Shahnon Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Shahnon Ahmad
Shahnon Ahmad bersama isterinya Wan Fatimah (belakang) pada tahun 2012
Info kelahiran (1933-01-13)13 Januari 1933
Sik, Kedah
Kematian 26 Disember 2017(2017-12-26) (umur 84)
Kajang, Selangor
Bahasa Bahasa Melayu
Warganegara  Malaysia
Etnik Melayu
Anugerah Sasterawan Negara

Profesor Emeritus Dato' Dr. Haji Shahnon bin Ahmad (13 Januari 1933 - 26 Disember 2017) [1] adalah seorang penulis Malaysia yang mendapat gelaran Sasterawan Negara pada 1982 serta merupakan bekas Ahli Parlimen. Beliau juga merupakan seorang Profesor Emeritus di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Shanon bin Ahmad (atau nama penanya Juwahir, Tutang) dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Banggul Derdap, Sik, Kedah. Ayahnya, Ahmad Abu Bakar, berasal dari bandar Medan di Hindia Timur Belanda (kini Indonesia) manakala ibunya Kelsum Mohd Saman berketurunan Melayu Pattani di mana keluarganya berhijrah ke Tanah Melayu dari Kampung Poseng, Siam pada lewat kurun ke-19. [2] Ayahnya mula-mula bekerja sebagai kakitangan dalam Jabatan Juruukur dan posmen sebelum diupah tentera British sebagai perisik mengintip pergerakan askar Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua.[2]

Pendidikan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Shahnon bersekolah di Sekolah Melayu di Sik dan lulus darjah 5 (1946) ; Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar hingga lulus Sijil Persekolahan.

Beliau bertugas sebagai guru di Grammer English School di Kuala Terengganu pada tahun 1954, kemudiannya sebagai Pegawai Tentera di Port Dickson, Negeri Sembilan dari tahun 1955 hingga 1956). Kecederaan yang dialaminya menyebabkan beliau menjadi guru semula dan mengajar bahasa Inggeris di Sekolah Melayu Gunung dan Sekolah Bukit Besar, Kedah (1957-1959).

Shahnon menjadi guru bahasa di Maktab Sultan Abdul Hamid dari tahun 1960 hingga 1963 sebelum berpindah ke Jenan untuk mengajar kesusasteraan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Halim pada 1967. Beliau melanjutkan pengajiannya di Uinversiti Kebangsaan Australia di Canberra, Australia serta berkhidmat sebagai seorang pegawai penyelidik. Di sana jugalah beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda pada tahun 1971.

Beliau bekerja sebagai seorang pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim sebelum berpindah ke Universiti Sains Malaysia pada 1974m di mana beliau memperolehi Sarjana Sastera USM setahun kemudian. Pada tahun 1979, beliau dilantik menjadi Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan universiti tersebut pada 1979, Profesor Sastera USM pada Jun 1980 dan kemudiannya profesor penuh di USM dua tahun kemudian, serta Pengarah Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia.

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Beliau banyak membaca karya novelis Indonesia Pramoedya Ananta Toer dan Patrick White.


Sejak 1956 beliau mula menulis dan sentuhannya tentang masyarakat cukup dirasakan dan mulanya berbentuk sinis dan seks. Karya awalnya berupa terjemahan tersiar dalam majalah Mastika dan menghasilkan cerpen, novel, esei serta kritikan. Namun beliau canggung menghasilkan puisi dan drama. Beliau menyingkap penderitaan manusia desa dan kehidupan di bandar-bandar.

Novel pertamanya 'Rentong' (1965) menaikkan namanya. Novel keduanya berjudul Terdedah . Novel ketiga 'Ranjau Sepanjang Jalan' dijadikan teks sastera tingkatan enam dan diangkat menjadi sebuah filem (1983) oleh penerbit / pengarah filem, Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin. Dua novel ini merupakan kemuncak kerjaya novelis ini.Ranjau Sepanjang Jalan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Adibah Amin dengan judul No Harvest But A Thorn. Panel The Sydney Morning Herald (1973) mengangkat novel ini satu daripada 10 novel menarik tahun 1972. Ranjau Sepanjang Jalan (1966)—yang telah diadaptasi semula ke filem yang dipanggil Rice People arahan pengarah filem Kemboja, Rithy Panh, Rentong (1965), Srengenge (1973) yang telah memenangi anugerah Novel Tahunan Malaysia pada tahun 1970, serta Terdedah (1965).


Melalui novel Rentong , beliau cuba menganalisis masyarakat desa yang amat memerlukan pembangunan. Kisah perjuangan petani miskin di kampungnya Banggul Derdap melalui watak Dogol, Semaun, Pak Senik, Jeha, dan Lahuma.Orang kampung dengan segala kesederhanaan mereka untuk mencari rezeki yang halal, di samping menyerahkan dirinya bulat-bulat kepada Allah.

