Hairuddin Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hairuddin Omar
Maklumat peribadi
Nama penuh Hairuddin bin Omar
Tempat lahir Setiu,Terengganu
Kerjaya remaja
1997-1998 Terengganu FC
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1992-2002 Terengganu
2003-2008 Pahang
2008-2009 T-Team FC
2009 Negeri Sembilan
2010 Kelantan 26 (1)
Negeri Sembilan 26 (1)
2012-2015 ATM
2016 Terengganu
Pasukan kebangsaan
2000-2009 Malaysia 54 (13)
Pasukan diurus
2017-2018 Malaysia B-19 (Pembantu Ketua Jurulatih)
2022 Terengganu FC (Pembantu Ketua Jurulatih)
2023- Terengganu FC II
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Hairuddin Omar (Jawi: هايرودن عمر, lahir 29 September 1979), atau gelaran Hai-O adalah seorang pemain bola sepak Malaysia yang bermain untuk Terengganu di Liga Super Malaysia 2016. Beliau boleh bermain disemua posisi. Beliau juga cukup terkenal menerusi tandukan berbisa beliau dalam setiap perlawanan.Kini beliau kembali ke negeri kelahirannya sebagai seorang penolong jurulatih skuad utama Terennganu F.C. pada tahun 2022 dan pada tahun 2023, Beliau telah menggalas tugas selaku ketua jurulatih bagi pasukan Terengganu F.C.B23 bagi menghadapi saingan liga piala Mfl.

Pembabitan awal[sunting | sunting sumber]

Hairuddin Omar mula dikenali sejak kemunculan pertamanya bersama pasukan Terengganu pada tahun 2000. Beliau merupakan penyerang yang konsisten untuk perlawanan liga dan perlawanan antarabangsa.[1]

Penghijrahan Ke Pahang[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2003, Hairuddin bersama dua orang rakan sepasukannya, Subri Sulong dan Rosdi Talib yang juga mewakili Terengganu mengambil keputusan untuk menyertai pasukan Pahang kerana Terengganu gagal membayar gaji mereka.[2]

Menyarung Jersi T-Team, N.Sembilan[sunting | sunting sumber]

Setelah lima tahun bersama Pahang, Hairuddin kembali ke Terengganu menyertai pasukan kelab Persatuan Bola Sepak Kuala Terengganu T-Team. Di T-Team, Hairuddin digandingkan bersama Mohd Haris Safwan Mohd Kamal di barisan hadapan. Gandingan itu ternyata membuahkan hasil apabila T-Team muncul selaku naib juara Liga Perdana Malaysia musim 2009.

Selepas berakhirnya liga, Hairuddin dipinjamkan ke Negeri Sembilan untuk Piala Malaysia. Hairuddin membuat penampilan pertamanya ketika menentang Johor tetapi dia terpaksa berada dibangku simpanan pada empat perlawanan berikutnya akibat kecederaan. Dia kembali bermain sebagai pemain gantian pada perlawanan terakhir kumpulan menentang Johor dan menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-83.

Hairuddin sekali lagi menjaringkan gol pada perlawanan berikutnya menentang Kuala Muda Naza. Pada perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2009, Hairuddin menjaringkan satu gol ke atas pasukan asalnya untuk Negeri Sembilan mara ke perlawanan akhir. Pada perlawanan akhir, Hairuddin menjaringkan gol kedua Negeri Sembilan hasil umpanan dari Zaquan Adha.

Bersama Kelantan (2010)[sunting | sunting sumber]

Pada akhir 2009, beliau mengambil keputusan untuk menyertai Kelantan selama semusim dan bertekad membantu Kelantan membawa pulang Piala Malaysia untuk pertama kali ke Kelantan. Walaupun beliau memberikan persembahan yang terbaik bersama Negeri Sembilan dalam kempen Piala Malaysia 2009, beliau menyertai Kelantan atas alasan sudah berjanji pada seseorang pada masa itu dan ingin merasai kehangatan bola sepak di Kelantan[3].

Ketika perlawanan akhir menentang Negeri Sembilan

Skuad Kelantan yang dibarisi oleh Indra Putra Mahayuddin dan gandingan beliau semasa menentang Chelsea, Akmal Rizal, berjaya membantu Kelantan memenangi Piala Malaysia pada 2010 dengan jaringan 2-1 hasil jaringan Hairuddin Omar dan Badri Radzi.[4]

Kembali Ke Negeri Sembilan[sunting | sunting sumber]

Beliau kembali ke Negeri Sembilan[5] pada musim 2011 dan begandingan dengan Firdaus Azizul dalam saingan Liga Super. Beliau kelihatan sukar pada kempen Liga Super kali akibat gandingan beliau, Zaquan Adha cedera bahagian lutut. Selain itu, kesukaran bertambah apabila beliau tidak dapat mmbantu pasukan mempertahankan Piala Fa apabila kalah pada pusingan kedua pada KL melalui penentuan sepakan penalti.

Pada kempen Piala Malaysia 2011, beliau mula menemui rentak apabila berjaya menjaringkan gol pada perlawanan peringkat kumpulan sehingga ke perlawanan akhir dengan mambantu pasukan mara ke final ketiga berturut-turut dan memenangi Piala Malaysia untuk kali ketiga[6]. Lebih menarik lagi, beliau menjaringkan gol dan mencatat sejarah sebagai penjaring untuk ketiga-tiga final berturut-turut. Beliau turut dinobat Pemain Terbaik Perlawanan dan pemenang Kasut Emas Piala Malaysia 2011 dengan jaringan 8 gol[7].

