainal Abidin Suhaili DBP
Kumpulan Puisi Remaja Aku Hanya Mahu ke Seberang Hashim Yaacob Pekan Ilmu
2002/2003 Novel Bahasa Senjata Sahrunizam Abdul Talib DPMP
Novel Remaja Trilogi Cinta Siti Jasmina Ibrahim UP&D
Novel Kanak-kanak Memori Atiah Awang Abdullah
Kumpulan Cerpen Mekar Sakura di Mimbar Cinta Ilham Hamdani
Kumpulan Cerpen Remaja Gamitan Lausanne Baharudin A. Manan
Kumpulan Puisi Bahasa Senjata Sahrunizam Abdul Talib DPMP
Kumpulan Puisi Remaja Memetik Mawar Lim Swee Tin
2004/2005 Novel Armagedon Jilid 1: Mandala Arena Wati
Novel Remaja Adam Baharudin Kahar DBP
Kumpulan Puisi Salju Shibuya Muhammad Haji Salleh
2006/2007 Novel Bedar Sukma Bisu Faisal Tehrani DBP
Novel Remaja Manikam Kalbu Faisal Tehrani DBP
Novel Kanak-kanak Azrul Wira Anak Laut Hassan Omar
Kumpulan Cerpen Mekar Sakura di Mimbar Cinta Ilham Hamdani
Kumpulan Puisi Kristal di Laut Bulan Siti Zaleha Hashim DBP
2008/2009 Novel Daun Malim Ghozali PK DBP
Novel Kanak-kanak Umairah dan Kuda Putih Kusyi Hirdan
Kumpulan Cerpen Bayangan Silam Osman Ayob DBP
Kumpulan Puisi Kanak-kanak Dari Jendela Terbuka Anis
Kumpulan Puisi Remaja Umpama Mutiara Nawawee Mohammad DBP
2010/2011 Novel Baldatun Thoiyyibatun – Pelita Dalam Kaca
Novel Remaja Bimasakti Menari Sri Rahayu Mohd Yusop UP&D
Novel Kanak-kanak Beruk Azizi Hj Abdullah Amen Kreatif
Kumpulan Cerpen Serigala dan Sekuntum Tulib SM Zakir DBP
Kumpulan Puisi Khazanah Segala Rimba Marzuki Ali DBP
Kumpulan Puisi Kanak-kanak Pantun dan Syair Muda@Daud Yusof DBP
2012 Novel Penyeberang Sempadan Anwar Ridhwan UP&D
Novel Remaja Ke Pulau Sebatik 1 Nur Mustika ITBM
Kumpulan Cerpen Selamat Datang ke Malaywood Roslan Jomel ITBM
Kumpulan Cerpen Remaja Inspirasi Cinta Rozninah Abd Azib ITBM
Kumpulan Puisi Alien Menchari Chinta Ramzah Dambul ITBM
Buku Bergambar Di Mana Sebelah Lagi Razisatul Asyifah Ismail Cerdik Publication
2013 Novel Qalam Kalbu Sri Rahayu Mohd Yusop ITBM
Novel Remaja Sepetang di Kafe Biblioholic Ainunl Muaiyanah Sulaiman JS Adiwarna
Novel Kanak-kanak Suteki Da Ne Aleena Mass Ruhaiza Ali ITBM
Kumpulan Cerpen Hujan Hujung Januari Rebecca Ilham ITBM
Kumpulan Cerpen Kanak-kanak E-mel dari Shinjuku Ariff Mohamad DBP
Kumpulan Puisi Tercipta dari Tanya Anwar Ridhwan ITBM
Kumpulan Puisi Kanak-kanak Pesanan Pendeta Mahaya Mohd Yassin ITBM
Kumpulan Drama Mimpi Laila Amelia Hashim ITBM
2014 Novel Nenek Razali Endut ITBM
Novel Remaja Gerbang Raudhah Rohaidah Yon DBP
Novel Kanak-kanak ...Rahsia Dhia! Zainun Mustapha DBP
Kumpulan Cerpen Langit Tidak Berbintang di Ulu Slim Malim Ghozali PK DBP
Kumpulan Cerpen Remaja Tetamu Istimewa Mohd Helmi Ahmad ITBM
Kumpulan Puisi Kanak-kanak Sakura Mahaya Mohd Yassin DBP
Buku Bergambar Di Mana Sebelah Lagi Razisatul Asyifah Ismail Cerdik Publication
2015/2016 Novel Bukan Orang-orang Hafizah Iszahanid ITBM
Novel Remaja Empunya Kalbu Sri Rahayu Mohd Yusop UP&D
Novel Kanak-kanak Iqbal Membina Jaya Radzemah Bolhassan DBP
Kumpulan Cerpen Cerita Monyet, Anjing dan Pohon Ginkgo Jasni Matlani ITBM
Kumpulan Cerpen Kanak-kanak Anak Wawasan Muhammad Irfan Nyia Abdullah DBP
Kumpulan Puisi 77 Tuju Zaen Kasturi ITBM
Kumpulan Puisi Remaja Madu di Tangan Mohd Helmi Ahmad ITBM
Kumpulan Drama Bangau Oh Bangau Azmizi Zakaria DBP
Buku Bergambar Tapir dengan Kotak Ajaib Mohd Norazmi Mohd Mokhtar DBP
2017/2018 Novel Hari-hari Terakhir di Jesselton Ruhaini Matdarin [3]
Kumpulan Cerpen Roden yang Cenderung untuk Bunuh Diri Roslan Jomel
Kumpulan Puisi Sepasang Sayap di Bahu Muzaf Ahmad Kata-pilar

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]