Novel Protes berkisar tentang ketuhanan. novel Menteri dan Perdana berkisar tentang soal politik orang Melayu. Gaya bahasa dan teknik penulisan yang bersahaja. loghat Kedah, perulangan ayat dan teknik perbandingan dapat meninggalkan kesan.

Novel Serengenge (1973) diangkat sebagai novel terbaik oleh Panel Hadiah Karya Sastera 1973. Novel ini memaparkan sintesis antara kepercayaan tradisi dengan ilmu psikologi moden. Tahun 1985, beliau menghasilkan novel Al-Shiqaq I.


Cerpennya memenangi Hadiah Karya Sastera. Antaranya antologi cerpen Anjing-anjing, Debu Mereh, dan Selesai Sudah. Beberapa cerpennya diterbitkan bersama penulis lain. Cerpen beliau yang tersiar dalam Berita Harian dan Mastika mendapat hadiah RM100.00 (1960-an). Tahun 1974, Shahnon memenangi Hadiah Karya Sastera dalam bidang esei dan kritikan pula.

Polemik sastera Islam[sunting | sunting sumber]

Beliau mula ke arah Islam dan keislaman.Polemik Shahnon dengan penulis Kassim Ahmad mengenai takrif Sastera Islam tersiar dalam majalah Dewan Sastera pada tahun 1984 dan akhbar Mingguan Malaysia. Beliau juga pernah ikut jemaah Al Arqam dan pengalamannya itu ditulis dalam novel 'Tok Guru'.[3]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Shahnon juga merupakan pernah menjadi ahli politik pembangkang dalam PAS. Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1999, beliau menang bertanding di kerusi parlimen P13 Sik dengan majoriti 478 undi. Beliau mendapat 13504 undi sementara Tan Sri Abdul Hamid Othman (BN - UMNO) mendapat 13026 undi sahaja. Isu utama ketika itu ialah pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai TPM pada 1998. Namun, beliau tidak bertanding dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2004 kerana uzur yang menyaksikan PAS kehilangan kerusi tersebut kepada BN.[4]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia disebabkan penyakit pneumonia pada usia 84 tahun, pada jam 8 pagi hari 26 Disember 2017 di Hospital KPJ Kajang, Selangor;[5] Beliau meninggalkan isterinya Wan Fatimah yang berusia 82, 4 orang anak antara usia 54 dan 58 tahun, 14 orang cucu dan tiga orang cicit.[6] Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi pada keesokan harinya.[6]

Karya[sunting | sunting sumber]

Novel[sunting | sunting sumber]

  1. Rentong, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1965, 123 hlm.
  2. Terdedah, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1965, 116 hlm.
  3. Ranjau Sepanjang Jalan, Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu (M) Bhd., 1966, 188 hlm.
  4. Menteri, Alor Setar: Dinas Penerbitan Pustaka Sekolah, 1967, 119 hlm.
  5. Protes, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1967, 161 hlm.
  6. Perdana, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 213 hlm.
  7. Srengenge, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1973, 233 hlm.
  8. Sampah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974, 65 hlm.
  9. Kemelut, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1977, 156 hlm.
  10. Seluang Menodak Baung, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd., 1978, 304 hlm.
  11. Al-Syiqaq I, Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1985, 427 hlm.
  12. Tunggul-tunggul Gerigis, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989 (Edisi Sasterawan Negara, 1990), 305 hlm.
  13. Patriarch, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991 (Edisi Sasterawan Negara, 1995), 227 hlm.
  14. Ummi & Abang Syeikhul, Pulau Pinang: Percetakan Yusran, 1992, 145 hlm.
  15. TIVI, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995, 117 hlm.
  16. Ibu Adalah Pentafsir dan Sungai, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1995, 252 hlm
  17. Sutan Baginda, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, 115 hlm.
  18. Stumps (Terjemahan), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997 (cet. 2), 334 hlm.
  19. Shit@PukiMak@PM

Cerpen[sunting | sunting sumber]

  1. Dua Zaman (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1963, 190 hlm.
  2. Anjing-anjing, Kuala Lumpur: Penerbitan Jambatanmas, 1964, 100 hlm.
  3. Perajurit yang Pulang (antologi bersama), Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1964, 132 hlm.
  4. Debu Merah, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1965, 221 hlm.
  5. Angin Retak (antologi bersama), Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1966, 177 hlm.
  6. Konflik (antologi bersama), Alor Star; Penerbitan Pustaka Utara, 1967, 118 hlm.
  7. Koleksi Cerpen-cerpen Malaysia (antologi bersama) Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, 1977, 446 hlm.
  8. Selesai Sudah, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd., 1977, 164 hlm.
  9. Cerpen-cerpen ASEAN (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978, 279 hlm.
  10. Angin Pulau (antologi bersama), Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1985, 433 hlm.
  11. Dongeng Merdeka (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985, 339 hlm.
  12. Titisan Indah di Bumi Merkah (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985, 405 hlm.
  13. Alun Menggulung Perlahan (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986, 286 hlm.
  14. Seketul Hati Seorang Pemimpin, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, 346 hlm.
  15. Takah Demi Tokoh (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, 346 hlm.