Bersama ATM[sunting | sunting sumber]

Hairuddin Omar meneruskan langkah sebagai pemain dengan menerima tawaran ATM pada edisi 2012 Liga Malaysia. Beliau bersama kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha telah berjaya dipancing ATM bagi menguatkan pasukan bagi kempen 2012 Liga Malaysia.

Kembali ke Terengganu[sunting | sunting sumber]

Hairuddin Omar mengambil keputusan untuk ke Terengganu di Liga Super Malaysia 2016 dan berhajat untuk menamatkan kariernya dikampung halaman dan membantu Terengganu dalam industri bolasepak tempatan.

Bersama Pasukan Negara[sunting | sunting sumber]

Hairuddin merupakan kapten pasukan bawah 23 tahun Malaysia yang menjadi naib juara kepada Thailand dalam kejohanan Sukan SEA 2001 dan sering dipanggil untuk mewakili pasukan Malaysia. Namun selepas beliau mewakili Malaysia untuk menentang Singapura dalam perlawanan Cabaran Causeway pada tahun 2005, beliau gagal mendapat tempat dalam pasukan kebangsaan hampir dua tahun. Pada tahun 2007, Hairuddin kembali menyarung jersi kebangsaan dalam Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2007. Beliau diberi peranan oleh Norizan Bakar sebagai penyerang utama. Beliau menjaringkan dua gol untuk Malaysia yang pada akhirnya tewas kepada Singapura pada separuh akhir melalui sepakan penalti.

Kerjasamanya dengan Akmal Rizal Ahmad Rakhli dalam pasukan kebangsaan antara tahun 2001 hingga 2003 menghasilkan banyak kenangan manis. Antaranya ketika perlawanan diantara Chelsea dan Malaysia dimana Hairuddin menjadi penjaring tunggal Malaysia yang tewas 1-4 kepada gergasi Liga Perdana Inggeris itu.[8][9] Ini sekaligus menjadikan Hairuddin pemain Malaysia ketiga yang berjaya menebusi gawang pasukan Inggeris sejak kali terakhir dilakukan penyerang Sabah dan Malaysia pada era 90-an Matlan Marjan yang berjaya menembusi gawang England sebanyak dua kali dimana Malaysia tumpas 2-4.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Tempat Lawan Jaringan Keputusan Perlawanan
1. 7 November, 2000 Bangkok, Thailand  Laos 5-0 Menang Peringkat Kumpulan Piala Tiger 2000
2. 9 November, 2000 Bangkok, Thailand  Kemboja 3-2 Menang Peringkat Kumpulan Piala Tiger 2000
3. 9 Mei, 2001 Ba, Fiji Fiji Fiji 1-2 Menang Persahabatan
4. 23 Mac, 2001 Doha, Qatar  Hong Kong 2-1 Kalah Kelayakan Piala Dunia FIFA 2002 (AFC)
5. 25 Mac, 2001 Doha, Qatar  Palestin 4-3 Menang Kelayakan Piala Dunia FIFA 2002 (AFC)
6. 11 Disember, 2002 Kuala Lumpur, Malaysia  Kemboja 5-0 Menang Persahabatan
7. 20 Oktober, 2003 Manama, Bahrain  Iraq 5-1 Kalah Kelayakan Piala Asia 2004
8. 24 Oktober, 2003 Manama, Bahrain  Myanmar 2-1 Kalah Kelayakan Piala Asia 2004
9. 12 Januari, 2007 Bangkok, Thailand  Filipina 4-0 Menang Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2007
10. 12 Januari, 2007 Bangkok, Thailand  Filipina 4-0 Menang Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2007
11. 18 Jun, 2007 Shah Alam, Malaysia  Kemboja 6-0 Menang Persahabatan
12. 10 Oktober, 2008 Kuala Lumpur, Malaysia  Pakistan 4-1 Menang Persahabatan
13. 20 Oktober, 2008 Kuala Lumpur, Malaysia  Afghanistan 6-0 Menang Pestabola Merdeka 2008

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Terengganu
Pahang
Negeri Sembilan
Kelantan
Angkatan Tentera Malaysia

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Individu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ini Pasukan Terakhir Saya Sebelum Bersara Nanti – Hai O; MH Online, 31 January 2016
  2. ^ "Mimpi BN tawan Batu Buruk". Harakahdaily. 21 Oktober 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2007-03-30. Check date values in: |date= (bantuan)
  3. ^ http://e-bolasepak.blogspot.com/2010/10/saya-nikmati-bola-sepak-sebenar-di.html
  4. ^ "Football / Premier League: Terengganu trio return". The New Straits Times. 24 October 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-17. Dicapai pada 24 October 2008.
  5. ^ http://n9kini.com/?p=15653
  6. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1030&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm
  7. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-30. Dicapai pada 2011-10-30.
  8. ^ "Malaysia 1-4 Chelsea". BBC Sports. 25 Julai 2003. Dicapai pada 2007-03-30. Check date values in: |date= (bantuan)(Inggeris)
  9. ^ "Chelsea defeats Malaysia". Taipei Times. 27 Julai 2003. Dicapai pada 2007-03-30. Check date values in: |date= (bantuan)(Inggeris)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]