Drama[sunting | sunting sumber]

  1. Anak Rempang Karam di Kota, Alor Setar: Penerbitan Pustaka Maha, 1968, 126 hlm.

Kajian[sunting | sunting sumber]

  1. Kajian Novel Desa Pingitan (bersama Yahaya Ismail), Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1966, 26 hlm.
  2. Penglibatan dalam Puisi, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1978, 194 hlm.
  3. Gubahan Novel, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, 147 hlm.
  4. Kesusasteraan dan Etika Islam, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1981, 113 hlm.
  5. Detik-detik Diri di Daerah Daif, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, 167 hlm.
  6. Kesusasteraan, Kepolitikan, Kealaman, Kedirian Kemanusiaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, 183 hlm.
  7. Sastera Sebagai Sismograf Kehidupan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, 566 hlm.
  8. Sastera: Pengalaman, Ilmu, Imaginasi dan Kitarannya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, 161 hlm.’
  9. Literature As a Seismograph of Life (Terjemahan Hawa Abdullah), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, 445 hlm.
  10. Pongang Sastera, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1995, 209 hlm.

Esei / Kritikan[sunting | sunting sumber]

  1. Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957 – 1972 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976, 419 hlm.
  2. Penulisan Kreatif (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, 92 hlm.
  3. Sastera dan Sasterawan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, 1980, 259 hlm.
  4. Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Islam (antologi bersama), Kuala Lumpur: GAPIM, 1980, 10 hlm.
  5. Imej dan Cita-cita: Kertas Hari Sastera 1980 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 374 hlm.
  6. Novel-novel Malaysia dalam Kritikan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982, 357 hlm.
  7. Sastera dan Agama (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 130 hlm.

Wawancara[sunting | sunting sumber]

  1. Wawancara Sastera (disusun oleh A. M. Thani), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 367 hlm
  2. Mohd. Yusof Hasan, Shahnon Ahmad, Ahmad Kamal Abdullah (Peny.), Jambak I, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, hlm. 181-206.

Shit[sunting | sunting sumber]

Shahnon telah menulis beberapa buah buku, di mana yang paling terkenal ialah novel Shit @ PukiMak @ PM (1999), sebuah satira politik kontroversi[7]. Buku tersebut sering merujuk kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), parti komponen utamanya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), serta bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Terdapat beberapa cubaan oleh kerajaan untuk mengharamkan buku tersebut serta menarik balik gelaran Sasterawan Negara daripada Shahnon.[8]

Terjemahan[sunting | sunting sumber]

dalam bahasa Rusia[sunting | sunting sumber]

  • Forma «G-147» (Borang G. 147). Terjemahan A. Pavlenko // Aziya i Afrika Segodnya (Asia dan Afrika Hari Ini). Moscow: Akademi Sains Rusia, 1968, № 10, hlm. 16-20.
  • Esli Mat' Podnimetsa Na Tret'yu Stupen'ku (Bila Ibu Sampai Takah Tiga). Terjemahan B. Parnikel. // Dobroe Delo. Rasskazi Pisatelei Malayzii i Singapura (Budi. Cerita-cerita Pendek Penulis Malaysia dan Singapura). Susunan dan prakata B. Parnikel. Alma-Ata: Zhazushi, 1973.
  • Kaban (Babi hutan). Terjemahan V. Sigaev. // Aziya i Afrika Segodnya (Asia dan Afrika Hari Ini). Moscow: Akademi Sains Rusia, 1974, № 6, hlm. 37-39.
  • Navazhdenie (Kekosongan); Dela Semeinie (Di Tengah Keluarga); Kaban (Babi Hutan). Terjemahan B. Parnikel, V. Sigaev. // Sovremennaya Malayziyskaya Novella (Cerita Pendek Malaysia Moden). Penyusun V. Sigaev, B. Parnikel. Prakata B. Parnikel. Moscow: Progress, 1977.
  • Voina v Tihom Omute (Seluang Menodak Baung). Novel. Terjemahan T. Dorofeeva. Pengantar B. Parnikel. Moscow: Raduga, 1984.

Karya[sunting | sunting sumber]

  1. Kembara seorang hamba , Karya Bestari, 2010.
  2. Revolusi yang ditangguhkan , Alaf 21, c2009.
  3. Setitis embun semarak api , Alaf 21, 2008
  4. Weltanschauung : suatu perjalanan kreatif ,DBP, 2008.
  5. Mahabbah ,DBP, 2007.
  6. Tonil purbawara : kumpulan cerpen pilihan , Dawama, 2006.
  7. Setitis embun semarak api , Alaf 21, 2006
  8. Muntah (novel berasaskan gaya dan daya kreativiti kesepontanan) ,Pustaka Reka, 2000.
  9. Shit @ pukimak, Pustaka Reka, 1999.
  10. Igauan dan cerita-cerita lain ,Fajar Bakti, 1997.
  11. Patriarch ,DBP, 1995.
  12. Ibu adalah penafsir & sungai,Fajar Bakti, 1995.
  13. Pongang sastera : gema karya kreatif dan kesannya terhadap khalayak ,Fajar Bakti , 1995.
  14. Detik-detik diri di Daerah daif ,DBP, 1995.
  15. Corat-coret berkelongsong , Fajar Bakti, 1995.
  16. Sastera sebagai seismograf kehidupan ,DBP, 1991.
  17. Polemik sastera Islam , bersama Kassim Ahmad dan Shahnon Ahmad ,DBP, 1987.
  18. Al-syiqaq I , Teks Publishing, 1985.
  19. Protes ,Teks Publishing, 1984.
  20. Kesusasteraan dan etika Islam , Fajar Bakti, 1981.
  21. The third notch and other stories / Shahnon Ahmad; terjemahan oleh Harry Aveling,,Heinemann Educational Books (Asia)Ltd, 1980
  22. Debu merah , Teks Publishing, 1980.
  23. Srengenge ,terjemahan oleh Harry Aveling,Heinemann Educational Books (Asia), c1979.
  24. Rope of ash : (rentong) , terjemahan oleh Harry Aveling. ,Oxford University Press, c1979.
  25. Selesai sudah , Heinemann Educational Books (Asia), 1977.
  26. No harvest but a thorn ,terjemahan oleh Adibah Amin,Oxford University Press, c1972.
  27. Seketul hati seorang pemimpin
  28. Amalan harian sepanjang zaman / disemak semula oleh Al Ustaz Hj. Ismail Kamus,At Tafkir Enterprise, [199-].
  29. Debu merah, 1965
  30. Terdedah (1965)
  31. Protes, 1967
  32. Perdana, 1969
  33. Menteri, 1976
  34. Kemelut, 1977
  35. Seluang menolak Baung, 1978
  36. Penglibatan dalam puisi, 1978
  37. Gubahan novel, 1979
  38. Tok Guru, 1988
  39. Ummi dan Abang Syeikhul, 1992
  40. Maha Maha (1999)
  41. Nurul Anak Papaku (1999)
  42. Lamunan Puitis Sebuah Trilogi, 2003
  43. Revolusi Yang Ditangguhkan (2009)

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1975, Shahnon diberi kepercayaan sebagai anggota Panel Hadiah Karya Sastera; Beliau turut diberi gelaran `Pejuang Sastera’ oleh Perdana Menteri Tun Hussein Onn pada 1976 serta Anugerah Sastera Negara daripada kerajaan Malaysia pada 1982. Beliau turut terlibat dalam Panel Hakim Hadiah Karya Sastera tahun 1983.

Beliau menerima darjah Datuk Setia Diraja Kedah yang membawa gelaran `Datuk’ daripada Sultan Kedah (1980) Beliau mendapat gelaran Profesor Emeritus oleh Universiti Sains Malaysia pada 11 September 1993.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ National laureate Shahnon Ahmad dies at 84
  2. ^ a b Alan Teh Leam Seng (6 Januari 2018). "Remembering a literary giant". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2018. 
  3. ^ Perjalanan Ku Sejauh Ini: Sebuah Autobiografi ;Shahnon Ahmad, Pustaka Shahnonahmad, 2006
  4. ^ General Election Malaysia: Kedah
  5. ^ "Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad meninggal dunia". Berita Harian. 26 December 2017. Dicapai pada 28 December 2017. 
  6. ^ a b Hasnoor Hussain (27 December 2017). "Perjalanan akhir Shahnon Ahmad, sasterawan rakyat". The Malaysian Insight. Dicapai pada 28 December 2017. 
  7. ^ Shahnon Ahmad. // Malayziya. Karmannaya Entsiklopedia (Malaysia. Ensiklopedia Saku). Penyusun V. A. Pogadaev. Moscow: "Muravei-Guide", 2000, hlm. 332-333
  8. ^ "Shahnon Ahmad's satire outrages the Malaysian establishment", Asiaweek. Dicapai pada 26 Oktober 2007.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]